Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Februari 2013

MITI umum pengurangan DUTI untuk kereta import Jepun dan Australia.


Terkesan dengan kempen penurunan cukai kereta tempatan oleh pakatan rakyat. Tetapi tawaran mereka tidak menarik.


PUTRAJAYA: The Ministry of International Trade and Industry will announce a cut in car duties from Japan and Australia on Thursday.
Its minister, Datuk Seri Mustapa Mohamed said on Wednesday the reduction would be over three years for car models originating from the two countries.
Speaking at the investKL media briefing, he said more details would be released on Thursday.

Harus di ingatkan untuk kereta import kita ada banyak jenis cukai. 

1. Duti import

2. Duti Eksais

3. Cukai jualan

Harga berbeza2 untuk kereta pasang siap atau kereta siap dipasang. Apa tue? 

kereta pasang siap = import terus dari luar negara. 

Kereta siap dipasang = pasang komponen kereta di dalam negara. Hanya import komponen kereta jek.

Dan harga mereka ini berbeza2 mengikut kadar cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pengurangan kadar duti kereta dari Jepun dan Australia adalah tawaran yang tah hapa2 dari MITI. Jalan tak jem disini. Kerajaan tak bankrupt juga. Dan owhh pendapatan kerajaan juga tidak terjejas, bukan?

Nampaknya Anak Mahathir tidak MEWARISI kebijaksaan bapanya dalam pentadbiran. Sorry.

Dahulunya mereka berkeras tidak mahu negotiate langsung bab cukai kenderaan. Dalam dan luar negara. Harapan rakyat ialah ;

1. Kurangkan harga kereta tempatan agar selaras dengan kualiti yang ditawarkan. Kami sanggup beli roti dengan harga roti. Tapi kami tak sanggup beli roti dengan harga pizza hut. Itu karut beb.

Roti cuma ada yis, tepung, gula, dan sedikit inti.

Pizza hut ada daging, ada sayur, dibakar dengan perisa yang menarik. 

Jika kita dapatkan pizza hut dengan harga roti, itu namanya bijak.
Jika kita dapatkan roti dengan harga pizza hut, itu nama nya bangang.

Tiada mana2 manusia di dunia neh rela buat kerja bangang melainkan dia memang bangang. Inikan pula terpaksa memperbangangkan diri akibat polisi kerajaan yang bangang.

ATAU

2. Kurangkan harga kereta import [penetapan cukai] agar kami boleh beli sesuatu biarpun sedikit mahal tetapi lebih selamat dan tahan lama.

Rekod, kita lebih seronok kalau dapat kenderaan selamat, harga setimpal, tahan lama dan tempatan.
  
Pilihan sudah diberikan kepada kerajaan. Untuk memahami aspirasi rakyat malaysia. 

Kenapa pentingnya kenderaan yang berkualiti, tahan lama ataupun sekurang2nya kenderaan yang setimpal harganya dengan kualiti ditawarkan ialah ;

1. Untuk memudahkan pergerakkan.

2. Sistem pengangkutan di malaysia ini haprak. Aku dah terkeluar anak tekak bercakap benda sama. Ia tak seimbang.

Penumpuan keterlaluan di bandar2 besar dan mengabaikan terus/total jaringan sistem pengangkutan di luar bandar amatlah menyakitkan ahti. Bukan orang bandar je perlu bekerja. Bukan orang bandar je perlu bersekolah. Bukan orang bandar je perlu bergerak. Semua manusia di malaysia neh perlu bergerak sepertimana mereka2 yang tinggal di bandar. Nasi, pendidikan, pakaian, ilmu, mereka2 yang di luar bandar juga perlu.

Sehingga anda menyiapkan fasilitas itu, sehingga itu kurangkan cukai kenderaan agar kita boleh kurangkan masalah kita yang sukar untuk bergerak ini. 

3. Ada masa2 tertentu, kita perlu keluar beriadah dengan anak2 kita, dengan family dan sanak saudara kita, dengan rakan2 kita. Untuk itu, lebih baik kita bergerak menggunakan kenderaan persendirian

4. Ada masa2 tertentu, masa2 kritikal dan kecemasan, tengah malam, tengah nak terberanak, tengah sakit, tengah nazak, tengah segala apa tengah la, kita perlu ada kenderaan persendirian untuk mengatasi hal tersebut. BAS dan KTM tak boleh diakses 24 jam. Bukan semua orang tahu apa no teksi awam. Jiran punya jiran punya jiran punya jiran, memang boleh membantu, tetapi sampai bila? 

Sampai bila kita terpaksa kerah otak dan pemikiran kita untuk berfikir seperti ini? Tidak boleh ke kita hoi kerajaan ko kurangkan cukai kenderaan dan kadar bunga untuk pembayaran ansurans bulanan kereta agar aku boleh beli satu untuk kegunaan family aku. Tak boleh ke kita berfikir seperti ini pula?



Fahami rakyat dengan menjadi rakyat. 

Kurangkan harga kenderaan tempatan. Kurangkan kadar pinjaman bank. Bukan tak bagi amek untung, amekla. Tetapi biarlah pada peringkat perniagaan yang sama2 happy. Bukan dengan cara sorang terpaksa tercekik, sorang plak happy mencekik.

Aku tak pernah setuju dengan dasar AP terbuka. Polisi yang di-idealistikkan oleh Rafizi Ramli neh sama je seperti polisi2 BN yang lain.

Hapuskan je sistem AP neh. Terus. Ia tak pernah munasabah. Pengasingan standard [bidaan terbuka] miskin kaya adalah satu bentuk kapitalism, dan ia kejam.

Ingatlah,  

Orang miskin tak patut benci orang kaya, kerana dia kaya.
Orang kaya tak patut tindas orang miskin, kerana dia miskin.

Sepertimana orang2 kaya suka, seronok, happy, glorious, excited, rejoice untuk mendapatkan segala2nya pada harga yang munasabah dengan kualiti yang terbaik [setimpal], orang2 miskin juga suka dengan perkara demikian.  

Sepertimana orang2 kaya sakit, kami juga sakit.
Sepertimana orang2 kaya perlukan rumah untuk berehat, kami juga perlu.
Sepertimana orang2 kaya mahukan kenderaan yang safety untuk bergerak, kami juga mahu. Kita mungkin berbeza kerana anda kaya dan saya miskin, tetapi nyawa kita, sama nilainya. Fikirkan  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...