Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Senarai Pembida No Plat BMW - Pengerusi Mywatch Pun Ada!

Berikut adalah senarai rasmi bagi pembida2 yang telah memenangi bidaan no plat BMW.



Dalam senarai tersebut, selain daripada kerabat diraja, kakitangan kerajaan, pengerusi Mywatch Sri Sanjeevan pun ada. Dia membida 2 no plat. BMW8 dan BMW11.

Berdasarkan kepada respon Sri Sanjev kat twitter, memang terbukti dia ialah pembida yang dinamakan dalam gambar di atas.

Lihat ;

Rupa2nya ada orang mempersoalkan tindakan Sri Sanjev membida no plat ratus ribu dari agensi kerajaan JPJ. Itu la sebab dia respon di twitter. Menerusi sebaran di laman sosial rupa2nya mereka mempersoalkan tindakan Sri Sanjev disebabkan suatu ketika dulu pengerusi Mywatch pernah membidas tindakan ketua menteri Melaka yang membida no plat. Menerusi kenyataan tersebut digambarkan seolah2 ketua menteri Melaka membida no plat menggunakan wang pembayar cukai. Dan perkara tersebut mendapat perhatian daripada AMK. Selaku sayap PKR. Yang mengatakan tindakan ketua menteri Melaka itu adalah membazir.

Ini adalah kenyataan media tersebut ;


Ketika rakyat disuruh berjimat untuk menangani kos sara hidup yang tinggi, Menteri pula yang membazir dan bermewah membeli nombor plat kenderaan.
“Perdana Menteri suruh rakyat berjimat. Tetapi Menteri sendiri membazir duit hanya untuk membeli plat kenderaan sahaja,” kata Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka,
Beliau merujuk pendedahan Pengerusi NGO anti-jenayah Mywatch, R Sanjeevan berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.
Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang tertera nama ‘Idris Bin Haron’, nama sama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.
nombor_plat_KM_MelakaNombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama ‘Fadilah Binti Abdullah’ yang sama seperti isteri Idris, manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Kata Sanjeevan, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 ‘Rosli bin Hasan’ juga kebetulan sama seperti nama setiausaha sulit Idris.
Idiris bagaimanapun petang ini menafikan menggunakan wang kerajaan Melaka untuk membida nombor plat tersebut.
Justeru, Shamsul yang juga ahli parlimen Bukit Katil mempersoalkan kemampuan kewangan individu dinyatakan sehingga mampu membeli nombor plat mewah.
“Dari mana mendapat duit yang banyak semata-mata beli nombor plat? Apakah ada syarikat yang membayar bagi pihak dia untuk mendapatkan kontrak daripada kerajaan”.
“Mungkin ada rasuah atau berlaku penyelewengan wang rakyat dalam hal ini? soal Shamsul.

Rujukan : http://www.keadilandaily.com/rakyat-disuruh-berjimat-menteri-membazir-beli-plat-mewah/


Point Shamsul ketika itu ialah ;

- Bidaan disifatkan sebagai membazir.

- Kemampuan kewangan individu2 yang membida no plat tersebut

Ketua menteri Melaka ketika itu menafikan bahawa duit kerajaan negeri digunakan untuk membida no plat tersebut. Dan pendedahan Mywatch berhenti disitu.

Sekarang yang membuatkan orang berasa pelik bilamana pengerusi Mywatch sendiri melakukan perkara yang serupa. Actually. Dia dah jelaskan menerusi twitter. Rujuk gambar di atas. Bida guna duit rakyat dengan bida guna duit sendiri ada bezanya. Persoalannya, ada ke dia bagi bukti kepada public CM Melaka bida guna duit rakyat?

Aku tak nafikan ada kemungkinan CM Melaka bida guna duit rakyat. Tapi sayangnya untuk meletakkan dia dalam penjara, kita tak gunakan hujah kemungkinan. Kita mahukan hujah kepastian.

Suka tak suka fakta harus didahulukan. Tiada kepastian sampai sekarang CM Melaka membida menggunakan wang rakyat. Tapi yang pasti pembaziran berlaku disitu. Jika sebut pasal pembaziran nampaknya apa beza pendedahan pengerusi Mywatch yang PKR highlightkan dengan pembaziran yang dilakukan oleh Sri Sanjev?

Kemampuan kewangan pun boleh dipersoalkan orang ramai.

Ada sesuatu yang tak kena kat sini.

Kita nasihatkan orang jangan membazir, tapi kita sendiri membazir.
Kita persoalkan kemampuan kewangan orang, tapi kemampuan kewangan kita pun diragui orang.

Lebih kurang begitulah. 

Dan.. owh yeayy.. dia 200k, kita plak lebih dari 300k.. 

Aku pun taknak cakap apa. Ini bukan soal sapa curi duit sapa, sapa rompak sapa, sapa rasuah sapa, sapa seleweng duit sapa. Ini lebih kepada soal cakap tak serupa bikin. Bab kritik orang kita laju2. Tapi rupa2nya apa yang kita kritik orang, kita pun lebih kurang daaaaaaaa........

Apa pun tak boleh.

Lantak lue la.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...