Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 Oktober 2012

ILTP Sabah buang duit pembayar cukai..

Pembayar cukai petik duit dari pokok saje. Kadang2 duit turun dari langit macam air hujan. Sebab tue nak buang duit ka nak bakar ka apa ka rasa senang lenang. Duit mudah didapati beb.

Rujuk gambar kat bawah neh sat ;




Beberapa masalah yang ditimbulkan oleh audit ialah ;

1. Bangunan baru dah siap tahun 2008 tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebab gagal mendapat sijil layak duduk = CF. Sebab2 tak dapat tue dikatakan bangunan tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

2. Kos bangunan baru tue bernilai rm4.90 juta.

3. Namun begitu, beberapa kawasan dalam blok baru tue dah digunakan sebab nak menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.

4. Agak membahayakan nyawa student2 tue.. sepatutnya ILTP kena pastikan bangunan tue harus mendapat CF. Kalau kena tambah kos untuk repair kena buat la. Pasal korang membahayakan nyawa student. Bukan kah kontraktor yang dilantik tue harus bertanggungjawab kalau bangunan tue tak dapat sijil CF? Senang jek lepas tangan. Benda patut dah settle tahun 2008 tak settle2 lagi disebabkan kebodohan kakitangan awam disitu. Ka disebabkan penyelewengan dan rasuah? Elok pecat jek seme mereka2 yang terlibat. Buat apa nak bagi muka?

5. Lepas tue beli peralatan untuk kegunaan student. Dua kes. Satu kes peralatan tersebut tidak dapat dikesan. Walaupun ia dah digunakan oleh student tapi still bleh detect juga. Tapi takde rekod. Yang kedua beli meja dan kerusi tetapi student tak dapat guna sebab besar sangat sehingga menyempitkan ruang asrama. 

6. Syor jabatan audit sebenarnya tidak cekap untuk menanggani kes2 seperti neh. Ini kita panggil kes2 penyelewengan atau songlap duit. Kakitangan awam yang tidak cekap buat kerja sehingga merugikan wang pembayar cukai sepatutnya dipecat terus dari jawatan yang dorang pegang. Tak payah nak bagi kompromi satusen pun melainkan dorang ganti balik duit. 

Nak lebih mengajar, kerja sambil potong gaji. Disebabkan kelemahan dan kelembikkan kerajaan dalam menghukum kakitangan kerajaan yang malas, suka makan rasuah, songlap menjadikan mereka semakin berani pijak kerajaan. Nak salahkan dorang pun tak bleh gak. Korang yang bagi muka sangat. So salahkan korang je le. Kalau aku dah lama aku cantas. Biar mampos. Menyusahkan orang jek.

7.  Makanan yang pelajar2 neh makan pun tak memenuhi spesifikasi. Alahai kesian nya. Pelajar2 neh ditanggung oleh pembayar cukai. Pembayar cukai bagi bayaran kat pengurusan kantin. Tapi pengurusan kantin bukan sahaja tak amanah dengan tak memberikan mereka makanan yang sepatutnya tetapi dilindungi pula oleh pihak2 yang sepatutnya memantau pengurusan kantin tersebut.

Mentang2 la budak2 yang belajar kat sini kategori miskin, layanan memang cam sampah. Dorang tatau hak dorang sebenarnya. Budak2 neh tatau hak dorang sebenarnya. Dorang tatau dan tak sedar bahawa dorang sebenarnya layak dapat lebih dari itu. Sebab itulah yang termaktub dalam protokol. Tapi dorang tatau. Kalau dorang tahu dah lama kena ganyang dah.

8. Elaun untuk budak2 neh pun tertunggak. Sudah la miskin, elaun tertunggak pula tue. Padahal dorang nak gunakan duit tue untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pakaian seragam pun lambat dapat. Dengan alatan2 yang season. Dengan kena hidup kat bangunan asrama yang takde CF. Dengan diberikan makanan yang tidak mengikut perjanjian. Pendek kata budak2 ILTP Sabah telah didera tanpa mereka sedar bahawa mereka telah didera.

Kalau aku jadi Najib, hari neh baca audit, esok gak aku soh pecat seme mereka2 yang bermasalah. Dakwa jek sekor2 tue kat mahkamah. Buat apa la bagi muka sangat pada penjawat2 awam yang tak amanah, tak cekap dan tak buat kerja dengan betul? Buang duit je. Satu sen tak boleh pakai.

Rujukan ;

http://www.intosaiitaudit.org/audit/LKAN_NEGERI/AKTIVITI/AKTIVITI%20SABAH_05.11.12.pdf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...