Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Perbandingan Harga Minyak Antara Negara - Menjawab Hujah Mahathir Minyak Arab Lebih Mahal!

Mahathir kata. Kat Arab harga minyak lagi mahal. Tapi aku baru aje check website bloomberg. Point Mahathir nampaknya salah.

Ini point Mahathir ;

Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita.

“Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej Wadi Sofea di Kota Baharu, Khamis.

Oke.

Menerusi portal online Bloomberg.com, satu perbandingan mengenai harga minyak dilakukan. Mereka bandingkan mengikut pecahan 3 aspek.

Pertama. Harga minyak. Disusun secara menaik. Makin murah, makin besar angka kau.

Kedua. Ketidakmampuan rakyat untuk membeli minyak. Kadar peratusan dinilai berdasarkan gaji sehari yang kita perolehi.

Ketiga. Peratusan gaji tahunan yang dibelanjakan ke atas pembelian minyak. 

Aku akan susun ikut rank dorang. Dan ikut matawang USA. Ada dua harga. Pertama per gelen, kedua per liter.

1. Norway $9.79/2.59
2. Netherlands $9.46/2.50
3. Italy $9.34/2.47
4. Denmark $9.14/2.41
5. Greece $8.81/2.33
6. Belgium $8.68/2.29
7. Portugal $8.56/2.26
8. Germany $8.50/2.25
9. Turkey $8.47/2.24
10. Finland $8.44/2.23
11. Israel $8.28/2.19
12. Hong Kong $8.26/2.18
13. United Kingdom $8.25/2.18
14. Ireland $8.15/2.15
15. France $7.90/2.09
16. Sweden $7.89/2.08
17. Slovenia $7.74/2.05
18. Malta $7.66/2.02
19. Cyprus $7.53/1.99
20. Slovakia $7.52/1.99

Kat atas ialah 20 negara yang termahal di dunia harga minyak dorang.

21. Switzerland $7.51/1.98
22. Spain $7.43/1.96
23. Crotia $7.40/1.95
24. Romania $7.38/1.95
25. Austria $7.13/1.88
26. Hungary $7.05/1.86
27. Luxembourg $7.02/1.85
28. New Zealand $6.94/1.83
29. Latvia $6.92/1.83
30. Czech Republic $6.85/1.81
31. Lithunia $6.82/1.80
32. Bulgaria $6.73/1.78
33. Estonia $6.73/1.78
34. Poland $6.71/1.77
35. South Korea $6.65/1.76
36. Singapore $6.55/1.73
37. Japan $5.48/1.54
38. Chile $5.81/1.53
39. Brazil $5.35/1.41
40. Argentina $5.34/1.41
41. Australia $5.27/1.39
42. South Africa $4.97/1.31
43. India $4.79/1.27
44. China $4.73/1.25
45. Canada $4.50/1.19
46. Philippines $4.48/1.18
47. Thailand $4.46/1.18
48. Colombia $4.20/1.11
49. Pakistan $4.08/1.08

Dan kat bawah neh pula minyak antara termurah di dunia dari segi ranking dunia.

50. Indonesia $3.73/0.99
51. United States $3.69/0.98
52. Mexico $3.58/0.95
53. Rusia $3.19/0.84
54. Malaysia $2.42/0.64
55. Nigeria $2.23/0.59
56. United Arab Emirates $1.77/0.47
57. Iran $1.52/0.40
58. Egypt $1.01/0.27
59. Kuwait $0.81/0.21
60. Saudi Arabia $0.45/0.12
61. Venezuela $0.04/0.01

Dalam laporan yang sama ;

- Malaysia mencatatkan rank ke 15 dari segi peruntukkan gaji tahunan untuk membeli minyak. Rank ini disusun secara menaik. Maksudnya Malaysia antara 20 buah negara teratas yang mana peratusan rakyat mereka membelanjakan wang gaji untuk membeli minyak lebih besar/banyak berbanding negara lagi.

- Dari segi purata gaji harian, Malaysia mencatatkan rank ke 37. Yang mana ketidakmampuan rakyat untuk membeli minyak berdasarkan harga jualan di Malaysia akibat gaji harian/pendapatan mereka tidak melepasi harga jualan minyak. Lebih kurang 2.05%. Walaupun rank ini agak serdahana tapi ia wujud. Maksudnya, golongan macam ini wujud di negara ini. Itu point yang perlu difikirkan.

- Dari segi perbandingan antara harga berdasarkan matawang USA, harga minyak di Malaysia nampak murah, tapi rakyat SG hanya menggunakan 0.74% pendapatan tahunan mereka bagi pembelian minyak. Malaysia pula sebanyak 2.40%. Yakni, kat sini tangga gaji jadi point utama. Thailand pula 2.24%. Lebih baik dari Malaysia. Philippines pula 1.74%. Kat sini pengangkutan awam pula memainkan peranan. Ada negara tangga gaji rendah, tapi pengangkutan awam lebih stabil dari Malaysia. Ada negara yang mana tempat kerja menyediakan pengangkutan syarikat. So pergi balik tak sesak dengan jalan jam sebab semua dianjurkan naik bas yang disediakan syarikat. Kat Malaysia, walaupun nampak macam bagus, tapi kita banyak kelemahan sebenarnya. Yang buruk2 kat negara orang aje kerajaan kita dok petik untuk bajet bagus. Konon nak bangga sangat la tue. 

- Pokoknya, keterangan di atas menafikan point Mahathir. Minyak di negara arab lebih murah berbanding Malaysia. Tatau la negara arab mana yang Mahathir petik. Tapi ikut perbandingan di atas, harga minyak di Malaysia tak lari jauh dari Rusia, USA dan Mexico.

Untuk pembacaan lanjut, rujuk laman ini ==> http://www.bloomberg.com/visual-data/gas-prices/20142:Malaysia:USD:l

** Untuk rekod, perbandingan di atas ialah perbandingan paling terkini disediakan oleh bloomberg bagi edisi pertengahan tahun 2014. Harap maklum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...