Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Disember 2014

Banjir Di Kelantan, Terengganu, Pahang & Perak - Di Mana Amphicoach 6 Juta - YB BN Disindir Isu Banjir.


Lihat gambar. Masih ingat kisah di atas? Ini Terengganu punya cerita. Beberapa bulan yang lepas kerajaan negeri Terengganu declare beli amphicoach yang bernilai 6 juta. 6 juta ialah harga bagi dua unit.

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian tersebut, rujuk sini.

Ini antara paparan berita yang aku screenshot ketika melaporkan pembelian kenderaan tersebut ;


Dan ini ialah gambar YB BN, adun bagi Paloh ketika menghantar bantuan kepada mangsa banjir.


Pertama. Aku takan kondem usaha dia yang mahu membantu mangsa banjir. Dari gambar kita boleh tengok yang gambar tue gambar candid. Dengan mulut ternganga. Adoi.

Kedua. Aku malas nak persoalkan perbezaan paras air pada mangsa banjir dan pada adun BN.

Ketiga. Aku nak korang baca beberapa yang dilemparkan melalui ruang komen merujuk kepada gambar yang FOBN upload di page mereka ;



Yang SHARE nampaknya berkongsikan sentimen tertentu di wall mereka. Yang mana aku rasa hampir dari kita semua mempunyai 'sentimen' tersebut.

Hmm.. malas nak gelak sebab ini bukan cerita lawak.

Keempat. Aku cuma tertarik dari segi gambar itu dicapture. A tengah bagi bantuan pada B. Dan C tengah tangkap gambar. C ialah individu yang turut berada disitu. Kenapa dia berada disitu? Kenapa dia tangkap gambar? Untuk apa dia sebarkan gambar tersebut? Kenapa dia mesti tangkap gambar YB BN bagi bantuan kepada mangsa banjir dalam keadaan begitu? Apa motif dia?

Nampak tak permainan C disitu? Sepatutnya dia bawa bantuan kepada mangsa banjir sama. Yang dia p sibuk2 bawa kamera untuk apa, ye tak?

Yang aku pelik. Mana sampan. Sampan takde? Kekurangan sampan ke? Apa pula peranan kementerian dan Putrajaya ek? Tadi di Malaysiakini ada kemaskini terbaru tentang keadaan banjir di Kelantan, bahawa Kelantan bakal lumpuh apabila laluan darat untuk memasuki bahagian selatan di Kelantan telah pun tertutup sepenuhnya.

Ini ialah keadaan terkini di Kelantan.


Laporan itu menyatakan ;

1. Laluan darat terputus terus. Hanya bot, sampan dan kenderaan di atas air sahaja yang boleh sampai kepada mangsa banjir melalui laluan darat.

2. Gua Musang dan Kuala Krai ditenggelami air sepenuhnya. Hanya bangunan2 tinggi sahaja yang boleh digunakan untuk menempatkan mangsa2 banjir.

3. Bantuan seperti makanan dan peralatan2 sampingan untuk mangsa banjir sukar untuk diagihkan disebabkan laluan darat yang terputus terus. Bahkan jalan untuk memasuki Kelantan di bahagian selatan juga dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Retak dan runtuh.

4. Paras air dilaporkan meningkat di beberapa sungai utama seperti  Sungai Galas, Dabong; Sungai Lebih, Tualang; Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan sehingga melebihi paras bahaya.

5. Keadaan di Gua Musang lama pula dilaporkan seperti sebuah pulau.

Pada aku. Situasi di Kelantan Selatan sudah boleh dan patut dianggap darurat. Bahkan situasi banjir juga bakal dan sedang berlaku di Pahang, Terengganu dan Perak ketika ini walaupun keadaannya belum lagi mencapai tahap seperti Kelantan.

Yang menjadi persoalan. Apa gunanya kita beli amphicoach kalau kita tak gunakan ia ketika masa kecemasan dan darurat seperti ini bukan?

Tengokla ketua pemuda PAS dok merayu minta bantuan sampan.


Pendapat aku. Inila masa terbaik untuk kerajaan negeri Terengganu beri bantuan pada jiran terdekat mereka, Kelantan. Bak pinjam kejap amphicoach tue. 2 buah. Bukan setakat angkut orang bahkan boleh salur bantuan makanan kepada mangsa2 banjir.

Kerajaan negeri Terengganu pada aku takan bersikap kedekut. Cuma kita kena minta ikut protokol la. Hopefully adun BN Paloh boleh mulakan usaha untuk meminjam amphicoach dari negeri jiran Kelantan. BN sama BN lagi senang nak deal kot. Takde la gambar kau harung air paras dada tersebar sana sini dengan caption sindiran dan perlian dari orang ramai kot.

6 juta punya kenderaan. Ini la masa terbaik nak tunjukkan betapa tepatnya keputusan kerajaan negeri Terengganu beli amphicoach tue kan. Mohon bantuan wahai Terengganu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...