Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Februari 2013

Siapa yang terima BR1M, Bodoh - Hadi Awang.


Kenyataan dikeluarkan oleh Presiden PAS. Di petik dari Malaysia Digest. Aku baca semalam dah. Kenyataan Hadi Awang adalah seperti berikut ;


PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has described those who accept the 1Malaysia People's Aid (BR1M) cash aid as stupid.
He said the cash aid would never do the people any good because it is a tool for BN to fish for vote in the coming general election.
"The cash aid is a stupid idea and the people who accept is are just as stupid," he said at the Chinese New Year gathering, organized by Non-Muslim PAS Supporters Congress (DHPP), at Jalan Putra last night.

Some 200 people attended the gathering.

Present was Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Abdul hadi's comment on BR1M was echoing the sentiment expressed by Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who had likened the recipients of the BR1M to "chicken and cows" recently.

Then aku nampak MD berikan link kat mana depa petik kenyataan ini. Rupanya, ia berasal dari NSTP.

Wowww...

Rupanya media MCA yang buat citer. Adakah citer neh betul? Baiklah ada 2 kesimpulan aku nak buat kat sini. Ikhlas. Jika citer neh tipu, abaikan post ini. Abaikan sepenuhnya. Abaikan sehingga mendengar penjelasan dari tuan guru sendiri. Keadilan terpakai untuk kedua belah pihak. So dengar dari kesemua pihak then buat la kesimpulan dari situ.

Kesimpulan jika citer neh benar pula. Aku ada pendapat berbeza.

1. Pendapat aku ungkapan BODOH kepada penerima BRIM itu keterlaluan.

2. TGHH kata BRIM adalah alat BN untuk raih sokongan.

3. Ya, aku setuju. Memang itu la tujuan BN sekalipun.

4. Tetapi BRIM juga adalah lambang perjuangan kita [peserta bersih 2] dan lambang ketakutan BN terhadap tuntutan, perjuangan dan keazaman rakyat yang inginkan perubahan. 

5. BRIM wujud setelah kita semua dibantai secara beramai2 di BERSIH 2. Tidak kah anda ingat? Owh, ya PDRM memberikan anda layanan baik kerana anda VVIP. Lainlah kami rakyat marhaen. Stok2 kena belasah je la.

6. Mengatakan BODOH kepada penerima2 BRIM kerana mereka mengambil BRIM itu terlalu kasar bunyinya.

7. TGNA pernah keluarkan statement, jika bn bagi [beri] bantuan [brim] amek, time undi pangkah pas.

8. Ini amatlah kontra dengan kenyataan awal TGNA.

9.  Sesiapa yang layak amek BRIM, mereka patut amek. Dan seterusnya siapa mereka nak undi, hak masing2.

10. Aku sejujurnya tak percaya BRIM boleh ubah mindset penyokong2 tegar PR dan mereka2 yang berfikir. Bagi aku situasi langsung tak berubah. Yang undi PR tetap undi PR. Yang undi BN, tetap undi BN. Yang jadi faktor perubahan ialah pengundi atas pagar dan anak muda. Jika di lihat forum2 analisis pru dan politik mereka semua berikan konklusi yang sama. 

Anak muda

Atas pagar.

Aku tergolong dalam kumpulan yang non partisan. Aku hanya memilih mereka yang buat kerja tanpa peduli label parti. Kalau wakil bn yang buat kerja bertanding dengan wakil pr yang tak buat kerja, meskipun aku mahu buat perubahan tetapi aku akan pilih wakil dari bn. Bukan kerana dia bn tetapi kerana dia buat kerja.

I don't give a damm politik taksub, melulu, sokongan membuta dan etc2.

Kalau wakil pr dan wakil bn dedua2 buat kerja, sudah tentu wakil pr yang aku undi. 
Kalau wakil pr buat kerja dan wakil bn tak buat kerja, sudah tentu wakil pr yang aku undi.
Kalau wakil pr dan bn dedua tak buat kerja? Nak undi sapa? PERGI MAMPOS. Aku takan undi sesiapa pun. 

Kenapa aku kena naikkan wakil rakyat yang tak buat kerja? Untuk makan gaji buta ek?

Berbalik kepada tajuk asal, atas faktor ini la aku percaya BRIM sebenarnya tidak memperbodohkan mereka2 yang berfikir.

Menerima BRIM bukanlah bermaksud anda BODOH.

Bukan semua penerima BRIM adalah mereka2 yang tidak berfikir dan tidak konsisten.

Kita tidak tahu keperluan hidup mereka semua bagaimana dan apa. Kalau la mereka dapat kembali merasa sedikit hasil pembayaran cukai mereka, apa salahnya mereka amek? Takan tak boleh amek sebab BN gunakan BRIM untuk meraih undi? Adakah PAS yakin PR tidak tawarkan apa2 pemberian wang tunai kepada mana2 rakyat marhaen? Adakah PAS berbincang sesama parti komponen PR akan mahsuhkan BRIM selepas pengambilalihan pusat?

Ya. Benar. Penawaran BRIM itu boleh dihapuskan dan digantikan dengan polisi yang lebih terkesan kepada kehidupan rakyat. Tetapi sekarang itu yang BN tawarkan, amek saja. Ia bukan duit orang lain. Ia duit kita semua.

Cerdik la sikit.

BN boleh tawarkan apa2 saja.

BRIM, KRIM, TRIM dan blabblablabal..

Tetapi time undi BN tak boleh kawal dan pegang tangan kita.

Apa2 bantuan yang kita layak dapat, kita apply adalah hak kita sepenuhnya. Peduli hapa kita BN nak meraih undi sekalipun. Bukan la ia sesuatu yang pakatan rakyat dan PAS itu sendiri tak buat.

Bukan kah PAS itu sendiri berkempen macam2 untuk meraih undi dan sokongan rakyat?

Ka saja berkempen untuk buat lawak?

Ikut cara mana pun korang berkempen hak korang la. Janji ikut peraturan. Jika BN bertujuan meraih sokongan dengan pengenalan BRIM hak dia la. Dia bebas merayu sokongan dan rakyat bebas memilih.

Mana2 parti politik yang berkempen, mana2 parti politik yang memperkenalkan bantuan itu dan bantuan ini, memang la bertujuan untuk meraih kepercayaan dan sokongan untuk membolehkan mereka berkuasa atau terus berkuasa.

Bezanya samada mereka memperkenalkan bantuan untuk membantu rakyat secara ikhlas agar kita hidup bahagia bersama2 ataupun memperkenalkan bantuan kerana mahu bantu diri mereka secara ikhlas agar mereka boleh hidup bahagia sendiri2.

Ia terpakai kepada semua parti politik. Cukupla dengan politik pembodohan, ketaksuban dan membuta tuli. Jadilah mereka yang berfikir, kerana dengan berfikir, anda tak pernah rugi. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...