Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 Oktober 2014

Perangai Pemuda PAS Yang Anda Mesti Tonton. (Video Inside).


Geng2 unit amal pernah balon kawan aku Ali Abdul Jalil. Aku faham. Unit amal ada yang baik dan ada yang perangai tah hapa2. Yang baik aku hormat. AKu tabik. Dorang memang superb. Tapi yang buat perangai bangang aku tak boleh respect. Maaf cakap la. AKu tak minat nak respect dan terima. Sebab tue aku terkilan dengan PAS sebab tak selesaikan permasalahan tersebut sehingga ke penamatnya. Melindungi geng2 unit amal yang p balon kawan aku. Mana boleh.

Patut siasat la betul2.

Sapa salah, sapa betul. Kasi keputusan la.

Ini tidak. Mentang2 la Ali orang biasa. Unit amal orang yang 'luar biasa la sangat'. Semua dok anggap Ali pesalah.

Sekarang unit amal dah mendapat. PADAN MUKA. PAS pun dah mendapat. PADAN MUKA. Geng2 anarki dok riot malas dengar ceramah Anwar ketika itu. Korang dok bela ceramah Anwar. Sekarang Anwar tikam lue. PKR tikam lue. DAP tikam lue. Tak mendapat ke tue? Mendapat kan?

Hah. Amek. Rasakan. Sendiri carik.

Bukan hanya Ali Abdul Jalil. Maverick geng PSM kawan aku pun kena balon. Tapi. Apa penamatnya? Apa penyelesaiannya dari PAS? Apa kaedah Islam yang PAS tiru dari situ? Bukan kah PAS sepatutnya memainkan peranan untuk menyelesaikan. Kalau kes yang kecik2 pun kelam kabut cara mereka deal situasi, macam mana nak hadap kes besar?

Nampak?

Actually. Aku tak minat nak siding. Baik LENSA. Mahupun Safwan Anang. Apatah lagi pada pemuda PAS yang claim dia wakil kepada AJK PAS.

Aku cuma nak korang dengar aje perbualan ini sendiri dan nilaikan. Ikut la korang punya pemikiran macam mana. Kalau rasa salah ka betul ka apa ka itu korang punya pasal. Sejujurnya, aku sendiri terkejut macam neh rupanya geng2 PAS punya mulut.

Macam neh ka cara mereka deal perbezaan dan kritikan?

Bagi aku. LENSA ada hak untuk mengkritik. Tak semestinya kritikan dia betul. Tapi mereka ada hak itu. Dan aku tak semestinya bersetuju dengan point dorang. Which is memang aku tak setuju mana pun. Ada yang aku setuju. Tapi ada juga yang aku tak setuju.

Point LENSA rujuk sini.

Dalam krisis MB Selangor. Bagi aku semua pihak bersalah dengan cara tersendiri. Baik PKR, DAP mahupun PAS. Tiada yang betul pun di antara mereka. Aku dah hurai part by part ketika kejadian itu berlaku. Aku rasa semua tahu yang aku memang fackkan mereka = PR secara total tanpa prejudis. Peh. Ayat. Gila kaw.

Mereka semua bersalah. Yang paling bermasalah bila mereka melibatkan peranan media. Semua tahu media tidak berperanan menyelesaikan masalah. Media hanya pelapor. Untuk menyelesaikan masalah pimpinan PR perlu bersemuka dan berbahas dalam bilik mesyuarat. Tapi daripada pimpinan tertinggi sampai la ke peringkat pimpinan negeri, semuanya fail. Baik dari PKR, DAP mahupun PAS. Nak buat perkara asas macam neh pun fail. Apa lagi nak diharapkan pada perkara yang lebih besar. Sebab tue aku tak favor pada mana2 parti PR. PAS, PKR dan DAP kerana semuanya sama saja. Tak payah tengok kes lepas. Yang terkini pemuda PAS Kelantan bidas Nik Abduh. Nampak? Sesama sendiri pun lawan guna media. Apatah lagi dengan parti kawan. Apa pun tak boleh. 

Lue fikirlah sendiri.

Tonton video kat bawah neh. Dan pandai2 la lue semua nak tafsir macam mana. Masing2 ada akal. Nilaikan.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...