NGO Anti-Nuklear telah mendedahkan bahawa kerajaan telah mengenalpasti 7 lokasi untuk membina 2 loji nuklear yang pertama di negara neh bagi tujuan penjanaan tenaga. Dalam beberapa minggu neh aku asyik membaca semua kenyataan2 media yang dibuat oleh NGO anti-nuklear kerana pada aku isu yang dibawakan oleh mereka sangat penting untuk rakyat seperti aku peduli.
Semakin aku membaca penulisan2 dan point2 mereka kenapa teknologi nuklear perlu ditolak kat negara neh dan google serba sedikit info berkaitan di internet semakin aku mendapati point2 dorang tue sebenarnya betul merujuk kepada keadaan dan situasi kita.
Dan terkini. NGO anti nuklear mendedahkan bahawa kerajaan telah mengenalpasti beberapa lokasi bagi tujuan pembinaan teknologi nuklear tersebut.
Lokasi2 yang menjadi pemerhatian kerajaan berada di ;
1. Johor - 2 lokasi
2. Terengganu - 2 lokasi
3. Perak - 2 lokasi
4. Kedah - 1 lokasi
Perhatikan.
Apa yang korang nampak kat sini?
Johor = BN
Terengganu = BN
Perak = BN
Kedah = BN
Nampak? Kerajaan hanya mensasarkan di negeri2 yang mereka tadbir. Alasan? Sudah tentu untuk mengekang perlawanan dan penentangan dari masyarakat tempatan.
Dorang kerajaan negeri. Dan dorang kerajaan pusat. Kau lawan bagai nak gila pun akhirnya jadi macam LYNAS. Kerajaan akan bakulsampahkan aduan dan penentangan2 kau. Ini apa yang aku fikir. Bila dah tahu kerajaan gila akan buat macam neh maka sudah sampai masanya untuk yang melawan teknologi nuklear kat negara ini tidak patut terhad kepada negeri atau kumpulan tertentu. Ia patut menjadi rakyat Malaysia vs kerajaan Malaysia supaya perlawanan2 itu nanti menemui satu keputusan iaitu kerajaan batalkan pembinaan 2 loji tersebut di negara neh.
Bila fikir2 balik.
Yang akan terjejas nantinya. Bukan hanya di kawasan yang terdapat loji nuklear. Bahkan. Satu negeri dan satu negara akan mendapat kesan yang sama jika apa2 berlaku terhadap loji tersebut.
Fuhh. Bagi aku perkara neh bahaya. Ia mengancam nyawa dan orang2 sains lantikan kerajaan akan sentiasa berhujah menangkan keputusan kerajaan sampai mampos.
Antara point2 menarik dari aktivis rakyat melalui satu forum yang dianjurkan oleh AMAN (Aktivis Anak Malaysia Anti Nuklear) ;
- Kerajaan tidak menjelaskan banyak perkara2 penting & teknikal bagi pembinaan 2 loji nuklear tersebut.
- Negara kita sepatutnya memanfaatnya sumber lagi bagi penjanaan tenaga. Dan sekira perlu, benar2 perlu (terdesak) kita masih ada masa sehingga tahun 2015 untuk memikirkan alternatif tersebut.
- Ketika ini, negara langsung tidak perlu kepada teknologi tersebut.
- Kerajaan juga enggan mengesahkan maklumat yang diperolehi oleh AMAN mengenai 7 lokasi menjadi perhatian kerajaan bagi membina 2 loji nuklear bermula tahun 2015.
WOW...
Tahun 2015? Ini maksudnya beberapa hari dari sekarang. Tahun 2015 ialah tahun yang sukar buat rakyat Malaysia.
- Kita ada masalah ekonomi dan kewangan apabila ringgit semakin jatuh berserta kadar inflasi yang semakin meningkat.
- Kos sara hidup kian mahal dengan harga makanan dan rumah yang semakin sukar dibeli oleh rakyat miskin, berserdahana rendah dan golongan pertengahan.
- Kita masih melawan tentang GST. Kita masih lagi melawan tentang LYNAS.
Dan kita perlu memikirkan satu lagi masalah baru iaitu melawan pembinaan 2 loji nuklear di negara ini.
Dan ini apa yang dikatakan oleh Zaini Abdul Wahab. Siapa Zaini abdul Wahab? Encik Zaini berpengalaman 8 tahun berkhidmat dengan kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga. Bahkan pernah mengetuai jabatan EE di SEDA.
Baca pengakuan encik Zaini ;
==> "Mereka telah membelanjakan banyak wang untuk mengkaji perkara itu, dan kita telah mengemukakan langkah penyelesaian dan cadangan, tapi kerajaan tidak menerimanya," katanya.Dan pergi balik pada perenggan pertama. Ayat encik Zaini. MUNGKIN KERANA KRONI.
KRONI. KRONI. KRONI.
Dan mungkin juga kerana KRONI kerajaan bertindak mempertaruhkan nyawa kita dan generasi hadapan kita.
Adakah begitu?
Nampak gayanya point encik Zaini sudah cukup membuktikan bahawa ;
- Kerajaan telah melaburkan banyak wang untuk jalankan kajian tentang nuklear dan penjanaan tenaga.
- Kerajaan telah dicadangkan kepada beberapa alternatif penjanaan tenaga selain dari nuklear.
- Namun kerajaan menolak dan enggan menerima cadangan serta kajian tersebut.
DAN MUNGKIN KERANA KRONI..
Ini tak boleh jadi. Sebelum ia menjadi realiti di Johor. Terengganu. Perak dan Kedah. Keempat2 rakyat di negeri itu perlu bangkit dan concern tentang perancangan kerajaan pusat dan negeri ke atas mereka. Soalnya, adakah rakyat sendiri mahu bangkit dan mempedulikan apa yang sedang berlaku di persekitaran mereka ketika ini?
Fikir-fikirkan la ek.