Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2012

Mahathir cakap ada pengikut minum air basuh kaki TGNA

Dalam kes neh aku percaya Mahathir sedang bercakap mengenai tgna dan pengikutnya. Yup. Aku yakin itulah yang dia sedang sampaikan. Korang lihat kat bawah neh sendiri oke ;


Kalau nak bacaan penuh klik sini. Korang baca lah sampai habis. Dia citer pasal asobiyah. Aku faham kefanatikkan dan ketaksuban itu memang patut ditentang. Itu bukan amalan yang sihat pun. Masalahnya sekarang neh ialah orang yang beri nasihat pun dua kali lima. Dia sendiri pun bersikap taksub bahkan ada pengikut2 yang taksub.

Contohnya kita bercakap pasal hukum. Kita takmo citer bab tudung or aurat. Cukup bab arak. Yang neh apa cerita? Yang neh pengikut2 mana yang taksub sampai hukum seme main langgar demi nak bela kemungkaran pemimpin sendiri?

Lagi satu apakah ada bukti bahawa ada pengikut2 tgna yang minum air basuh kaki? Ada bukti ka? Boleh tunjukkan bukti tak? Kalau dah berani cakap mestilah sebab ada sesuatu yang konkrit boleh dikongsikan bersama. So keluarkan benda tue. Aku mahu tahu apa, bila, dimana wujudnya pengikut2 tgna yang sanggup minum air basuh kaki tue. 

Sebenarnya bukan isu air basuh kaki jek yang mahathir tulis. Ada banyak lagi. Dan penulisan mahathir lebih kepada salah sangka. Dia salah sangka bahawa tgna keluarkan statement itu statement neh. Payahlah. 

Orang kalau cenderung percaya kepada berita penipu cam utusan neh memang takde harapan dah. Apa salahnya kalau dia direct jek jumpa tgna tanya sendiri. Tak pun terai selak harakah beberapa kali. Walaupun harakah tue takde lah adil mana tapi at least dia boleh baca dan fahamkan sendiri apa yang ingin disampaikan oleh tuk guru.

Tapi macam aku cakap tadi. Orang2 stail mahathir neh lebih suka mendengar benda2 yang palsu. Itu lebih serasi dengan halwa telinga dia. Kalau sendiri dah malas nak cari kebenaran kita cakap apa pun tak guna. Hatta bagi depan bukti mata pun belum tentu dia akan terima. Lue fikirkan sendiri. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...