Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2012

Peringatan Najib Kepada Anwar.



Anwar, neh najib dah bagi ko peringatan. Ko nak baca ke tak? Meh larh sesama baca kat bawah neh. Kesian kek najib dah penat dia berucap panjang2 depan wartawan. Baca lah anwar oiiii..

kah kah kah..


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia mesti bebas daripada dibelenggu masalah moral. Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pemimpin tersebut juga harus mempunyai kekuatan moral untuk membela diri tanpa menuding jari menyalahkan pihak lain.
Jelas beliau, tindakan menuding jari kepada pihak lain adalah cubaan menutup kelemahan diri sendiri sedangkan pelbagai isu yang dikaitkan dengan masalah moral belum terjawab.

Tanpa menamakan pemimpin dimaksudkan, beliau berkata, sehingga kini rakyat tertanya-tanya mengenai kehilangan jam tangan Omega seorang pemimpin pembangkang dalam isu video seks. "Sikit-sikit salah Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Jangan tuduh orang lain atas kerendahan moral kita, bela dan bersihkan diri dulu sebelum bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

"Saya tidak mahu ulas panjang tapi isu ini belum selesai, isu jam Omega rakyat masih tertanya-tanya,"
Beliau turut menyelar Pas yang disifatkannya sebagai hilang punca sehingga sanggup menyokong pemimpin pembangkang yang terpalit dengan skandal moral. "Pas mendakwa mereka parti Islam tetapi dengan corak sokongan begini semata-mata demi menawan Putrajaya.

"Namun kita mahu tegaskan juga kepada Pas, mereka tiada kemampuan untuk menawan Putrajaya kerana hanya BN mampu melonjakkan negara ini dan ia sudah terbukti," katanya.

Ini peringatan pasal moral anwar ke pasal moral najib? Apsal tak rasa 

SERAM

pun?

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...