Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 November 2014

Sesi Mengumpat PSM - Maruah PSM Di Bawah Tapak Kaki PKR.

Tadi aku ada baca dua berita tentang respon PKR mengenai pendirian terbaru PSM yang memilih untuk tidak lagi re-aplly kemasukan PSM ke dalam PR.

Artikel pertama.


Artikel dua ;



Ada beberapa perkara yang aku tak setuju dengan DSAI, PKR dan PR dalam isu PSM neh.

Biar aku hujahkan point2 aku terlebih dahulu.

Merujuk kepada pemberitaan di atas, yang aku nampak ;

- PR cuba membayangkan yang PSM sendiri menolak kemasukkan ke dalam PR.

- PR cuba membayangkan seolah2 keputusan untuk tolak atau terima PSM merupakan satu perkara yang perlu memakan masa bertahun2 lamanya sebelum PR memilih untuk menerima kemasukkan PSM.

Ini semua wayang oppurtunis macam PR dan Anwar.

Hakikatnya.

- PR tidak memberikan jawapan kepada PSM setelah PSM menunggu sekian lama.

- Bila tidak mendapat kata putus, PSM move forward.

- Kenapa nak move forward?

- Supaya PSM tak perlu lagi bertelagah tentang logo dan penggunaan logo parti dalam pilihanraya akan datang.

- Supaya PSM tahu kat mana mereka nak bertanding dan boleh move buat kerja2 membantu masyarakat di kawasan yang mereka berhasrat mahu bertanding.

- Maka PSM move forward dan amek satu ketetapan.

Ia bukan PSM menolak mahu memasuki PR. Ia adalah kerana PR sendiri tidak memberikan kata putus. Untuk menerima kemasukkan PSM bukan satu keputusan yang sukar. Ia samada YA atau tidak. Lebih sukar jatuhkan TSKI. Dan karang ayat2 fitnah untuk halalkan tindakan tersebut. Kajang movie adalah kerja sukar. Memutuskan kemasukkan PSM ke dalam PR tidak sukar. Berapa banyak masa yang PR perlu amek untuk memikirkan perkara yang mudah neh? Buat la undian jika tiada kata putus dan bertindak la atas keputusan undian. Benda senang gila punya remeh macam neh pun takde otak nak fikir.

Oke. Part 1 dah tamat. Part 2 pasal hujah Rafizi.

Lihat ;



Yes. Point Rafizi betul. PSM tak pernah being apart of PR pun. Never. Bukan keengganan PSM untuk sertai PR. Tetapi keengganan PR untuk menerima kemasukkan PSM. Cuma PR tak huraikan dalam bentuk tindakan. Mereka hanya diam. Diam PR diam tanda tidak setuju.

Dalam pilihanraya yang lepas, PSM dipaksa bertanding menggunakan logo PKR. Bukan mahu bertanding guna logo PKR. Mereka tak bertanding atas kerusi PKR. Parti politik kat negara neh mempunyai masalah sakit jiwa yang kronik. Ini kerusi PAS, ini kerusi BN. Ini kerusi PKR dan blablala semua macam tue. Macam main cop2 kerusi pula. Aku akan move forward untuk tidak mengecop mana2 kerusi dimiliki oleh mana2 parti. Aku dah tinggalkan permainan cop2 kerusi neh. Dulu aku bodoh sebab terpengaruh dengan propaganda parti cop kerusi. Sekarang aku dah bebas dari kebodohan tersebut.

Di Malaysia. Mana2 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU atau PRK atau PRN tidak dimiliki oleh mana2 pihak. Sapa yang rasa dia boleh perform, sapa yang rasa dia boleh buat kerja bantu penduduk, dia boleh bertanding ikut celah mana yang dia suka. 

Ini la pendirian aku sekarang.

Oke. Aku tak nampak statement Rafizi sensitif. Aku nampak statement Anwar syok sendiri. Statement Rafizi membuktikan yang PR is the big boss dan PSM berada di bawah tapak kaki mereka dan which is memang betul pun.

PSM adalah masalah kecelaruan yang jelas.

PSM = parti pro sosialisme.
PR = parti pro kapitalisme.

Akal yang waras pun tahu tak pernah logik untuk PSM memilih bersama2 PR dalam memperjuangkan kelas rakyat tertindas kerana ianya sangat kontradiks dengan apa yang diperjuangkan mereka.

Bersama mengikut cause tiada masalah. Tapi untuk bersama dan duduk dalam satu parti, itu kerja gila. Kapitalis dan sosialis bercampur ada kebaikan. Tapi mengikut kepada pendirian PR, apakah korang rasa kapitalis campuran sosialis akan membawa kebaikan?

PR tidak akan memperjuangkan idelogisma sosialis melebihi dari mereka memperjuangkan kepentingan kapitalisma dan poket sendiri. Kronologi2 berdasarkan tindakan2 lepas mereka sudah membuktikan kepada kita banyak kali. Jika orang yang menyokong BN memerlukan masa sehingga 56 tahun untuk terima hakikat, agak2nya orang2 yang sokong PR pula perlukan berapa banyak masa untuk belajar sedar diri terima dan hadapi realiti sebenar tentang perjuangan PR? BN dan PR never be there for rakyat. Learn the lesson. 

