Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 November 2014

Ini Jumlah Sewaan Kereta Rasmi Untuk Menteri Yang Tak Masuk Akal.

Kenapa sewa?

Kenapa bukan beli?

Baru2 neh kita tahu yang Putrajaya telah memutuskan untuk mengantikan semua kenderaan2 rasmi kerajaan yang digunakan oleh menteri2 dan pegawai2 tertinggi kepada sebuah model proton Perdana casing dan teknologi Honda (perkongsian teknologi).

Alasan yang dikemukakan oleh kerajaan ialah ;

- Model lama proton Perdana sudah uzur

- Kos penyelenggaraan tinggi dan tidak berbaloi (which is satu alasan penipu. Tiap2 bulan kenderaan rasmi milik kerajaan diselenggara secara berkala, bila penyelenggaraan berkala dilakukan sepatutnya risiko untuk rosak kurang. Tapi yang pelik, semakin ia terselenggara, semakin mudah ia rosak sana sini. Ada sesuatu yang kena dengan point kerajaan untuk halalkan point dorang tukar kenderaan rasmi).

Maka. Kerajaan memutuskan untuk mengantikan sejumlah 3,000 kenderaan yang digunakan oleh kakitangan kerajaan termasukla menteri2, timbalan2 dan pegawai2 tinggi kerajaan dalam program pengantian kereta kakitangan kerajaan.

Ketika perkara ini diluluskan oleh Putrajaya, kerajaan menerima kecaman kerana ;

- Dengan kos sara hidup yang tinggi, kerajaan boleh pula bersenang lenang tukar kenderaan rasmi mereka.

- Proton Perdana tapi gunakan chasis Honda. Aka Honda tiruan (benda neh bukan isu pada aku).

- Harga yang ditawarkan agak mahal dan tidak sepadan dengan kualiti. Benda dibina dalam negara, bukan luar negara. 

 
Gambar pandang pertama kenderaan yang digunakan oleh perdana menteri Malaysia, Najib Razak.

Apa isunya?

1. Kerajaan cakap bahawa mereka membeli kenderaan di atas. Bukan menyewa.

2. Harga belian untuk setiap kenderaan ialah RM295,000. Ini paling mahal. Yang paling mahal neh ialah bullet-proof dan custome made untuk tujuan keselamatan menteri2 tertentu.

3. Kos sewaan bersih tiap2 bulan dipecahkan ikut model kenderaan.

4. Kerajaan memutuskan untuk membeli dua jenis model kenderaan.

5. Bagi model pertama, Proton Perdana Baru 2.4 Executive ialah berjumlah RM3,284.84 sebulan.

6. Bagi model kedua, Proton Perdana Baru 2.0 Standard ialah berjumlah RM2,892.32 sebulan.

7. Kos sewaan bersih di atas tidak tertakluk dengan kos penyelenggaraan.

8. Bagi kos penyelenggaraan, ia dikira secara berasingan.

9. Menurut jawapan yang disediakan oleh Najib Razak kepada ahli parlimen DAP di parlimen, ayat yang digunakan ialah KOS SEWAAN BERSIH.

10. Namun Putrajaya pada sebelumnya mengatakan kenderaan tersebut bukan SEWAAN namun BELIAN (aset kerajaan).

So kat situ ada kecelaruan maklumat. Mana satu yang betul? Kalau sewa, tak logik. Kenapa nak sewa kenderaan tue? Macam celake aje nak buang duit sewa2 padahal ko boleh aje beli. Bila sudah sampai satu tempoh, boleh re-sale. Murah2 pada rakyat yang memerlukan. Jangan dok bagi kroni jek.

Satu lagi bayaran bulanan untuk membeli (kalau beli) pun mahal. Dekat 4k tiap2 bulan. Adakah jumlah pembelian kenderaan di atas tertakluk cukai dan segala? Macam tak logik la.

Dan. Untuk rekod. Setakat neh bayaran bulanan dah berjalan bagi 200 kenderaan pertama yang sampai ke Putrajaya untuk kegunaan menteri2 kita.

Kita ada berbaki lagi 2,800 kenderaan proton perdana baru yang akan menyusul bagi kegunaan seluruh pegawai2 tertinggi kerajaan di Malaysia.

Bayangkan. Satu kenderaan dekat 4k. Kalau 3,000 kenderaan tiap2 bulan nak bayar berapa? 

Pergh.

Rakyat kena jimat.
Potong subsidi segala.
Minyak dunia turun.
Kenakan cukai jualan pula.
Depa syok2 ganti kenderaan baru.

Suwei betul. Apa pun tak boleh.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...