Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Disember 2014

Lelaki Ini Mengamuk Nak Jumpa Azmin Untuk Serahkan Ayam & Bantah Projek Kandang Babi.

Ini la wajah individu yang mengamuk2 nak jumpa Azmin tadi.


Kenapa dengan dia?

1. Nak bantah projek kandang babi yang dipersetujui kerajaan negeri PR.

2. Nak minta lakukan pindahan projek kandang babi ke satu tempat yang lain kerana bimbang dengan penyakit.

3. Nak serahkan ayam kepada Azmin Ali.

Dia agak mengamuk2 tadi sebelum ditenangkan oleh pasukan keselamatan dan dimaklumkan yang Azmin tiada dalam pejabatnya pada hari neh. Dia dilaporkan tiba2 merempuh pintu masuk untuk memasuki pejabat sebelum berjaya ditahan oleh pengawal sambil berteriak bertanyakan " Di mana MB... di mana MB.." atas alasan mahu menyerahkan dua ekor ayam mutiara kepada Azmin Ali.

Azmin on the way ke Kelantan la beb. Timing kau tak kena. Tadi di twitter aku nampak Azmin update tentang pemandangan Kelantan dari atas pesawat. Kelantan diibaratkan sebuah pulau. Pulau tahu tak pulau? Maksudnya air disekeliling. Daratan ada sikit2 je. So itulah wajah Kelantan kini. Bagi yang tidak tahu, banjir di Kelantan pada tahun 2014 mengatasi rekod banjir terburuk pada tahun 2004 dan paras air sungai pula melebihi catatan rekod pada tahun 1971. 

So. Ini bukan gurauan. Musibah banjir itu benar2 seriyus. Dan Azmin Ali telah ke Kelantan bersama pegawai2 dan kakitangannya bagi menghantar bantuan dan menambahkan beberapa barangan keperluan. 

Aku sebenarnya clueless bab projek kandang babi moden neh. Susah aku nak kata apa2 kerana aku takde info. Cuma pendirian aku secara kasarnya ialah ;

1. Projek kandang babi moden tiada masalah jika ianya mematuhi kesemua protokol, kawalan kebersihan dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.

2. Ia boleh diteruskan jika kerajaan negeri berjanji mahu melakukan pemantauan dengan telus dan tiada berlakunya unsur2 penyelewengan dan sembunyikan apa2 maklumat.

3. Faktor2 seperti bau busuk, kotor, dan membabitkan alam sekitar. Ini ialah perkara2 yang perlu diperhalusi betul2 dan perlu buktikan kepada rakyat bahawa ia tidak akan menjejaskan sesiapa sekalipun in any way.

4. Jika penduduk mempersoalkan dan bantah tentang lokasi, kerajaan negeri perlu mencari lokasi lain yang jauh dari penempatan, apa2 perkampungan dan perumahan agar penduduk tidak merasa ragu2, terjejas dan takut.

Ini pendirian aku. Aku tak membantah akan projek tersebut asalkan ia dilakukan mengikut protokol yang sepatutnya. Tak kacau orang lantak lue orang la. Tapi kritikan dan bantahan ke atas projek tersebut terutamanya membabitkan isu lokasi, kerajaan negeri perlu berkompromi. Persekitaran yang selamat adalah hak milik rakyat. Rakyat berhak untuk menuntut rasa selamat di penempatan dan tempat tinggal mereka. Ini tidak boleh dikompromi atas sebab apa sekalipun.

Tue je.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...