Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Disember 2014

Angkara Sebar Info Palsu Di Twitter, Lim Kit Siang Kena Bashing Kaw2 Di Laman Sosial!


Insiden tersebut berlaku 2 hari yang lepas. Ada satu malam tue Lim Kit Siang tersalah lapor tentang satu penerbangan Air Asia yang melencong dari KLIA 2 ke Senai disebabkan kawasan landasan dipenuhi air (banjir).

Tweet tersebut telah diretweet oleh ramai orang terutamanya pengikut2 LKS di twitter. Dan setelah dimaklumkan bahawa dia telah menyebarkan maklumat palsu, maka dia padam. 

Dia ada memaklumkan bahawa dia telah mendapat maklumat yang salah dari penumpang penerbangan tersebut dan minta maaf serta memadamkan ia sesegera yang boleh selepas mendapat informasi yang betul.

NAMUN. SAYANGNYA.

Segalanya sudah terlewat. Ini internet kot.

Terlajak tweet, kena screenshot dan bomm. Kena bashing online.

Kau minta maaf beribu pun orang tetap bashing kau juga. Aku tahu la. Pasal aku pun kadang2 tersalah lapor dan kena bashing gak. Apa nak buat? Takan nak bunuh diri plak? Hadap je la maki hamun orang ke atas kau kot. Macam tak biasa plak.

KAH KAH KAH

Then. Disebabkan insiden tersebut. LKS kini dibashing di alam maya disebabkan tersalah tweet. Dah dua hari. Masih kena bashing lagi. Aku ingat mao trauma juga orang tua tue kena bashing kaw2.

Aku tak nafikan yang LKS, aku dan kita semua patut mengambil iktibar dari insiden LKS tersalah tweet. Sebenarnya. Ramai juga di antara kita suka sebar benda karut dan tak tentu hala. Contohnya isu GST ke atas wang tunai yang kita keluarkan di bank. Yang disebarkan kita dicaj GST ke atas jumlah wang yang kita keluarkan. Yang sebenarnya, GST ke atas caj perkhidmatan. Nampak tak perbezaan maklumat kat situ? Nampak? Nampak?

Apa2 hal bila kita sebar benda karut, then kita betulkan balik sebaran kita, orang mesti cop kita sebar maklumat palsu. Agak makan masa juga la untuk orang mula terima yang GST ke atas pengeluaran MEPS disebabkan info palsu tadinya tue.

Sebab tue kita kena pastikan. Nak sebar apa2 dapatkan info sahih dulu. Tanya takpe juga. Ini main terus sebar macam betul2 plak berlaku macam tue. Mana la orang tak marah.

Apa2 pun, aku dok tepi je la tengok dorang bashing LKS. Malas nak campur. Kalau aku yang kena bashing bukan LKS nak peduli pun.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...