Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 November 2014

Pendedahan - Hari Ini Ahli Parlimen Pembangkang Ponteng Beramai2 & Ahmad Maslan Tepuk Tangan.


MP PR, Terima Kasih Kerana Memudahkan Ahmad Maslan

Hari ini merupakan hari terakhir giliran Kementerian menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Dasar. Antara yang terpenting adalah hari ini juga merupakan giliran Kementerian Kewangan, sebuah kementerian dengan portfolio yang merangkumi aspek kewangan dan ekonomi negara meliputi isu yang dekat dengan rakyat seperti harga minyak, kadar hutang negara, dan kadar hutang isi rumah.

Namun, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, penggulungan MOF sebelum rehat tengahari nampaknya berjalan dengan amat lancar sekali. Hanya terdapat satu dua pencelahan daripada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Ahli Parlimen Lumut. Persoalannya dimanakah Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang lain pagi ini?

Mengapa anda tidak berada di dalam Dewan Rakyat sedangkan kesemua anda tahu bahawa hari ini merupakan hari akhir penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Kementerian-kementerian? Apakah perkara yang lebih mendesak daripada membincangkan permasalahan rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup yang memuncak? Mengapa anda semua mengambil keputusan untuk ponteng secara berjemaah?

Tidakkah Ahli-Ahli Parlimen ini menyedari bahawa rakyat mengundi mereka untuk menjadi wakil membahaskan permasalahan di Dewan Legislatif itu? Rang Undang-Undang Perbekalan ataupun Belanjawan ini merupakan satu perkara yang amat penting. Ia akan menunjukkan hala tuju dasar fiskal negara untuk satu-satu tahun. Membiarkan Belanjawan ini tidak dibahaskan dengan tuntas adalah satu pengkhianatan tanggungjawab oleh Ahli-Ahli Parlimen.

Sebelum ini anda semua bingkas mempergunakan sentimen rakyat untuk kepentingan politik anda. Kamu berlagak umpama adiwira kononnya berlawan soal kenaikan harga minyak, kesenjangan pendapatan, hutang negara dan lain-lain isu kewangan dan ekonomi. Tetapi hari ini anda semua hilang daripada Dewan Rakyat.

Adakah ini juga menunjukkan GPS-GPS Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah dihack? Atau mungkin Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpandangan bahawa hari ini Dewan Rakyat telah berpindah ke Putrajaya?

Tidak salah untuk bersolidariti bersama Ketua Pembangkang. Tetapi mengapa hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak hadir ke Dewan Rakyat. Sekurang-kurangnya Ahli-Ahli Parlimen yang arif mengenai ekonomi dan kewangan perlu berada di Dewan Rakyat. Anda perlu berbahas melainkan anda memikirkan tiada keutamaan untuk perbahasan ini.

Kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, terima kasihlah. Saya sudah dikhianati semasa pembentangan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru diluluskan pada tahun 2011 dan juga semasa Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) yang diluluskan pada tahun 2013. Namun, tampaknya anda semua tidak pernah belajar dan memilih untuk ponteng beramai-ramai lagi hari ini.

------------------
Dapat sebaran dari Rara. Penulisan di atas bukan dari aku. Ditulis oleh Anwar, budak SAMM Johor. Anwar ialah pemerhati dan berada di parlimen sejak seminggu yang lepas. Menurutnya, ahli2 parlimen pembangkang pada hari neh telah memilih memonteng persidangan parlimen ber-ramai2. Ada yang tak ponteng. Bukan semua. Tapi yang ponteng ramai sangat sehingga memudahkan kerja Ahmad Maslan yang bagi hujah2 dangkal terutamanya isu harga minyak. Sapa yang tengok Ahmad Maslan merepek kat parlimen tadi fahamla aku cakap apa neh. Siyes merapu bhai. Rasa macam nak lempang muka dia. Tapi tak dapat so aku lempang benda lain aje la buat pelepas geram.

Oke. Aku nak sebut simple aje. Kita sudah ada kerajaan yang bingai. Ini semua tahu. Tapi sekarang kenapa pembangkang lantikan kita juga bingai macam kerajaan kita? Kerajaan dah bingai tambah pembangkang yang bingai maka kepada siapa lagi harus kita harapkan untuk melawan demi menjaga hak2 rakyat tertindas seperti kita?

Ringkasnya. Celaka2 neh makan gaji buta. Mentang2 gaji dah dinaikkan, semua stok sambil lewa buat kerja. Aku dah sebut banyak kali selain dari Anwar Ibrahim, mana2 ahli parlimen pembangkang dan kerajaan takde sebab nak ponteng. Takde. Melainkan depa mampos. Sakit. Uzur. Atau ada hal kecemasan. 

Lue fikirlah sendiri ek. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...