Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Oktober 2012

Lagi butiran terperinci kegagalan pentadbiran negeri kedah - Laporan Audit.

Ada yang minta bukti. So kat bawah neh adalah serba sedikit laporan yang berkaitan. Ini bukan tuduhan dan rekaan dari barisan nasional la. Ini laporan yang terdapat dalam laporan audit bagi negeri kedah untuk tahun 2011. 

Ada pula yang tuduh2 cakap benda neh adalah fitnah dan propaganda. Hak eney. Benda dah tertulis dan direkodkan. Time mendedahkan kepincangan diri sendiri mula la meraban cakap orang fitnah. Time audit dedahkan kepincangan bn laju je p sebar satu fb. 

Yang neh nak sebarkan ke tak? Harakah yang islamik + adil + telus + tak selindung2 maklumat, tak masukkan perkara neh dalam news. Sama cam isu dap kedah balon pas kedah atas isu iklan sopan. Takdak dalam harakah. Yang pongpang2 pasal gerakan aje. Siap report polis wa cakap lue. 

Korang la p sebarkan. Bleh?

kah kah kah










Negeri paling tak islamik iaitu dap penang paling terbaik. Negeri yang anjurkan ceramah agama tak henti2 tapi tak nampak cam islamik pun iaitu selangor kedua terbaik. Negeri yang paling islamik di bawah era pentadbiran pakatan rakyat 2008 [kecuali kelantan] mencatatkan prestasi terburuk.

Apa yang silap disini? Nak salahkan kakitangan awam? Selangor dan penang takde kakitangan awam pro bn? Ia bukan masalah kakitangan awam kalau kita sendiri tak sediakan tata cara kerja yang betul.

Jika selangor dan penang boleh mengawal, boleh memastikan, boleh mencari dan boleh memantau bagaimana kakitangan awam di bawah pentadbiran mereka buat kerja, mengapa pula kedah tak boleh?

Kalau ini ko boleh nak konar sana sini salahkan kakitangan awam, tak heran juga bn boleh bagi alasan yang sama. Dan bila bn bagi alasan yang sama ko kena terima la.

Jangan salahkan persepsi umum terhadap pas. Bagi mereka pas tue pandai dalam bab2 agama jek. Selain dari bab agama, bab pentadbiran mereka memang hancur. Sebenarnya ada banyak mereka2 yang berkelayakkan dan boleh buat kerja. Tapi mereka2 tue dipinggirkan.

Kita kena faham. Arif bab agama bab hukum belum tentu meletakkan diri kita arif bab pentadbiran juga. Setiap dari kita memiliki kepakaran, bakat, pengalaman dan ilmu yang berbeza2. Kalau kita sedar yang neh, kita akan tahu kat mana sepatutnya posisi sebenar kita.

Apa yang berlaku di kedah ialah mereka tak faham posisi sebenar mereka sebab mereka degil nak kan posisi yang mereka tahu mereka tak layak pegang disebabkan kekurangan ilmu dan bakat. Ketua yang baik kena pandai pilih orang kanan yang baik. Tak guna juga ketua baik orang kanan tak baik. Sebab resultnya tetap tak baik. Last2 yang rugi rakyat kedah juga.

Rujuk gambar. Terdapat beberapa kepincangan. Sebenarnya ada banyak. Kita review beberapa kes secara kasar dulu.

1. Isu projek di PNG tue. Rupanya KCB tak ikut tatakerja yang betul. Kat situ dah rugi berjuta2 satu hal. Lepas tue bayaran demi bayaran yang dibuat tidak mempunyai statement ataupun pernyataan yang jelas. Senang cakap bukti sokongan takde yang menyokong kepada pembayaran tersebut le.

2. Ada orang cakap ala riban2 jek bhai. Kalau bn mao juta2. Aku gelak je. Benda neh kalau bn yang buat mao satu malaysia dia marathon untuk kecohkan. Tapi sebab kena kat muka dia sendiri, dia bagi la alasan dayus. Tue paling cerdik dia boleh buat sebab takley nak selamatkan kegagalan kerajaan kedah dalam pelaburan di PNG.

3. Isu rumah halimunan. 5 syarikat dilantik secara rundingan terus tidak memenuhi protokol yang ditetapkan. BN suka amalkan rundingan terus. Dan setiap kali bn berbuat demikian memang kena kutuk kaw2 sebab kroni. Bila dah PR kutuk bn kaw2 kita fikir pr takan tiru perkara tersebut.. paling kita tak sangka akan buat ialah PAS. Tapi dalam audit 2011, PAS kedah buat apa yang dap penang dan pkr selangor tak buat. Rekod, PAS parti paling islamik dalam PR oke. Paling islamik.

4.5 syarikat tue pula paling tak boleh blah ada kaitan antara satu sama lain. Senang cakap ada hubungan kekeluargaan.

5. Tuntutan bertindih atas kerja yang sama. Double and triple bayaran dilakukan ke atas kerja yang sama. Hah. Ini bukan satu dua orang punya kerja. Ini dah jadi macam satu kumpulan. Daripada buka tender kepada buka baucar bayaran seme neh berkaitan rapat. Sebab tue penting untuk kita letakkan orang2 yang amanah dan jujur dalam pentadbiran. 

PAS kedah tak pernah terfikir ka bahawa mereka kena lantik mereka2 yang berwibawa untuk laksanakan visi dan misi mereka? Dah 4 tahun. Dalam masa 4 tahun paling koman orang2 yang jaga kewangan mesti lah ko dah bersihkan dan letak muka2 yang amanah dan berintergriti kan? Ka ko letak kroni?

6. Lepas tue pula rumah yang didakwa telah dibaiki tidak pula dibaiki. Kesian rakyat yang ditipu hidup2. Susah sangat ke nak pasang spy or lantik satu badan khas untuk review dan siasat seme kerja2 yang dilakukan oleh kakitangan awam dan laporkan terus segala penyelewengan kepada MB supaya mereka2 yang menyeleweng boleh dipecat sebab tak amanah? Kalau ini mereka buat, berpeluang ka audit nak letak laporan2 seperti neh di dalam laporan mereka?

7. Pegawai kerajaan yang ada rumah pun sibuk duduk rumah kerajaan. Rakyat masih takde rumah. Ramai. Dah la tak bayar sewa, duduk free padahal kalau ada rumah kena bayar sewa.. 

Dalam isu neh nak salahkan menyalahkan memang senang. Tapi sejauh mana pas kedah bertindak membaiki apa yang telah rosak itu yang paling penting. Kita nak tengok sejauh mana kerajaan negeri kedah akan buang/pecat/hukum mereka2 yang terlibat dalam salahlaku dan penyelewengan tersebut.

Kita juga berharap pegawai2 tertinggi KCB bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian pelaburan di PNG.  Bertanggungjawabla. Kalau ko ada perasan malu + fikir betapa duit2 tersebut boleh bantu berapa ramai rakyat yang memerlukan mesti ko dah lama berambos. Jangan sesekali bandingkan diri ko dengan setan sebab ko akan sentiasa merasakan diri ko lebih baik. Bandingkan diri ko dengan malaikat supaya ko rasa malu apabila melakukan kesalahan. Bai

Rujukan ;

http://www.audit.gov.my/images/stories/LKAN2011/NEGERI/AKTIVITI/AKTIVITI%20KEDAH_05.11.12.pdf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...