Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Oktober 2012

Ini lah lagu yang PERKASA marahkan sangat kat JACKLYN VICTOR tue..

Atas permintaan ramai.

Ada orang minta nak dengar. Hey ameno lagu apa yang la yang si jakim beria2 siasat sangat tue? Yang menjejaskan akidah muslim tue hah. Yang beria2 perkasa nak boikot apa bagai tue. Macam gud2 jek aku tengok. Bak sat lagu tue ameno. Aku nak dengar.

Lebih kurang begitulah.

Lebih kurang begitulah aku menipu.

kah kah kah

Yang sebenarnya dorang minta nak tahu jek lagu apa. Selebihnya aku pandai2 tokok tambah nak sedapkan karangan aku kat thread neh jek. Menipu depan2 tak dikira menipu oke.

Kah kah kah

Video yang dimaksudkan kat bawah neh ;



Perkara yang menyebabkan perkasa marahkan sangat tue sebab JV = ringkasan kepada jacklyn victor, sebab jv sebut begini ;

Setiap suku, setiap kaum sembah yesus.

Dan lagu itu sendiri di nyanyikan dalam bahasa malaysia.

Untuk rekod jv tue penganut kristian. Dan majoriti kristian di sarawak dan sabah memang bertutur bahasa malaysia. Kadang2 kita sebut bahasa melayu. Tetapi lebih tepat ia adalah bahasa malaysia. Kenapa bahasa malaysia? Sebab bahasa malaysia la yang termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

In order taknak bagi orang salah faham, bahasa melayu = hak orang melayu, maka ia disebut bahasa malaysia = malaysians = supaya seme bertutur dalam bahasa itu dengan rasa senang lenang. Ia juga nak mengalihkan persepsi bahawa bahasa malaysia khusus untuk orang melayu jek. Sebaliknya ia adalah bahasa kebangsaan untuk bangsa malaysia dan seme orang berhak bertutur ke atas bahasa itu walau apa pun anutan, kaum, warna kulit mereka.

Baru2 ini kita tengok najib tegur cina. Hey cina bertutur la dalam bahasa melayu. Dengan bahasa actually bukan bertutur jek kita boleh buat. Menyanyi pun boleh. Tapi bila kita lihat bangsa lain selain dari bangsa melayu menyanyi dalam bahasa malaysia mula la ada puak2 melayu meroyan marah. Kata mereka lagu itu menjejaskan akidah.

Aku la bidadari dari syurga. Mengarut je la kaw.Tudung pun tak pakai. Seksi plak tue. Ada ahti mengaku bidadari dari syurga.

Aku cinta kamu sampai hujung nyawa. Sampai hujung nyawa cinta ko berterabur sebab malaikat maut tunggu ko disitu.

Bintang2 ku petik bagi pada kau. Mana ko boleh petik bintang la bebal.

Tidur malam tak boleh asyik mahu kan kamu. Nak beromen pun nak cakap dalam lagu ke bebal?


Lirik2 cinta meroyan mengarut dan membosankan oleh umat islam untuk umat islam yang lain. Lirik2 begini seringkali terkandung kat lagu2 yang disiarkan di pelbagai saluran bahkan atas pentas umno pun ada. 

Rileks jek umat islam malaysia menghadapinya. Kakitangan jakim pun rileks2 jek, siap pasang kat radio kereta masing2. Betul tak kakitangan jakim? Kenapa pula dengan lagu JV umat islam tak boleh nak rileks2 menghadapi nya?

Sabar2. Yang sebab utama tue bukan pada bahasa jek. Tapi lirik dia tue. Setiap suku, kaum dan blabla sembah yesus tue. Apa maknanya tue? Nak cakap kita sembah yesus la tue kan ameno? Sebab tue la perkasa marah oke.

Sekarang lue sembah yesus ka? Benda tak betul kan?

Allah swt ialah tuhan sekalian mahluk. Melayu ka cina ka india ka muslim ka non muslim ka takde agama ka suka ka tak suka hakikatnya Allah swt itu tuhan ko dan aku. Tuhan kita seme.

