Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 November 2012

Luahan pengundi muda..


Saya berharap agar pihak tuan dapat mengetengahkan pandangan saya. Pandangan serta perspektif dari seorang pengundi muda.

Kekalahan Umno Kedah dalam pilihanraya sebelum ini amat memeranjatkan
ramai pihak. Saya tampilkan beberapa sebab yang di utarakan yang kononnya penyebab

kekalahan tersebut :


1. Rakyat muak dengan kelemahan PM ketika itu,yang tidak boleh membuat keputusan


2. Kurangya barisan menteri kabinet dari Kedah


3. Sabotaj dari pihak dalam Umno sendiri


4. Rakyat mula sedar dengan kelemahan kerajaan negeri ketika itu yang
meletak calon MB yang pentingkan poket sendiri


Tetapi ini semua hanyalah andaian dari beberapa pihak yang belum tentu
kebenarannya.


Pengundi-pengundi di Kedah adalah bukan calang-calang rakyat yang
boleh mudah diperbodohkan. Rata-rata pengundi di Kedah adalah pengundi
yang tegar kepada partisan yang susah untuk di ubah pemikiran mereka.
Negeri ini juga telah melahirkan seorang ketua pemimpin Pas yang
sangat sukar di tukar ganti. Ustaz Fadzil Nor, dan negeri ini jugalah
yang melahirkan Bapa Wawasan negara yang telah memacu kemajuan negara,
Tun Dr Mahathir.

Pelbagai pihak membuat andaian yang sebenarnya kekalahan utama Umno
Kedah adalah disebabkan faktor pengundi muda yang terdedah kepada
blog-blog politik bersifat partisan.

Saya sebagai seorang pengundi muda yang bakal mengundi buat kali
pertama ingin menyatakan pandangan serta pemerhatian saya di atas
senario politik.


Terlebih dahulu iznikan cerita profil peribadi saya,seorang pengundi
muda yang mendapat pendidikan dan membesar di Alor Star. Mendapat
biasiswa kerajaan,melanjutkan pelajaran ke Eropah dan kini bekerja di
sebagai profesional di ibu kota. Masih ingin menjadi pengundi di Alor
Star kerana ingin melihat negeri ibunda maju dan setanding dengan ibu
kota.

Seperti anak muda yang lahir di kalangan tahun 80an, kami sebenarnya
dan kebanyakkannya agak condong kepada pihak kerajaan kerana kami
hidup di dalam era pembangunan yang pesat. Kami melihat bagaimana
mantan PM memacu negara dari sebuah negara yang tidak dikenali,
menjadi negara maju dengan bangunan tertinggi di dunia (ketika itu),
pemilikan komputer yang mampu milik (jika dibandingkan ketika dulu),
sistem revolusi pendidikan negara dan pelbagai lagi.

Namun setelah membesar dan terdedah dengan ledakan teknologi maklumat,
kecondongan ini semakin hari semakin berubah dan kini memilih untuk
memerhati mana yang terbaik.

Rakyat kini mula sedar sistem demokrasi di Malaysia bukan berdasarkan
sistem warisan dan kuasa terletak di tangan rakyat pengundi.

Negeri Kedah, sebenarnya mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber
serta berpengaruh atau lebih mudah saya gelarkan 'warlord' dengan
izin. Warlord ini harus dilihat dari sudut yang positif. Seperti yang
umum ketahui, dan saya ketahui melalui pembacaan walaupun bermaustatin
di luar negeri, Umno Kedah mempunyai 4 warlord yang ternama iaitu
Ketua Perhubungan Negeri - Dato Bashah, Menteri di JPM (Ulama
terkenal) - Dato Sri Jamil Khir, Timbalan Menteri MITI - Dato Mukhriz
Mahathir dan Mantan Menteri Besar - Dato Sri Mahadzir Khalid.

