Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Februari 2013

Kadar BR1M naik, Subsidi gula kurang.


Berbaloi atau tidak?

“Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak,” kata Tan sri Muhyiddin

Itu kata2 Muhyiddin. Laporan dipetik dari sini ;

Berdasarkan semakan laporan berita Astro Awani sebentar tadi, Kerajaan Malaysia Kerajaan sedia menambah jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan syarat…
Syaratnya ialah rakyat bersetuju supaya mengurangkan subsidi gula yang ditanggung kerajaan ketika ini. Berdasarkan rekod kenyataan yang dikemukakan Muhyiddin ketika ini kerajaan sedang menanggung RM456 juta setahun melibatkan subsidi gula sebanyak 34 sen bagi setiap kilogram.
Sumber  : Berita semasa
Gula ini keperluan asas. Miskin kaya semua bersama2 memerlukan dan menggunakan gula. BR1M pula bantuan kepada orang2 miskin / berpendapatan rendah yang memerlukan bagi menanggani kesulitan hidup akibat kos sara hidup yang meningkat sejak najib amek alih pentadbiran negara.

Pendapat aku, bukan subsidi gula yang kena dikurangkan. Tetapi subsidi untuk kroni dan geng2 bn yang perlu dihapuskan. Amek contoh AP kenderaan dan juga IPP. IPP antara pembaziran terbesar kerajaan malaysia. Kenapa kita perlukan simpanan elektrik yang keterlaluan banyaknya? Boleh rizab, boleh IPP tetapi patut dan berbaloi kah dengan cara itu? 

Kaji dan rombak semula sistem IPP neh. Kerajaan dapat penjimatan yang lebih banyak daripada kurangkan subsidi untuk gula.

Rujuk sini .

19billion, 19billion, di ulangi 19billion untuk syarikat pengendali IPP.

19billion banyak ke ataupun 456juta ini banyak?

Potong dari rakyat dan serah kepada rakyat, ini ada beza ke?

Takde beb.

Muhyiddin, dengar apa yang aku nak cakap, takde beza.

Kalau ko potong dari pencuri, dan ko serahkan kepada mereka yang berhak, itu baru ada beza.  Idea nak tambahkan jumlah BR1M ada manfaatnya, itu tawaran bn, tetapi tawaran itu tidak menarik sebab anda suruh saya batalkan hutang, agar anda boleh belanja saya makan. Apa bezanya?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...