Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Februari 2013

Penghinaan terhadap OKU oleh penyokong PR.


Semalam isu bantuan kepada golongan OKU menjadi antara isu terkecoh di media sosial. Ia start kecoh bila salah seorang rakan aku aka pejuang rakyat tegar selama ini, Rosanisa Kartunis menulis dan meluahkan sesuatu mengenai manifesto pakatan rakyat yang TIDAK menyentuh kepentingan OKU secara LANGSUNG.

Rujuk sini.

Dan bertambah kecoh bila ia masuk malaysiakini. Ada yang terguris baca komen2 disitu. Rakan seperjuangan aku juga berkecil ahti dengan komen2 yang diterbitkan di laman malaysiakini.

Aku amek contoh. Lebih kurang beginilah komen perlian diterbitkan untuk memerli warga OKU.

Kalau dah cakap rakyat tue termasuklah rakyat tanpa kira agama blablabla.. tak payah la nak buat kecoh blablabla..

Alah kita maafkan je la mereka, mereka kan OKU.

PR ingat OKU tue orang kuat UMNO sebab tue tak masukkan dalam manifesto mereka.

Laa takde dalam manifesto tak semestinya bantuan tue tak wujud.. ada cuma malas nak tulis panjang2. 

Dia neh pencacai..

Aku orang kulit hitam manis bablabla.. PR tak sebut hitam manis balbalbala.. adakah bantuan untuk aku takde blablabla..

OKU tak perlu mengugut PR.. sekarang mereka dah pandai bertepuk tampar bermesra dengan NGO pro UMNO.. entah la apa yang dorang inginkan blablabla.. jangan demand blablala jangan kurang ajar.. jangan biadap blablabla.. jangan ugut blablabla.. jauhi sifat tamak blabla..

Ahhhhhhhh malas aku nak tulis semua komen2 yang menyakitkan ahti itu. Aku bukan OKU. Takde pula family dan sedara terdekat yang OKU. Tapi aku ada kenal member2 yang ada anak2 OKU dan ada member2 yang OKU. So aku rasa memang BULLSHIT arh seme komen2 di atas. Diulangi BULLSHIT.

Lepas tue ada pula yang beria2 copy paste sapa cakap bantuan untuk OKU takde? Then dia pergi ulang taip perenggan bab pengangkutan percuma untuk OKU tue..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak MAMPOS.

Woit, itu BN dah buat dulu la woit. Secara berperingkat dan akan diteruskan untuk seluruh malaysia. Apa guna ko janjikan sesuatu yang telah berjalan dan dilakukan? 

Tak puas ahti? Tak puas ahti menerima fakta bukan masalah aku. Uruskan.

Fahami kesilapan korang terlebih dahulu wahai penyokong pr yang membutatuli.

1. NGO OKU bukan tak faham bahasa ataupun disebabkan kekurangan mereka, mereka tak faham apa yang tercatat dalam manifesto PR.

2. Mereka faham dan apa yang dicadangkan dalam MANIFESTO PR itu tak cukup bagus untuk golongan OKU. Setakat pengangkutan AWAM percuma, ia dah dilaksanakan dah oleh BN. Ya, berperingkat, berfasa dan blabla.. tetapi benda dah dilaksanakan, untuk apa ko up benda yang sedang berjalan? Kalau ko amek alih pusat, ko teruskan apa yang dah dilaksanakan dan tambah bantuan baru untuk mereka2 ini.

3. Bantuan untuk OKU belum mencakupi ke satu peringkat yang benar2 boleh menolong mereka secara menyeluruh.

4. Sebab itu mereka bersuara.

5. Mereka bukan tamak dan sebagainya. Untuk bantuan kepada pemandu teksi PR boleh tulis panjang lebar tetapi untuk OKU tiada perincian tersebut itu bermaksud memang PR tidak pernah ada dalam PELAN PERANCANGAN MEREKA untuk membantu golongan OKU. Simple as that.

6. Jadi golongan OKU bersuara. Daripada memahami luahan mereka, korang pergi balon dan perli mereka macam2. Kerana apa? Kerana dasar korang. Aku mesti bekap pemimpin. Mesti mesti mesti mesti mesti mesti mesti ulangla sampai sejuta kali.

7. Jadi korang meletakkan manifesto PR di satu sisi maksum. Apa, Alquran kah itu? Tak boleh ditegur?

8. Bila orang up sikit, label macai pencacai seme terkeluar. Takan ada yang matang dan cerdik dari mulut2 tegar ini. Asal cakap sesuatu yang berbeza dia confirm macai ataupun pencacai. Ia terpakai untuk kedua2 belah pihak. Sesama anda melabelkan sesama anda sebagai macai dan pencacai. Macam la tak bertemu dunia akhirat. 

Takan bertemu tepi jalan ko nak mencebik kat penyokong2 umno? Benci sekalipun, biarlah melibatkan perjuangan dan hala tuju, bukan INDIVIDU itu sendiri. Dengan itu kita akan boleh berkawan dengan orang2 UMNO. So what? Perjuangan BN itu kita tolak, tetapi takan la disebabkan itu kita tak boleh berkawan dengan orang2 UMNO? 

Ketaksuban seperti ini aku tolak secara total. Perbezaan aku dengan mereka hanya melibatkan dasar dan hala tuju perjuangan, aku tak pernah menolak untuk bersahabat dengan mereka. Semua ialah kawan2 aku tak kira siapa pun anda. Aku tidak berminat menjadi pengikut politik. Aku bersedia untuk memecahkan kejumudan ini, untuk mencari hala tuju politik matang dan rasional.

9. Bila bantuan untuk OKU tidak dinyatakan dan diperincikan dalam 38 mukasurat manifesto PR itu, maka mereka bersuara meluahkan kekecewaan. Sepatutnya apa yang korang pergi buat ialah buka buku manifesto itu dan kaji. Baca dari 1 sampai 38. Lepas tue cuba fikir apa rasional disebalik luahan OKU itu. 

10. Bukan la memaksa PR membantu secara mendadak dan sekali harung. Tetapi sekurang2nya langkah pertama harus dibuka terlebih dahulu. Macam ko naik tangga la. Ada 10 anak tangga. Ko boleh ke naik tangga terus sampai ke atas tanpa melalui anak tangga di bawah? Jadi inilah yang kita nak nyatakan. Buka laluan pertama, agar kita boleh sampai ke satu laluan. 

11. Hari neh ko sihat sempurna, bukan OKU tetapi jangan la berlagak dan perasan bagus demi memuja pemimpin korang. Suatu hari nanti ko juga mungkin akan jadi OKU. Tak ko maybe sanak sedara ko. Masa tue ko akan tahu apa rasionalnya bantuan serba sedikit diperuntukkan secara khusus kepada golongan2 OKU ini. Jadi simpan saja penghinaan korang tue dalam sanubari korang. Tak bercakap tak bermaksud korang bisu.

Walaupun mereka OKU, tak sesempurna korang, tetapi bila bercakap soal ahti, kesedihan, kekecewaan, kecik ahti, sensitif, air mata, ia dimiliki oleh kita semua. OKU ataupun non OKU. PR mahupun UMNO. Jadi berserdahana lah dalam menghujahkan sesuatu, kita tak pernah kurang islam mahupun kurang manusia kalau ada sedikit keprihatinan dalam menzahirkan hujah. Bai. 

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/222348

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...