Jika sekalipun. PR terniat ahti mahu membuka pintu kepada PSM. Adakah PSM akan menyahut pelawaan tersebut. 60% dari aku akan kata ya. Ya. PSM akan masuk ke dalam PR. Tapi 100% dari aku akan kata tindakan PSM itu merupakan satu kebodohan yang mutlak. 

PSM bukan saja berorentasikan sosialisme bahkan menolak sekeras-kerasnya amalan memutarbelitkan agama demi mencapai maksud peribadi. Dalam BN ada UMNO. Dalam PR ada PAS.

UMNO dan PAS ialah parti penjual agama. 

PSM juga perlu melawan penindasan dalam parti supaya selari dengan penolakkan mereka tentang penindasan yang berlaku diluar parti. Jika tidak PSM akan menjadi parti penyembang kencang macam PKR, PAS dan DAP. Pongpang2 pasal penyelewengan BN, namun dalam waktu yang sama TUTUP penyelewengan parti sendiri.

Ada banyak keburukan yang PSM kena hadap jika memilih mahu menyertai PR berbanding kebaikan. Ini pendapat aku. 

Tengok aje sikap wakil rakyat PSM berbanding wakil rakyat PR. Rujuk sini

Dr. Jeyakumar bukan orang Islam dan melayu. Dia berani isytihar harta walau tak dicabar. Yang dicabar seperti BN dan PR hanya kekal bermain cabaran macam manusia2 yang takde otak yang waras. Dari pimpinan hingga kepada penjilat. Kesemua mereka rosak dan tercemar dengan virus propaganda politikus yang jelas. Dia tak jual agama macam UMNO dan PAS. PSM punya gerak kerja underground memang tersusun. Tanya la sapa2 yang pernah participate dengan PSM punya movement. Dorang banyak involved dengan membantu kelas rakyat tertindas dan kelas pekerja. Ini bukan sembang kosong. Ini sembang berfakta. Jangan dok bantah melulu. Pergi participate dulu PSM punya aktiviti baru memekik kritik aku.

Sungguhpun aku bukan ahli PSM dan tak terlibat langsung dengan aktiviti PSM tapi aku banyak mengikuti dan memerhatikan program2 dan gerak kerja anjuran mereka. Ia menjadi satu tabiat aku untuk perhatikan gerak kerja partisan. Aku perhatikan BN. Aku perhatikan PR. Dan aku perhatikan PSM. Aku perhatikan mereka sebagai rakyat jelata. Rakyat jelata juga perlukan wakil untuk bersuara bagi pihak mereka. Jika semua adalah ahli partisan maka siapa yang nak jadi rakyat biasa macam aku? Maka aku la amek peranan tersebut dengan melakukan pemerhatian tentang parti2 politik di negara neh. Nampak. Aku lantik diri aku dah cukup la. 

HAHAHAHA.

Setiap kali PSM buat apa2 kerja yang membabitkan hak dan kepentingan marhaen, mereka ada kemaskini di laman sosial dan masuk berita. Tapi page view dan jumlah yang baca dan share sangat rendah.

Tujuan PSM share bukan untuk mendapatkan millage politik macam PR dan BN punya stail Tujuan PSM share ialah supaya orang ramai tahu apa itu PSM dan terbuka ahti untuk menyertai pergerakkan itu sekaligus menambahkan bilangan ahli. Semakin ramai ahli semakin bagus untuk satu2 organisasi sebab kita boleh melakukan lebih banyak perkara.

PSM ada buat movement lawan harga rumah dan GST. Participation dari rakyat sangat sedikit. Participation mereka sedikit mungkin akibat terpengaruh dengan elemen2 fitnahisme yang dijaja oleh geng2 PAS, PKR dan DAP terhadap PSM sejak PRU ke 13 hari tue hingga la berjangkit2 kepada isu lain.

Isu penggunaan logo tangan penumbuk tue adalah isu pencetus kepada orang mula nampak PSM. Namun dalam waktu yang sama, bibit2 negatif terhadap PSM juga semakin terzahir.

PAS melalui beberapa pimpinannya telah melakukan fitnah terhadap parti PSM ialah parti yang menolak agama. Ajaran komunis. Pemimpin tak solat. Kafir.

Ini satu bentuk fitnah. Banyak ahli2 PSM yang aku kenal tak tinggal solat dan hujah2 dorang berkaitan agama adalah baik (betul mengikut konsep ilmu). Setakat tengok markas terus nak cop orang2 PSM tolak agama. Main tuduh tanpa hadirkan bukti yang jelas. Itu fitnah. Main berucap atas pentas tanpa kemukakan hujah. Itu juga fitnah. Yang hebat. Fitnah dijaja presiden parti Islam. Pengikut pun sokong. Akal yang waras, waras, waras, sekalipun. Akan minta secara baik kepada presiden PAS. Tunjukkan la bukti dan dalil yang jelas sebelum menuduh sebarangan. 

