Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 November 2013

Bayar Perunding RM4juta Sehari - Rakyat Meminta Najib Beri Penjelasan.


Benda ini berlaku selama hampir 5 tahun. Sehingga kini hampir RM7.2billion telah dibelanjakan untuk membayar khidmat syarikat2 perunding ini. Bahkan yang lebih menimbulkan tanda tanya awam ialah ;

KENAPA KERAJAAN BERIA2 UPAH PERUNDING LUAR DAN BAYAR KHIDMAT DORANG MAHAL2?

Perunding2 ini, bukan perunding tempatan beb. Bukan anak2 Malaysia. Tapi perunding luar negara. Kita tak nafikan bahawa kepakaran ada di mana2. Tetapi yang kita persoalkan apa perlu rm4juta sehari untuk mereka?

Kalau ikut statement media oleh pemimpin pembangkang, kerajaan masih lagi membayar khidmat perunding2 dari luar sehingga sekarang. Ini aku cakap pongpang2 kat dalam blog neh, rm4juta dah lego dah kat syarikat2 perunding dari luar.

Korang seme neh tahu tak?

Yang berjoget sakan, yang minat artis sakan, yang gila game sakan, yang mengorat sakan, yang berhibur sangat, yang pentingkan diri sakan dan semua sekali ahhhhh korang tahu tak setiap hari rm4juta wang negara ini berjalan pelan2 masuk ke dalam poket perunding luar negara?

Kalau tatau p amek tahu. Berhenti dulu buat benda2 takde faedah tue. 

Sebab itu kita sebagai rakyat kena bersatu padu. Minta penjelasan lanjut dari BN. Betul ke seperti yang didedahkan oleh ahli parlimen pembangkang dalam parlimen baru2 ini? Ini satu kebahlolan yang nyata. Rakyat kena jimat cermat bagai. Sekali buta2 aje kerajaan ko bayar orang luar rm4juta ringgit sehari. Tak sakit ahti ke ko?

Untuk itu Najib diminta jawab persoalan2 kat bawah neh. Rakyat perlu tahu.

1. Semua syarikat2 perunding yang dibayar oleh BN perlu didedahkan nama syarikat mereka.

2. Semua syarikat2 tersebut juga perlu mendedahkan juga skop kajian mereka secara terperinci.

3. Semua syarikat2 tersebut juga perlu membuktikan bahawa kajian mereka benar2 memberikan impak positif kepada rakyat di dalam negara ini.

4. Hasil kerja oleh semua syarikat2 tersebut juga perlu didedahkan untuk dinilai secara terbuka oleh rakyat Malaysia.

5. Kerajaan perlu jelaskan kenapa bayaran yang mahal ini disalurkan kepada syarikat2 tersebut dengan mengemukakan hujah serta dokumen sokongan bahawa syarikat2 tersebut layak dibayar mahal. Adakah kerana hasil kerja mereka? Adakah kerana kepakaran mereka? Adakah mereka sangat hebat dan tiada mana2 anak tempatan yang layak buat kerja seperti itu?

6. Kenapa tidak kerajaan melantik beberapa pakar dari luar untuk menasihati kerajaan secara rasmi dengan jawatan tertentu dalam beberapa isu yang kerajaan rasa anak tempatan tak boleh uruskan sekaligus memberikan latihan dan khidmat bimbingan kepada anak tempatan supaya mereka boleh belajar sesuatu dari situ dan sekaligus boleh mengambil alih peranan dari pihak2 luar untuk kebaikan bersama? Bukan kah ini lebih menjimatkan wang sekaligus boleh memberikan latihan kepada anak2 tempatan juga?

7. Kerajaan menafikan kepakaran anak tempatan. Boleh jadi penafian ini wujud atas beberapa perkara. Samada memang anak2 tempatan tidak layak dalam skop tugas yang kerajaan sasarkan ataupun orang yang layak kerajaan belum temui lagi sebab karenah kroni menguasai agensi kerajaan.

Oleh itu Najib diminta menjelaskan beberapa persoalan yang berkaitan kerana rakyat berhak tahu. Mengapa dana awam dibelanjakan rm4juta sehari ke atas syarikat2 perunding dari luar ini. Apa hebatnya mereka sehingga sejumlah wang yang besar dibelanjakan ke atas mereka macam air yang mengalir. Mohon jawab persoalan kami.

Terima Kasih. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...