Kesemua warlord-walord ini boleh di katakan berkaliber jika
dibandingkan dengan Dato Pakhrolradzi dan Dato Amiruddin dari kem Pas.
Dato Seri Ustaz Azizan tidak lagi menjadi pencabar mereka kerana
secara logiknya beliau sudah tidak 'fit' (dengan izin) untuk
memerintah dan saya juga berpendapat kebanyakkan pihak dari Pakatan
Rakyat bersetuju. Kita juga harus ingat suara penentu untuk PRU kali
ini jatuh ditangan muda dan tentunya pengundi inginkan pemimpin dari
kalangan belia yang bertenaga dan mempunyai idea yang bernas, dan
Ustaz Azizan bukan di dalam kalangan ini.

Izinkan saya huraikan kekuatan serta kelemahan pemimpin Umno Kedah
dari perspektif seorang pengundi muda profesional yang bermaustatin di
luar negeri.

Dato Bashah- Seorang pemimpin akar umbi yang sangat di segani. Baik
dari pihak kawan dan lawan. Gaya serta perwatakan dirinya yang mudah
didekati. Beliau juga pandai menempatkan dirinya di dalam media massa.
Beliau juga boleh saya gelarkan sebagai opportunis  kerana pandai
menjadi hero rakyat. Beliau merupakan pemimpin yang paling banyak
turun ke padang kerana fokus memang kearah politik negeri berbanding
pemimpin lain. Di mana ada kebakaran, familiar face ini biasa muncul
memberi bantuan. Sayangnya kebanyakkan pengundi muda ketika ini sangat
mementingkan martabat serta kelebihan akademik yang dimiliki. Beliau
dilihat pemimpin yang mampu melakukan kerja tetapi belum pasti
kemampuan serta kelebihan dari segi idea kerana beliau di anggap agak
berumur dan tidak mempunyai kelulusan akademik yang di perlukan. Bagi
saya beliau bukan liabiliti kepada Umno tetapi hanya short handed.
Beliau seperti kebanyakkan pemimpin Umno kini, adalah seorang yang
boleh dianggap bersih dan kurang kontrovesi peribadi

Dato Sri Jamil Khir - seorang bekas Jeneral KAGAT. Beliau juga dilihat
mempunyai kelebihan dari beberapa segi. Pemimpin yang mempunyai latar
belakang pendidikan tinggi, seorang yang mahir dalam bidang agama dan
juga approachable. Kekurangan dari pihak beliau adalah dari segi
kengkangan masa serta tanggungjawab kerja di peringkat persekutuan.
Beliau juga dilihat seperti kurang mendapat sokongan kerana di anggap
new kid in the block. Beliau juga seperti pemimpin Umno dari fasa
baru, seorang yang boleh dianggap bersih dan tidak mempunyai
kotroversi. Pihak Pakatan Rakyat jarang mempunyai isu terhadap beliau
selain menyerang imej Umno secara keseluruhan tentang ucapan pemimpin
BN lain mengenai Islam.Malangnya beliau dianggap orang luar.

Dato Mukhriz Mahthir - seorang pemimpin muda Umno yang berpandangan
jauh. Beliau juga dilihat mampu memacu kemajuan negeri.Hasil serta
titik peluhnya amat ketara dengan kebangkitan MITI. Sayangnya beliau
banyak di bayangi pengaruh bapa beliau ,Tun Mahathir. Beliau juga
dikatakan tidak mesra dengan rakyat jika di ukur dengan
warlord-warlord yang lain. Beliau kononnya dianggap sebagai elitisan
dan kurang memahami masalah rakyat kerana membesar sebagai seorang
anak kepada Perdana Menteri. Membesar didalam tembok kemewahan. Beliau
juga dilihat sebagai contoh pemimpin era baru Umno yang bersih dan
mampu membangunkan negeri serta negara. Beliau juga dianggap orang
luar.


