Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Disember 2014

Kedegilan Kerajaan Negeri Terengganu Akhirnya Bawa Bencana KPD Rakyat - Baca Pendedahan Ini !!!!


So. Kerajaan negeri yang mengabaikan amaran2 yang telah dinyatakan oleh dua wakil rakyat sebelum neh nampaknya telah menyusahkan penduduk di Terengganu akhirnya. Tak cukup dengan insiden runtuh sana runtuh sini termasuk runtuhan terbaru yang membabitkan plaza tol yang masih dalam pembinaan kini kerajaan negeri Terengganu berperanan pula menyebabkan situasi banjir di negeri tersebut?

Pada tahun lepas, 2 wakil rakyat pembangkang di Terengganu telah membentangkan hasil kajian mengenai satu projek tambatan di muara Sungai Terengganu. Projek tersebut dilaporkan tidak mendapat kelulusan daripada beberapa agensi termasukla JPS negeri dan EIA namun ia diabaikan dan tetap diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasukla dari rakyat di kawasan tersebut.

Bantahan dibuat. Kajian ia akan menyebabkan banjir juga dibentang. Namun kerajaan negeri tidak mengedahkan perkara tersebut dan meneruskan projek yang menyusahkan rakyat. Siapakah kontraktor yang diberikan amanah untuk melaksanakan projek neh? Siapakah yang berperanan meluluskan projek neh? Sekarang penduduk kerugian. Siapa yang nak bertanggungjawab plak?

Baca ;

Amaran yang diberikan dua wakil rakyat Kuala Terengganu pada 10 Oktober 2013, projek tambakan sungai di muara Sungai Terengganu boleh membawa bencana kepada penduduk negeri itu kini hampir menjadi kenyataan apabila sebahagian bandar itu dilanda banjir.

Ketika itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata projek menambak Sungai Terengganu bagi projek esplanade yang dibuat kerajaan sangat merbahaya.

"Kami sangat bimbang, jika projek ini diteruskan tanpa kajian yang mendalam bakal menyebabkan bencana kepada lebih 150,000 penduduk Kuala Terengganu ini," kata mereka kepada The Malaysian Insider.

Hari ini, penduduk Kuala Terengganu mula bimbang apabila muara Sungai Terengganu dipenuhi air dan sebahagian bandar sudah mula dinaiki air serta memenuhi kawasan Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri kerana berjaya menarik pelancong ke negeri itu.


Pasar baharu Cabang Tiga sudah umpama pulau sampah dan kotor apabila pasar yang dibina di atas sungai kecil (longkang) itu melimpahkan air di sekeliling pasar baru yang dibina di tengah-tengah rumah penduduk kampung itu.

Ia bukan sahaja tidak mendapat kelulusan EIA bahkan juga membangkitkan kemarahan penduduk kampung apabila orang ramai yang datang ke pasar itu mengganggu persekitaran mereka dengan kenderaan yang dipakir merata tempat.

Selain itu, Kampung Cina dan Losong juga mula dinaiki air apabila air turun dari hulu sungai dengan banyak dan tidak dapat ditampung oleh muara sungai yang sempit akibat tambakan.

"Saya dah buat bantahan dulu tetapi tak endah," kata Raja Baharin, mengulas apa yang berlaku di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Raja Baharin, projek penambakan sungai di Shahbandar tidak dirancang dengan baik menyebabkan kedua-dua kawasan itu dinaiki air ekoran aliran sungai yang tidak sempurna.

"Orang ramai mengadu kepada saya, dulu air air surut dengan cepat apbila banjir kini air lambat surut. Ini kerana muara sungai yang sempit," katanya.

Ekoran itu, kerajaan didesak mengkaji semula dua projek yang didakwa tidak mematuhi prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) hingga mengakibatkan berlakunya banjir di dua lokasi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Ia juga katanya, berlaku pada projek pembinaan tapak baru Pasar Cabang Tiga yang turut dinaiki air dan mengotorkan kawasan jualan makanan dengan air longkang.

"Kedua-dua pembangunan itu dibuat tanpa restu Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) yang sepatutnya mengawal polisi ini. Bagaimanapun, kebanyakan pandangan JPS dan EIA diketepikan begitu sahaja," tegas beliau.

Kedua-dua projek tersebut, kata beliau sepatutnya memberikan kemudahan yang lebih baik jika ia dirancang dengan baik dan teratur tetapi kini mendapat kritikan pelbagai pihak, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. – TMI.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...