Itu akal yang waras. Akal yang taksub akan menafikan kewarasan akal manusia. Apa PSM dengan agama?

PSM ialah parti yang memegang pendirian bahawa agama ialah kepercayaan. Agama tidak boleh diputarbelitkan untuk membenarkan kepentingan seseorang. Sepertimana UMNO dan PAS yang gunakan agama untuk halalkan ketidakadilan yang dilakukan oleh parti2 tersebut. Ini la yang PSM tegaskan. PSM bukan menolak agama dalam kehidupan. Menolak putarbelit atas nama agama dan menolak agama ialah dua perkara yang berbeza.

Oleh kerana kita tidak tahu, maka kita bertanyala.

Oleh kerana kita tidak suka, maka jangan la fitnah.

PSM memperjuangkan idelogism sosialis yang melawan kapitalis. Sosialis ialah cabang ekonomi, bukan cabang agama. Bila orang2 PAS mengeluarkan ayat owh oke, Islam itu lengkap. Maka, dari join PSM baik ko masuk PAS aje. Buat apa sosialis jika ada ISLAM.

Ale utoo.

Islam itu lengkap kenapa PAS bersama2 cabang keadilan dan cabang demokratik yang dibawa oleh PKR dan DAP? Islam tidak adil atau tidak demokratik?

Islam juga adil.
Islam juga demokratik.
Islam juga sosialis.

Tapi geng2 PAS separuh masak neh tak pula cakap Islam itu lengkap dari bersama2 keadilan dalam PR maka kenapa bukan ahli PKR masuk PAS aje?

Nampak?
Nampakk?

Pecahan perjuangan neh wujud bukan sebab ISLAM tak lengkap. Ia wujud sebab masing2 nak jadi ketua. Ataupun kerana masing2 tak sekufu dengan satu sama lain dari segi matlamat.

PAS. PKR. DAP matlamat mereka KAPITALIS. Sama macam BN. Sebijik. PSM ialah satu cabang perjuangan yang menolak kapitalis. Ia wujud di negara neh kerana memang terdapat rakyat yang menolak sistem kapitalis yang menindas. (Bukan semua sistem kapitalis itu menindas, ekonomi campuran kapitalis + sosialis ada kebaikan).

Maka. Bila PSM mahu menyertai parti pro kapitalis. Ia sendiri bercanggahan dengan idelogisma perjuangan PSM itu sendiri.

Kau ialah parti sosialis. Kau punya perjuangan ialah sosialis yang melawan kapitalis. Tapi kenapa kau mahu bekerjasama dengan parti pro kapitalis?

Nampak tak?

PSM punya niat mungkin mahu bergantung pada satu pokok yang mempunyai dahan yang besar supaya orang nampak kewujudan mereka. Tapi itu dulu boleh la guna hujah macam tue. Sekarang orang nampak dah PSM. Orang cuma belum nampak dan faham hala tuju. Instead of bersama2 PR, PSM patut perkemaskan hala tuju dan matlamat mereka untuk dianalisa oleh orang awam.

Sosialis jika bergabung dengan kapitalis, matlamat PSM is being compromised or being hijacked kat situ. Kenapa mesti sosialis yang being hijacked? BECAUSE YOU ARE THE SMALLEST. 3 giant kapitalis ditambah dengan giant penjual agama seperti PAS takan buta2 menunduk dan mengikut hala tuju perjuangan PSM. Berpijak pada dunia realiti. Jangan hidup atas mimpi dan harapan palsu.

Bila PR membuat keputusan untuk membincangkan tentang pendirian terbaru PSM mengenai tindakan mereka untuk tidak re-apply kemasukkan ke dalam PR. Ia memberikan aku satu gambaran. Adakah nak membayangkan PSM ada harapan untuk diterima masuk ke dalam PR?


Adakah PSM akan terbuka ahti untuk memasuki PR andai kata PR buka pintu?

Aku tiada masalah jika PSM memasuki dan bekerjasama dengan mana2 parti sekalipun ia contradiks dengan perjuangan asal mereka. Secara ringkasnya. Ahli2 PSM neh memang ramai yang pro marhaen dan jenis rebel. Gerak kerja underground pun bagus dan tersusun. Tapi. Ketahuila. Akal manusia yang waras akan nampak betapa maruah PSM betul2 di tapak kaki PKR andaikata PSM memilih untuk memasuki PR.

Sudahla ahli2 PSM pun berpecah belah. Takde kesefahaman. Yang lawan kapitalis boleh pro PKR. Isu dalaman PKR, mereka yang bergaduh lebih2 sesama sendiri. Kalau sekecik2 isu macam KAJANG MOVIE pun lue tatau letak duduknya lue kat mana, jangan sembang bab besar macam letak duduknya mana sosialis dalam sistem ekonomi negara. 

Lue fikirlah sendiri ek PSM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...