Dato Mahadzir Khalid - seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau
juga adalah satu produk hasil Dasar Ekonomi Baru. Seorang anak kampung
dari Pedu yang mampu bangun dan mempunyai konglomerat sendiri.
Walaubagaimanapun warlord terakhir ini telah diketepikan. Beliau
seakan selesa dilihat hidup dalam kontroversi. Sebagai mantan MB
beliau juga sering terpalit dengan kesilapan serta salah laku lalu.
Talian hayat akhir beliau walaubagaimanapun dilihat masih ada kerana
hubungan akrab dengan istana. Beliau merupakan imej Umno yang patut
disisihkan bagi pendapat saya. Beliau juga sebenarnya di anggap
sebagai liabiliti tetapi beliau mungkin diperlukan mungkin kerana
mempunyai kekuatan kewangan (cash cow). Kes salah laku dengan pegawai
kerajaan. Pecah amanah GLC. Pengunjung tetap Macau.
Sering membawa isteri orang makan angin dan berkhalwat dengannya.
menggunakan kerajaan untuk penetingan peribadi & syarikat. menggunakan
biasiswa Sabah untuk kepentingan anak sendiri.
Beliau dilihat membawa imej Umno yang tidak disukai rakyat. Imej Umno
dulu-dulu. Tetapi kekuatan warlod ini juga nampaknya kurang dan
kontroversinya makin timbul. Secara peribadi beliau patut diganti
dengan orang yang berperwatakan Umno era baru,bersih dan tiada
kontroversi.

Sebagai pengundi muda,kami kini sebenarnya tidak terikat atau mengikut
mengundi berdasarkan parti. Kami mampu capai ke semua maklumat dengan
hanya hujung jari. Garapan yang dibuat diatas hanya berdasarkan
maklumat serta bacaan dalam alam maya dan media cetak. Saya tidak
pernah mengenali individu-individu yang disebutkan tetapi hanya
berdasarkan kajian serta bacaan. Saya percaya sekiranya saya mampu
membuat rumusan di atas, ramai lagi anak muda lain mempunyai rumusan
tersendiri dan maklumat yang lebih mendalam lagi berdasarkan pembacaan
mereka.

Pengundi muda juga tidak mempunyai masalah untuk mengundi pemimpin
muda Pas kerana mereka juga dilihat mempunyai pendidikan tinggi dan
berkaliber. Pemimpin Pas ini juga telah membuktikan kemampuan mereka
dalam memacu negeri. PIlihan pengundi muda ketika ini lebih kepada
calon itu sendiri dan bukannya politik partisan.

Saya amat berharap sekirannya kedua-dua pihak BN dan PR dapat
meletakkan senarai shadow cabinet dalam konteks ini shadow exco
sebelum menjelangnya pilihanraya. Negara kini telah bergerak kearah
kematangan politik dan ingat pilihan adalah di tangan kami.

Dato Sri Najib sendiri kini dianggap bersih oleh pemimpin PR pusat. PR
sendiri ketandusan serangan terhadap PM dan terpaksa mengunakan
kad-kad kecemasan dengan menyerang peribadi isteri beliau.

Saya yakin kedua-dua belah pihak, BN dan PR mempunyai peluang yang
sama cerah dan kami pengundi muda sentiasa ambil tahu dan tidak mahu
pemimpin yang korup memimpin negara malahan negeri.

Sekiranya Umno Kedah masih ingin membariskan pemimpin seperti Mahadzir
Khalid sebagai calon DUN (pemimpin Umno era kegelapan/dulu), saya
yakin pengundi muda sudah ada jawapannya


Nota : Email di atas adalah pandangan dari salah seorang pembaca amenoworld. Kat atas neh pandangan dan pendapat peribadi dia. Walaupun dia tak mengaku dia pro umno tetapi gaya penulisan dia boleh aku tangkap sememangnya dia cenderung kepada umno. Nampaknya rakan2 dari umno sudi nak share pandangan secara ikhlas, kita pun layankan aje. Kebebasan dalam menzahirkan pendapat dan perbezaan, kita tak kisah. Janji jangan fitnah sudah la k.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...