Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 Mac 2015

Kerana GST Kita Bagi BRIM Tambahan 300 - Inila Kebaikan GST YG Anda Mesti Tahu Kata Ahmad Maslan.


"Kerana GST, kita dapat sistem percukaian yang cekap, telus dan berkesan".

"Kerana GST, cukai pendapatan diturunkan 1 hingga 3 mata peratusan".

"Kerana GST, kita turunkan cukai korporat 1 peratus".

"Kerana GST, kita turunkan cukai koperasi 1 peratus".

"Kerana GST, kita bagi BRIM tambahan 3 ratus".

"Kerana GST, kita dapat 6 perkara yang saya sebut itu. Dan kerana GST kita boleh dapat tambahan pendapatan negara".

"Cuba kita tukar sikit mindset kita. GROW AND SHARE TOGETHER. GST. Membangun dan maju bersama".

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ahmad Maslan. Ahmad Maslan ialah timbalan menteri kewangan II yang bertanggungjawab menguruskan salah satu kementerian terpenting dan terutama negara iaitu kementerian kewangan Malaysia.

Mari kita kaji semula point2 yang diutarakan oleh Ahmad Maslan. Aku tak pasti jika Ahmad Maslan betul2 keluarkan 6 point tentang kelebihan GST, tapi menerusi rakaman yang aku tengok, cuma 5 aje yang ter-rakam sebelum dia sebut "kita dapat 6 perkara yang saya sebut itu".

Point pertama.

Kerana GST, kita dapat sistem percukaian yang cekap, telus dan berkesan.

- Sistem percukaian yang telus itu bukan kita yang dapat. Tapi kerajaan la yang dapat. 

- Sistem percukaian ini dianggap telus kerana berhasil mengutip cukai dari pelbagai lapisan perniagaan dari peringkat awal hinggala ke akhirnya (pengguna).

- Dalam erti kata lain, boleh dikatakan hampir sukar untuk lari dari tertakluk kepada cukai di negara ini.

- Maka ianya dianggap telus kerana kerajaan berhasil mencukai semua pihak.

- Yang jadi persoalan ialah kerajaan turut mencukai mereka yang miskin.

- Selain yang miskin, kerajaan turut mencukai mengikut konsep "semua barangan dan perkhidmatan tertakluk cukai sehingga dinyatakan sebaliknya".

- Kerajaan juga seringkali terpalit dengan amalan korupsi, penyelewengan dan tidak telus serta amanah dalam mengagihkan bantuan juga bersikap diskriminasi dan bias.

- Pertambahan dalam kutipan cukai tetap tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat terutamanya yang tidak gemar menjadi penjilat dan penyamun.

Point kedua.

Kerana GST, cukai pendapatan diturunkan 1 hingga 3 mata peratusan.

- Ini tertakluk kepada individu dari kelompok tertentu sahaja.

- Walaupun cukai pendapatan diturunkan tetapi mereka dicukai menggunakan kaedah lain.

- Dalam erti kata lain, walaupun kerajaan turunkan cukai pendapatan, kerajaan tetap mendapat kebaikan dan pertambahan cukai melalui GST. Maka apa beza kita bayar kurang untuk cukai pendapatan tetapi lebihan wang itu kita salur untuk GST pula?

Point ketiga dan keempat.

Kerana GST, kita turunkan cukai korporat 1 peratus.
Kerana GST, kita turunkan cukai koperasi 1 peratus.

- Sama macam konsep di atas. Cukai ini hanya tertakluk kepada golongan tertentu dalam kumpulan tertentu.

- Meskipun cukai korporat diturunkan ia sikit pun tak membabitkan hidup kita.

- Bukannya ahli perniagaan turunkan harga barangan jualan dan perkhidmatan mereka pun. 

- Jauh sekali koperasi turunkan kadar faedah dan menaikkan kadar dividen. Ini semua tak memberikan kesan langsung kepada golongan rakyat pun. 

Point kelima.

Kerana GST, kita bagi BRIM tambahan 3 ratus.

- Apa la ertinya dapat BRIM kalau akhirnya kos sara hidup bertambah, ansurans bulanan bayar rumah dan kereta bertambah dek perubahan kadar faedah bank yang semakin meningkat, harga rumah semakin mahal, kos pendidikan dan perubatan semakin tinggi, kos membeli barangan makanan semakin mahal, kadar inflasi + penganguran meningkat, tahap keselamatan negara merosot, susulan daripada pelaksanaan GST yang menyebabkan kumpulan2 rakyat terkesan secara negatif?

- Tambah 300 setahun tak menyelesaikan masalah rakyat termiskin.

- Bagaimana kita boleh bantu selesaikan masalah orang miskin ialah kaji dulu punca-punca yang memiskinkan mereka.

- Hapuskan punca, maka miskin akan hilang.

- Kemiskinan boleh dihapuskan. Sesiapa yang cakap kemiskinan tidak boleh dihapuskan ialah mereka yang tidak mempercayai Allah.

- Allah bagi jalan yang cukup cantik menerusi Islam bagaimana umat Islam patut berperanan untuk mengghapuskan kemiskinan.

- Tiru jalan itu, kemiskinan di Malaysia hapus, total, bahkan zakat akan menjadi lebihan.

Apa yang Ahmad Maslan dan kerajaan laksanakan sekarang neh mereka berperanan menambahkan kemiskinan. Bukan mengurangkannya lagi. Bukanla pelaksanaan GST itu bukti kerajaan kejam tetapi cara dan keadaan ia dilaksanakan langsung tak bertepatan dengan bagaimana kita boleh selesaikan masalah negara.

Korupsi peringkat tertinggi berlambak2.
Penyelewengan sana sini dalam agensi awam berlambak2.
Rasuah sana sini.
Pembaziran lagi.
Projek gajah putih.
Pembangunan tidak seimbang.
Membiarkan kapitalis membarah.
Mereka kata mereka benci yahudi. Mereka kata mereka benci kafir. Tapi sistem ekonomi kita meniru dan kebergantungan dari acuan siapa?
Kita tak amalkan sistem ekonomi Islam pun kat negara neh.
Alquran perhiasan. Islam perhiasan. Agama perhiasan. Ia bukan cara hidup. Ia cuma sembang kencang. Dari pemimpin sampaila kepada rakyat bawahan. Dan tak malu nak mengaku Malaysia negara Islam. Kita sekarang hanya berperanan tambah masalah atau alih masalah bukan selesai masalah. Kita faham ke tak faham? Kalau kita faham sebelum sibuk laksana GST atau sokong GST, baik kita selesaikan masalah penyelewengan yang menyebabkan negara hilang berbillion2 pendapatan negara yang sepatutnya boleh digunakan untuk membangunkan rakyat dan memajukan negara andaikata kita ialah pemimpin yang adil dan andaikata kita ialah rakyat yang adil dan jujur dalam melantik pemimpin negara. 

Btw, Ahmad Maslan. GST tue aku rasa yang sesuai ialah GROW and STUPID together. Itu lebih bersesuaian dengan personaliti diri kau. Ikhlas aku cakap neh.

Kbai.

Rujukan video disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...