Berpunca dari status ini ;
Dan yang lebih tepat, status ini ;
Dan ini respon netizens kepada Nik Abduh secara khusus dan PAS secara tidak langsung ;
Dan. Ada juga orang yang laju2 buat troll tau.
Point penting netizens.
1. Jangan salahkan Allah di atas kelemahan dan kecuaian manusia.
2. PAS perlu kaji kelemahan dan kesalahan diri sendiri.
3. Di Mekah juga banjir walaupun melaksanakan undang2 Islam.
4. PAS gagal menyelesaikan masalah perparitan, sampah dan juga pembalakan haram.
Pendapat aku.
- Aku faham point Nik Abduh. Dan aku faham kesungguhan PAS mahu melaksanakan hudud walau aku tertanya2.
- Di peringkat penyokong bawahan. Aku yakin, percaya dan melihat mereka ikhlas mahu kepada hudud kerana hudud itu sendiri.
- Tapi di peringkat pimpinan, aku katakan terus terang. Aku was2 dan meragui tindakan mereka.
- Ini boleh diperhatikan apabila PAS pusat sendiri tidak dimaklumkan dengan tindakan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud. PAS pusat di anggap pro PR manakala PAS Kelantan (kepimpinan sekarang) di anggap pro UG (unity government) dan lebih cenderung bersama UMNO.
- Bahkan. Aku beranggapan. Isu hudud akan dijadikan sebagai trigger bagi mendesak DAP agar melakukan satu tindakan yang menyebabkan PAS tersingkir atau dikeluarkan dari PR. Apabila ini berlaku PAS tidak akan dipersalahkan sebaliknya entiti yang menyebabkan mereka terkeluar dari kerjasama PR itulah yang akan dipersalahkan oleh penyokong2 partisan.
- Itu sebab PAS beria2 memainkan lagu hudud. Lagipun. Ia sudah sebati dengan diri PAS bahawa mereka akan laksanakan hudud. Maka. Bagi memastikan bahawa tindakan mereka tidak dianggap retorik dan sekadar meraih agenda politik maka PAS perlu memastikan bahawa mereka ada usaha kepada pelaksanaan hudud. Ini mungkin usaha untuk mendiamkan mulut pengkritik2 mereka.
- Langkah yang tergesa2 ini aku sangat tidak bersetuju. Ini pendirian aku. Korang boleh tidak bersetuju. Bahaskan. Bincangkan. Debat. Jangan kafirkan orang atau tuduh orang dengan pelbagai gelaran dan label. Aku bukan musuh kau dan kau pun bukan musuh aku. Musuh kita ialah rejim zalim dan ahli politik penipu samada dalam BN ataupun dalam PR. Penyokong partisan dan rakyat perlu fahami yang ini. Selagi mana kita biarkan diri dan pemikiran kita dikuasai oleh ahli politik, selagi itulah risiko kita untuk diperbodohkan sangat tinggi, cukup tinggi memang tinggi.
- Dalam keadaan rakyat menghadapi musibah banjir dan kelam kabut memikirkan masalah hidup. PAS dan Nik Abduh patut mula mengubah cara mereka berfikir.
- Buka la ahti kamu. Jangan ego. Baca betul2 kritikan ke atas kamu. Jangan marah. Jangan sentap. Berlapang dada. Isu pembalakan haram bukan isu baru. Bukan baru berlaku semalam. Ia makan masa makan tahun sehingga merosakkan alam sekitar. Tengokla pada gambar.
- Jangan menjenamakan PAS sebagai tuhan. PAS bukan tuhan. PAS boleh dikritik kerana PAS tidak maksum. PAS memang tidak akan maksum sampai bila2. Dulu, pada hari neh dan juga selamanya. Sebab itu PAS perlu buka ahti mereka bagi mendalami setiap kritikan2 yang ada.
- Di ruangan komen kita melihat mereka marahkan PAS isu pembalakan. Isu ketelusan. Isu kebajikan. Isu sampah. Isu kebersihan. Isu perparitan. Isu pembinaan. Isu sistem. Isu pentadbiran. Ini isu2 yang gagal diselesaikan oleh PAS hingga ke akhirnya.
- Dengan mengabaikan lambakan2 masalah yang sedia ada. Dan buka cerita tentang hudud. Apakah itu nantinya akan menyelesaikan masalah2 yang sedia ada ataupun INI SEMUA SALAH BN?
