Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Buku Kutuk Anwar Ibrahim.

Hebat.

Orang ini memang hebat. Nama dia Anwar Ibrahim. Aku berani katakan dia hebat. Kenapa? Lihat kat bawah neh jap ;



Aku tak berapa tahu siapa anwar ibrahim secara personal. Tapi aku pernah gadoh dengan mak aku pasal anwar ibrahim. Masa tue aku sekolah menengah. Aku menyampah tengok berita buletin utama yang pongpang2 citer pasal anwar ibrahim. Aku tak ingat la sejak bila tapi muka dia tue asyik keluar masuk tv dengan kerap.

Dan itu membuatkan aku menyampah. Mak aku pula asyik nak tengok berita dan asyik puji anwar ibrahim. Aku nak alih tv mak aku tak bagi. Aku cakap berita tue bosan mak aku cakap nak tunggu apa anwar cakap. Aku cakap buat apa nak dengar dia cakap? Kutuk pasal pas jek. Dah selalu dengar apa. Bosan jek.

Hari2 nampak muka orang neh keluar tv nak dengar apa lagi. Bukan mati pun tak tengok dia satu hari. Aku hambur kata2 melawan. Mak aku bengang. Dia cakap jangan alih kalau alih dia nak hempuk aku. Oke fine aku tak alihkan pun. Aku blah jek dari lokasi kejadian.

Macam bagus. Itu kot yang aku cakap dalam ahti time tue.

Aku pun tak faham lahaiii kenapa mak aku beria2 nak tengok apa yang anwar ibrahim pongpang2 kat berita time tue. Sudah la paper muka dia tiap2 minggu. Berita pun muka dia. Bosan siot. Time sekolah tue le.

Lepas tue setelah berapa lama berlalu, cikgu2 aku pula pongpang2 pasal anwar ibrahim kat sekolah. Seme nya gara2 dia kena pecat dan dibicarakan di mahkamah. Cina india melayu seme meroyan citer pasal anwar ibrahim. Kalau boleh depa nak buat subjek anwar ibrahim. Khusus. Citer pasal anwar ibrahim jek. 

Ketika kes tue dibicarakan mereka sentiasa update kat akhbar utusan. Aku memang baca berita. Setiap apa yang utusan tulis aku baca. Gila siot. Paper pun pongpang2 pasal anwar ibrahim gak. Aku agak annoyed dengan individu bernama anwar ibrahim time tue. Boleh dikatakan sana sini asyik citer pasal dia jek. Apahal hah?

Kini setelah beberapa tahun berlalu aku pula pongpang2 bercerita pasal anwar ibrahim di blog. Setelah mengalami nya sendiri, setelah melalui nya sendiri, setelah merasai nya sendiri, aku boleh faham kenapa umno dan bn sangat2 takut dengan individu bernama anwar ibrahim neh. Ya, benar, ketakutan anda ada asasnya tapi sayang tiada penghujungnya selagi anwar ibrahim masih hidup.

kah kah kah

Buat lah 10000 buku kutuk anwar ibrahim sekalipun, buatlah apa2 cerita pasal anwar ibrahim sekalipun, individu neh sememangnya mampu menarik perhatian orang ramai. Terima la hakikat wahai umno.. korang gagal halang dia dengan video.. apatah lagi dengan buku..?

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...