Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 November 2013

Johor Bharu Kecoh Angkara Lukisan Mural - Pertarungan Tawan Dinding Pun Bermula.

Mengimarahkan dinding2 bangunan di seluruh negara. Daripada kosong begitu saja lebih baik gunakan ia untuk sesuatu tujuan. Bukan saja mencantikkan dinding bahkan ia juga memberikan kesedaran awam mengenai tahap keselamatan dalam negara.

Tapi sayangnya ada pihak2 yang sentap dengan senario tersebut. 

Kenapa?

Ahhhaa.. mungkin mendedahkan kegagalan diri sendiri, ye tak?

Pengenalan.


Mural lego ini menjadi kontroversi di JB ketika ini. Lukisan ini ditemui di salah sebuah bangunan yang terdapat di JB dan ianya dilukis oleh seniman terkenal iaitu ;

Ernest Zacharevic

Kenapa?

Legoland = Johor = Mural Lego = membayangkan tahap keselamatan di JB = begitu beria kerajaan mahu menjadikan JB bandar pelancongan = pelbagai dana demi dana diraih untuk mereleasasikan perkara tersebut = tetapi bagaimana pula dengan tahap keselamatan dalam negeri? 

Adakah usaha yang sama turut dilakukan dengan bersungguh2?

Maaf. Ini apa yang aku nampak yang aku rasa pelukis tersebut cuba bayangkan. Samada ia benar atau tidak sepertimana yang aku sangka, ia kena directly tanya pelukis tersebut sendiri la. Biasalah, lain orang lain dia punya interpretation

Apa yang berlaku, lukisan tersebut menjadi kontroversi kerana memberikan persepsi negatif bahawa tahap keselamatan di JB sangat meruncing. Walaupun ada usaha dari pihak2 tertentu yang cuba meletakkan lukisan POLIS konon nya mereka ada disitu untuk cegah jenayah daripada berlaku namun ia akhirnya tetap dipadamkan.

Sebenarnya beb. Buat apa nak letak GAMBAR POLIS kat situ? Ianya adalah satu realiti di dalam negara ini kat mana2 negeri pun bahawa tahap keselamatan kita memang di tahap disaster. Kenapa paksa otak kita untuk tidak menerima realiti dan fakta? Kenapa perlu tipu pemikiran kita?

Memang tahap keselamatan di negara ini merundum. Itu fakta. Soal samada siapa yang menyebabkan ia merundum itu soal kedua. Soal pertama semua orang harus menerima hakikat bahawa tahap keselamatan dalam negara sedang mengalami kemerosotan. Bahaya ada di mana2. Jenayah ada di mana2. Depan rumah pun boleh mati kena tembak. Berjalan ke pasaraya pun berdepan dengan risiko samun, culik dan ragut. Apa nak dikatakan lagi?

Bila kita terima yang pertama, baru la kita boleh terima bab kedua. Bab mencari punca, mengkaji faktor2 yang menyumbang kepada perkara tersebut dan kemudiannya baru la boleh mencari solusi terbaik. Ini bab pertama pun seboleh2nya nak paksa diri jangan terima, jangan akui sebab takutkan persepsi umum. Apa jadah macam tue?

Apa yang berlaku selepas lukisan tersebut menjadi kontroversi?


Lukisan tersebut dihilang terus dari dinding tersebut. Wow. Takut sungguh mereka. Selepas kartun, baju, warna dan kini lukisan pula.

Takpe. Satu lukisan di atas melahirkan 2 buah lukisan yang sama di dua  lokasi yang berbeza.

Lihat bawah ;


Satu jadi dua. Dua jadi empat. Empat mungkin jadi lapan dan seterusnya. Nampaknya pelukis2 satu negara sedang menguji kesabaran penguatkuasa di negara ini. Dan pertarungan ini pun bermula. Sudah tentu rakyat yang akalnya waras memilih untuk bersama2 pelukis di atas. Ayuh pelukis satu Malaysia, tunjukkan suara hati mu sekarang. Kami bersama anda.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...