Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 November 2012

Konsert raikan Abuya.

Cam kelakar jek aku tengok. First time aku dengar orang islam buat konsert untuk raikan pemimpin yang mereka anggap agung dan berstatus ulama. Konsert tue beb, konsert. Bukan majlis tahlil. Biasa benda2 gini artis jek suka buat. Konsert mengenang sudirman la itu la ini la.. 


Aku sharekan sedikit petikan berita yang aku baca tadi ;

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Jurucakap JAIS berkata, konsert yang bertemakan ‘Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib’ itu dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Huitttttt....

Pemimpin PKR pun hadoo.. aku takmo ulas la kehadiran dia kat situ. Harap2 dia pun tak claim dia pemimpin ghaib pas neh. Almaklumlah member ada ilmu kebal kena hentak dengan 20 lelaki tapi tak cedera langsung sampai tersumbat dalam bilik hotel yang boleh kena kunci dari luar tue.. hehehe..

Yang aku nak ulas bab title konsert tue jek. Abuya terus memimpin walaupun ghaib? Kesesatan ke tue? Hish. Berat sangat tuduhan neh. Mana boleh tuduh2 orang sesat, kafir dan segala apa bagai tanpa bukti beb.. 

Aku tatau la kenapa ada di antara mereka masih beranggapan abuya tue masih hidup. Siap ada yang claimed boleh bersama abuya secara roh. Bini dia yang mana tah. Hehehe..

Tetapi pengikut2 ektremis macam neh ada 2 jek yang aku nampak pada mereka. 

1. Mereka tak faham yang abuya benar2 dah takde di dunia neh. 

2. Mereka saja2 gunakan nama abuya atas sesuatu tujuan.

So kat sini jabatan penguatkuasa agama kena mainkan peranan. P la tahan mereka2 yang dikatakan terlibat dalam ajaran yang kerajaan cakap sesat tue dan bicara dorang dengan seadil-adilnya. Kalau sesat, maka proses pemulihan perlu dijalankan. Kalau tak sesat, lepaskan cara baik dan bersihkan persepsi negatif ke atas mereka.

Tapi siyes aku cakap, mana2 manusia normal pun takan mahu dipimpin oleh manusia yang telah tiada. Wakaka..      

Rujukan ; http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121102/dn_01/Cubaan-hidupkan-Al-Arqam

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...