Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 November 2014

Selepas Setahun PAS Pertikai Kewajaran Pengharaman SIS Oleh MAIS.

Kenapa?


Yes. Kenapa?

Ada sesuatu yang tak kena disitu. Kenapa beberapa pimpinan PAS mula sibuk2 cakap pasal SIS, pengharaman dan fatwa MAIS terhadap NGO tersebut?

Kan lebih baik jika MP MP pembangkang itu memekak tentang insiden KG. Chubadak. Rakyat yang tertindas memerlukan pembelaan. Tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pemimpin2 Pakatan Rakyat. Nak harapkan BN lagi la macam celaka.

Tapi sayang.

Pimpinan PR sibuk urusan rakyat hakim negara. Dan isu fatwa SIS.

Yang sibuk urusan bahas masalah rakyat di parlimen baguslah. Ini kita nak persoalkan tindakan pemimpin2 pembangkang yang meraban dari tugas sebenar mereka. Sekali sekala boleh la dimaafkan. Itupun jika munasabah. Ini langsung tak munasabah.

SIS dah failkan kes untuk mempersoalkan kerelevanan fatwa tersebut. Urusan SIS dan MAIS sudah bermula disitu. Pandai2 la mereka nak selesaikan konflik di antara mereka dengan menggunakan ruang undang2 yang sedia ada.

Tapi kenapa si Khalid, Mujahid dan Hanipa sibuk memekak isu SIS di lobi parlimen tadi? Pemimpin yang akalnya waras, otaknya cerdik, mindanya sihat akan memilih untuk memekak isu KG. Chubadak di depan media. Bukan isu SIS yang mana SIS ada mulut sendiri untuk bercakap bagi pihak diri mereka sendiri. Yang penduduk2 KG. Chubadak neh bukan takde mulut, ada mulut. Tapi apa gunanya lantik PR sebagai pembangkang bila time2 rakyat memerlukan mereka untuk berperanan mereka tak jalankan peranan mereka dengan sewajarnya.

Nampak tak disitu?

JANGAN CUBA NAK PERBODOHKAN RAKYAT la woi.

Memang ada sesuatu sekarang neh. Siyes ada sesuatu. Jika betul sangat kemaruk nak pertikaikan maksud LIBERALISME dan PLURALISME, mereka takan sibuk buat selepas setahun. Semasa SIS mula2 diharamkan lagi dah mereka akan KECOH dan MEMEKAK ketika itu.

Dari apa yang aku nampak. Permainan politik di negara neh adalah berkenaan wang, kuasa, projek dan pangkat.

Wang akan tentukan siapa yang ko sokong. Dan untuk siapa kau bersuara.

WANG. SIS. Persoalkan fatwa MAIS. Dan 3 pimpinan PAS di atas. Ada sesuatu yang tak kena. Sebelum neh Anwar. Dan sekarang pemimpin2 yang bajet progresif dalam PAS. I wish aku detektif conan. Aku memang betul2 ada keinginan untuk siasat. Cuma takde kemampuan.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...