Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 November 2012

Trak kempen DAP hilang.

Gila la.

Ingatkan nak simbah cat merah. Agaknya cat merah dah naik harga kot. Tak pun dah tak seronok main simbah2 cat. So curi arh terus. Permainan baru plak. Macam best jek. Sebab boleh gempakkan dap. Betul tak?

kah kah kah


Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau.
Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri.

"Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya.

Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut.

Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas.

Tunggu siasatan polis. Dap dah buat laporan polis, once trak tue berjaya dijejaki kita akan tahu samada ia bermotifkan politik ataupun sebaliknya. Harap2 jumpa lah lepas neh. Kalau tak jumpa dah rugi duit jek. 

Bukan murah beb beli trak apa seme tue. Kalau sungguh bermotifkan politik mohon pihak2 yang terlibat tak payah arh kenakan orang sampai macam neh sekali. Lawan depan2 sudey. Belakang2 tue kerja orang pengecut dan takde fakta jek. Lue fikirlah sendiri.

Sumber : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...