Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 Oktober 2014

Anwar Atau Malaysiakini Kantoi Menipu?

Ada beberapa isu melibatkan Anwar dan Malaysiakini. Mengumpat sekali jalan aje senang.

Part pertama.

Isu kenyataan Anwar di portal Malaysiakini.

Lihat gambar jap ;


Gambar pertama.

- Laporan Malaysiakini yang menyatakan Anwar mahu nama2 mereka yang terlibat dalam perjanjian air didedahkan dan jumlah / keuntungan yang mereka terima. Kata Anwar. Ini soal intergriti dan ketelusan. Maka rakyat perlu diberitahu.

Gambar kedua. 

- Laporan Malaysiakini mengatakan bahawa Anwar menafikan laporan pertama. Dan kata Anwar, itu perbuatan yang mengaibkan.

Seriously. Aku tak faham.

Aib apa?
Malu apa?
Ini kan bisnes matter.

Kalau sungguh pendedahan tue dapat membantu rakyat buat calculation mengenai perjanjian air, apa masalahnya pun kalau dedah?

Khalid Ibrahim dedah anything. Termasuk agreement dan pihak yang bermanfaat dari projek itu. Bukan rahsia lagi. Maybe la. Aku fikir. Maybe la. Ada part2 yang TSKI sorokkan dan memberikan manfaat pada dia, itu yang Anwar nak dedahkan. Tapi err.... ada ke macam tue?

Sekarang yang aku confuse. Kenapa Anwar uturn? Oke, kalau laporan itu tak tepat, kenapa Malaysiakini menipu?

Ce citer.

Part kedua.

Isu himpunan GHAH = GERAKAN HAPUS AKTA HASUTAN di Penang baru2 ini dan juga isu forum di Unisel.

Anwar telah melakukan manipulasi kedua2 pentas itu untuk mengkritik dan membidas kepimpinan Khalid Ibrahim.

Aik.

DSAI. Nanti dulu.

TSKI itu adalah previous MB.
MB terkini adalah Azmin Ali.

Drama dah tamat. MB baru pun sudah dapat. Kajang Movie pun dah berjaya bak kata Rafizi. Pakar tragedi. 2 matlamat yang disasarkan dah tercapai. So, apa lagi budaya umpat umpatan neh? Tamatkan la disitu. Kenapa nak mengheret isu yang dah selesai? Baik sembang permasalahan rakyat. Orang dah naik muak dengan citer Selangor tue. Kemon la. Masalah rakyat bersepah kot tunggu untuk ditanggani.

Pelik betul la. 

Anwar yang dulu bukan la Anwar yang sekarang. Anwar, kembali la. Jangan lari jauh sangat macam pakar tragedi kita tue.

KAH KAH KAH


Part akhir.

Pasal iklan BSN kat Malaysiakini.

Amboi. Kemain marah lagi geng2 UMNO sampai buat laporan pada menteri. 

Kisah dia macam neh.

1. Iklan BSN muncul di portal Malaysiakini.

2. Geng2 BN nampak. Dan seriau. Dorang marah dan membidas.

3. Lalu buat provokasi online mengutuk tindakan tersebut.

4. Ahmad Maslan respon. Tarik balik iklan. Kata Ahmad Maslan bukan BSN yang directly beriklan disitu tapi.. thirt party. 

5. Aku tahu kenapa third party beriklan disitu. Ini kerana portal Malaysiakini portal terkenal. Ada high rating. Ramai user online kot. Baca berita.

6. Tak aneh la kenapa terpacak iklan disitu. Actually, yang penting reach out dia punya target. Portal apa pun bukan isu sangat la. Blogger UMNO kenapa marah sangat.

7. BSN bukan bank barisan nasional. 

8. Then iklan tersebut ditarikbalik. Kan, BSN bodoh. Buat pertimbangan perniagaan berdasarkan kepada sentimen emosi. Bisnes is bisnes. Target tue yang penting. Ingat semua yang online Malaysiakini geng2 pembangkang ka? Ada juga geng2 kerajaan. Ada juga yang tak minat partisan dan blablabla.. bila mereka nampak iklan BSN tue, mungkin mereka berminat, mungkin tak berminat dan blabla.. 

Itu pun nak kecoh.

Cuba tengok. DAP dan MCA time bisnes dorang bisnes aje macam biasa. Time politik, kita politik la. Takan semua benda pun nak campur bagi caca marba. 

Tah hapa-hapa kot.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...