- Perhatikan betul2. Mereka tidak yakin kepada kemampuan PAS untuk menjalankan undang2 Islam dalam keadaan PAS sendiri tidak pernah dapat menyakinkan mereka bahawa PAS berkredibliti mahu melaksanakan undang2 tersebut dengan adil, telus dan amanah.
- Alangkah baiknya jika PAS memilih untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka akan selesaikan masalah2 besar dan sedia ada di Kelantan terlebih dahulu sebelum buka bab baru. Dan apabila semuanya sudah selesai dan terbukti PAS berkemampuan untuk melakukan apa sahaja dengan adil bukan kah itu sendiri nantinya akan membuatkan rakyat menyokong PAS tanpa banyak soal disebabkan mereka menilai prestasi PAS dalam pentadbiran negeri.
- Instead of memaksa, mendesak, menakutkan, mengertak, kenapa bukan memujuk, mendengar, membuktikan, menunjukkan bahawa PAS berada di landasan yang betul mahu membantu rakyat yang tertindas ikut langkah demi langkah sehingga kepada pelaksanaan hudud?
- Musibah banjir ini telah menyakiti ramai rakyat Kelantan. Yang terjejas, yang hilang nyawa, yang hilang saudara, yang hilang harta benda, yang hilang tempat tinggal, yang sakit kepala fikir isu hutang kereta, yang sakit kepala fikir kena marah dengan bos sebab tak mampu pergi kerja, yang sakit kepala fikir masalah gaji kena potong kerana banjir, yang menangis memikirkan barang rumah semua rosak, yang sedih dan ketakutan kerana memikirkan duit yang diperlukan untuk baiki rumah dan kenderaan. Rakyat Kelantan tengah menangis.
- Alangkah bagusnya. Kalau Nik Abduh dan PAS Kelantan pada ketika ini mula memainkan sentimen bahawa bank2 perlu memberikan pengecualian setahun bagi ansurans rumah dan kenderaan kepada mangsa2 banjir. Syarikat insurans pula perlu digesa untuk mengcover masalah banjir. Insurans kenderaan tiap2 tahun kau nak. Dah la jumlahnya makin meningkat saban tahun. Bukan semua orang accident tiap2 tahun. Tapi cover banjir kau taknak. Alangkah bagusnya jika PAS persoalkan permainan kapitalis disitu. Alangkah bagusnya jika PAS mula beri jaminan bahawa mereka akan kaji punca banjir dan lakukan post mortem secara menyeluruh dengan buat satu jawatankuasa khas siasatan bagi mengkaji segenap aspek yang menyebabkan musibah banjir kali neh sangat teruk berbanding tahun2 sebelumnya.
Kenapa bukan yang itu. Dan kenapa hudud. Kenapa Allah dan takdir diheret seolah2 Allah ialah punca kepada kerosakan yang berlaku di Kelantan.
Yang tebang pokok itu kita.
Yang amek duit itupun kita.
Yang tak buat parit itu juga kita.
Yang tak selia dan tadbir dengan adil pun kita.
Yang abaikan alam sekitar juga kita.
Yang tutup segala kritikan pun kita.
Yang abaikan penjagaan alam sekitar juga kita.
Yang tak uruskan masalah sistem perparitan dan sampah juga kita.
Yang tak amek iktibar banjir tiap2 tahun pun kita.
Yang tak pernah fikir macam mana nak tanggani masalah banjir yang berlaku saban hujung tahun juga kita.
Dan bila kita yang berbuat macam2 kerosakan kat atas bumi ini, di Kelantan, yang babitkan hutan dan alam sekitar, atas sebab apa kemurkaan Allah yang kita kaitkan?
Kita nampak longkang di depan. Kita tahu ada lubang dan kita takde kuasa untuk berjalan atas udara (tanpa objek). Dan kita terus mara dan akhirnya kita jatuh longkang. Kemudian kita kata ini kemurkaan Allah ke atas kita. Ini bukan kemurkaan Allah ke atas kita. Ini ialah kecuaian diri kita ke atas diri kita yang akhirnya mengakibatkan bala bencana ke atas diri kita. Allah maha pengasih. Tidak Allah datangkan musibah melainkan manusia itu yang meminta.
Faham tak Nik Abduh?