Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Julai 2012

PAS suka sangat minta sedekah, kenapa?


Aku nak tahu. Apa kena mengena mahasiswa malaysia yang belajar di mesir yang MENINGGAL DUNIA dengan PAS? Sebab apa, kalau korang buka blog gomo rujuk sini, korang akan nampak seme benda neh berkaitan. Aku pun tatau arh camne dorang boleh kait mengait tapi aku memang tak nafikan yang dorang telah berusaha sedaya upaya untuk mengaitkan hal sebegitu dengan pas sekaligus meletakkan kesalahan di atas bahu pas ke atas apa yang telah berlaku.

Pelajar koma sebelum meninggal dunia = belajar di mesir = pelajar mesir pro pr = presiden pas p mesir = jumpa pelajar = pas punca pelajar meninggal dunia.

Ermm.. oke. Aku tak faham. Siyes aku tak faham sampai sekarang. Tapi aku pecahkan pemahaman umno. Harap2 korang boleh faham lah apa yang aku tak faham neh.

kah kah kah

Kalau korang baca sini kan, jelas dinyatakan pelajar tersebut cedera parah selepas nekad terjun dari van yang menculik dia. Tapi mungkin bloggers umno terlupa nak buka website PMRAM kot. Nak buat macam mana. Level kepandaian kita berbeza2. Usah paksa orang lain untuk selevel dengan akal kita beb.

Dalam artikel yang sama [penulisan PG] juga turut menyatakan bahawa pas meminta sedekah untuk dana pru - 13. PAS minta sedekah sampai ke mesir tue. Jauh beb. Siyes jauh. Aku taktahu betul tak ka tak betul. Kalau tak betul abaikan. Tapi kalau betul memang tak patut. 

Bercakap soal derma menderma neh aku ada pandangan sikit terhadap pas. Ini apa yang aku selalu nampak di ceramah2 depa. Bagi aku pas jangan teruskan lagi sikap seperti tue. Jangan terlalu berharap pada rakyat der. Walaupun memang mereka ikhlas menderma untuk perjuangan pas.

Analisis aku mudah jek beb.

Minta derma = bayar duit wakil calon pas untuk pru = jika calon menang dapat gaji = rakyat dapat apa?

Minta derma = bayar duit wakil calon pas untuk pru = jika calon kalah = rakyat tak dapat apa2.

Ini bukan macam ;

Minta derma anak yatim = bayar duit derma anak yatim = dapat pahala.

Ini soal pru yang mana pas tak patut minta duit dari rakyat. Sebab apa?

BN = BARANG NAIK = Hari2 rakyat susah = so buat apa pas sibuk nak tambahkan kesusahan rakyat dengan minta derma untuk pru - 13 pula?

Pas kena buat strategi untuk cari dana. Kena buat jualan amal. Kena buat majlis makan malam amal. Kena buat simpanan hasil keuntungan penjualan harakah dan sebagainya. Meminta derma ataupun duit rakyat untuk meletakkan calon mahupun untuk melakukan persiapan pru adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pas dan mana2 parti lain di malaysia.

Kenapa?

Sebab pas bukan orang cacat. Bukan orang miskin. Bukan anak yatim. Bukan termasuk dalam mereka yang memerlukan dan terdesak. Memberi derma kepada parti pas sebenarnya tak mendatangkan apa2 hasil yang konkrit setakat neh.

Memberi derma sebab cause ada logik. Macam isu lebuhraya rakyat. Hasil dapat balik kat ko.Tapi memberi derma sebab parti memang tak logik. Pemain2 politik bukan orang2 miskin amat pun. Buat lah savings. Rosmah boleh takan pas tak boleh? Bukan soh simpan sampai USD24juta bhai.

Dah lama jadi parti politik. Ada banyak wakil rakyat dari pas. Takan tak boleh kumpul duit sesama sendiri untuk bertanding sesama sendiri? Takan tak boleh buat simpanan awal untuk persediaan setiap kali pru menjelang?

Agak2 logik tak orang pakai proton saga then nak derma kat orang yang pakai merds semata2 untuk membolehkan calon parti dia bertanding dalam pru? Memang tak logik. Daripada ko pakai kereta canggih2, apa kata ko beli jek kereta biasa2 then dermakan duit tue kepada perjuangan parti. Hah apa? Tak bolehhh??? Lhorrrrrr yang ko minta derma kat rakyat yang dah terang2an susah boleh pula?

Hari2 rakyat susah bn yang buat <== Pas bercakap dengan bn.

Mai minta derma cikit <== Pas bercakap dengan rakyat yang susah.

Aku tahu ramai yang akan marah bila aku cakap pasal neh. Tapi beb aku cakap benda betul. Ramai pengikut2 pas neh bukan orang yang senang. Tapi mereka sanggup jek menderma bila tabung pas diletakkan di kawasan ceramah. Kalau chegu bard boleh berdiri atas kaki sendiri, kalau pkr boleh buat majlis makan malam amal, kalau dap boleh buat jualan amal apa sebab pas tak boleh? Mesti boleh punya.

Instead menerapkan konsep derma dan sedekah, pkr dan dap lebih bijak mencari wang dan dana menggunakan landasan yang lebih tepat. Yup. Mungkin penyokong tegar pas akan marah tetapi itulah yang aku nak cakap.

Sudah sampai masanya untuk pas mengeluarkan hasil sendiri, keringat sendiri, bertanding guna wang sendiri. Berkempen guna hasil sendiri. Memang ada yang benar2 ikhlas membantu pas. Tetapi sebelum sibuk minta kat orang sana sini apa kata gunakan wang sendiri, harta sendiri, berjihad demi parti sendiri?

Sabar. Jangan melenting. Kita gunakan akal kita untuk cari dana. Sambil guna akal kita juga kena gunakan keringat. Asyik bagi alasan pas mana ada duit. Pas mana ada itu. Mana ada neh. Tapi sampai bila pas tak boleh ada itu dan neh?

Ubahlah konsep dan pendekatan pula. Kalau strategi lama tak boleh jalan, buat strategi baru beb. Ini aku bagi satu jalan. Wujudkan satu syarikat proksi pas. Cari modal dan melabur kat mana2. 

Hasil keuntungan gunakan untuk kegiatan parti. Tapi jangan letak nama syarikat bawah parti beb. Nanti kalau menang pru jadi kerajaan pusat syarikat seme jadi liabliti. Nak buat macam mana duit merupakan satu keperluan masa kini beb. Janji tak mencuri der.

So buat jek proksi. Yang penting korang kena ada duit untuk bergerak. Nak berceramah pun kena duit. Nak berpolitik pun kena duit. Mana boleh free. Itu kami seme faham tapi sebagaimana rakyat bekerja mencari wang sendiri untuk makan sendiri apa kata pas pun buat perkara yang sama. Itu lebih baik maa... dan bila menang ia akan lebih terasa maa. 

Calon2 pas bertanding dan berkempen guna wang sendiri, penyokong2 pas pula hadir ke setiap demo dan ceramah pas guna wang sendiri dan akhirnya bila kita benar2 menang, kita tak rasa malu bila berpeluh. Peluh kita sendiri beb, bukan peluh orang lain. Fikirkan oke. Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...