Itu hakikat. Fakta. Benda belajar menerusi islam. Dan sebagai umat islam kita akan sentiasa bercakap begini kepada mana2 manusia sekalipun. 

Hai mary, Allah swt itu tuhan ko dan aku oke.

Hai lim, Allah swt itu tuhan lue dan gua oke.

Hey devdan, Allah swt itu tuhan awak dan saya oke.

Hoi ibrahim ali, Allah swt itu tuhan seluruh mahluk di dunia neh. Hidup dan mati. 

Sekarang tukar dan bayangkan penganut2 kristian cakap begini di dalam lagu mereka. Lagu2 nyanyian gereja mereka. Lagu2 dakyah mereka. Bukan kan itu normal? Normal bila setiap penganut bagi mana2 agama akan mempertahankan kepercayaan mereka.

Siapa la kita yang sampai nak ubah2 apa yang mereka karangkan dalam kepercayaan mereka? Adakah kita nak menjadi pengasas kitab baru kepada kepercayaan mereka pula?

Hey paderi, i tak berapa gemar u cakap setiap suku dan setiap kaum tue sembah yesus. U buka balik kitab pada muka surat blabla tue dan i nak u ubah sikit. U ikut karangan i oke. 

KEPALA HOTAK KAW LA.

Apa2 yang penganut kristian nak percayai or nak yakini sekalipun lantak mereka la. Mereka nak cakap satu dunia neh sembah yesus pun lantak dorang la. Itu yang dorang percayai dalam anutan mereka. Kenapa kita perlu pergi terlalu dalam sampai nak masuk campur apa yang mereka yakini dalam anutan mereka? Apakah kita nak menjadi pengarang kitab terbaru mereka pula ke? 

Yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana kita boleh tarbiah dan dakwah mereka agar mereka tertarik dengan islam. Apa yang terkandung dalam kristian biarkan ia begitu. Kita jangan terlalu sibuk nak ubah apa2 yang terkandung dalam kristian. Apa yang terkandung dalam kristian bukan menjadi tanggungjawab kita untuk ubah.

Tetapi kita boleh membantu mengubah persepsi dan tanggapan penganut kristian. Bahkan penganut buddha dan hindu juga. Begitu juga dengan mereka yang tiada agama. Kita boleh mencari jalan untuk melebarkan dakwah. Kita boleh mencari jalan apakah strategi yang perlu digunapakai untuk tarbiah mereka, apakah cara terbaik yang boleh mendorong mereka mengenali islam. Itu yang perlu kita buat. 

Bukan pergi menyemak dengar lagu gereja orang dan complain macam2 di saat umat islam sendiri heyy baru 2 hari lepas budak buang bayi dalam tali air. Dipercayai hidup2 plak tue. Kalau la non muslim baca buat gelak dorang jek. 

Apa punya spesis manusia tah. Kata zina berdosa besar. Kata tak boleh romen2 sebelum kahwin. Ini siap buang anak hidup2 dalam tali air. Lepas tue sibuk komplain lagu gereja orang? Sohai punya perkasa.

Memalukan aku je le tak pasal2. 

Demm.. 

Dah2. Lagu kristian dalam bahasa melayu confirm boleh memurtadkan orang islam malaysia. Habislah pas neh ramai2 pakat murtad lepas dengar lagu jv. Dasat siot.

Yeke? 

Punyalah banyak lagu2 dakwah dalam islam. Kenapa sibuk nak dengar lagu dakyah kristian? Kalau rasa lagu jv tue boleh memurtadkan orang melayu lepas jek umat melayu dengar lagu tue apa kata lepas mereka murtad cepat2 bagi dia dengar lagu dakwah islam. 

Confirm dia masuk islam balik. Dont worry. Setiap ubat ada penyakitnya. Ada lagu murtadkan orang ada juga lagu untuk masukkan orang dalam islam. Kalau lagu kristian boleh menyebabkan orang murtad.. mestilah lagu dakwah islam boleh menyebabkan orang masuk islam.. betul tak?

So jangan risau la. Ubat kepada murtad dah temui penawarnya. Tiada apa yang harus dirisaukan lagi.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...