Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Julai 2012

Hot : Wartawan Utusan mengakui putar belit fakta.

Aku tak cakap. Ini pengakuan wartawan utusan sendiri. Terang dan jelas. Lepas neh kalau korang percaya gak kat utusan bila depa dok laporkan hal yang buruk2 berkaitan pembangkang memang sah lah korang sakit otak.

kah kah kah


Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).
"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur. -MK-

Meh aku ingatkan penyokong2 umno. Pengakuan neh datang dari mulut zaini hassan = yang pernah jadi wartawan, editor dan terbaru timbalan ketua pengarang kumpulan utusan. Dia menulis di kolum cuit di utusan. Korang boleh buka utusan dan check sendiri samada apa yang aku tulis neh betul ke tidak oke.

Aku juga nak ingatkan penyokong2 umno bahawa zaini mengakui ;

1. Wartawan dibolehkan SPIN fakta supaya fakta tersebut dilihat menyebelahi umno dan bn. Tujuan dorang buat begitu sebab nak bentuk persepsi umum terhadap satu2 perkara. So masih nak percaya pada utusan yang tuduh dsai macam2? Yang tuduh tgna macam2? Yang tuduh pr macam2?

2. Zaini juga bagi komen bab pejuang2 maya = media sosial. Dia cakap penyokong pr ==> berjuang dengan ahti, perasaan dan fisabilillah. Manakala pejuang2 maya umno ==> ada wang jalan, takde wang tak jalan.

So kalau dah macam neh masih lagi nak fitnah aku dibayar ratusan ribu oleh pr ka? Aku dah banyak kali baca penyokong2 umno fitnah aku dan milosuam dibayar ratusan ribu setiap bulan untuk berblog. Tergelak aku baca. Kalau aku dibayar ratusan ribu setiap bulan takde lah aku tulis benda2 yang penyokong2 pembangkang tak suka baca. Aku bodek je larh 24 jam bangang.

kah kah kah

Apa pun pengakuan zaini telah menambahkan lagi koleksi bukti aku dan ramai rakan2 mengenai pejuang2 maya umno. Kami dah lama tahu korang berupah dan kami juga dah lama tahu korang hanya bergerak seiring dengan pergerakkan wang.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...