Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 Februari 2012

Melayu pemaleh daftar undi.

Alahai.

Inilah masalah besar orang2 melayu malaysia neh. Buat gua panas beb.  Kemain beria2 kita explain napa kena buat perubahan tapi last2 dia usah kata mengundi, daftar pun haram. Arhh tension.

Baca bawah neh sat ;
Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.

"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya. -utusan-


Melayu yang malas berdaftar owhh melayu yang malas berdaftar. Napa lah ko malas sangat nak daftar undi? Satu undi boleh membuat pelbagai perubahan di malaysia neh beb. Yang sebenarnya kalau kita beria2 pongpang pasal perubahan pun tak guna kalau standard mentaliti melayu begini wujud di malaysia. Siyes.

Mungkin geng2 melayu yang malas daftar mengundi neh ada alasan2 memasing tapi kat sini gua nak bagitau dorang napa dorang kena daftar mengundi. Tak kiralah ko nak undi pr ka bn ka apa ka yang penting ko daftar dan pergi mengundi. Neh yang penting.
1. Takde masa. <-- alasan standard.

Takde masa nak daftar tapi benda lain tahu pula cari masa. Cari lah masa dan pergi berdaftar. Bukan susah sangat. Daftar isi borang 5 minit je. Maybe kena tunggu sekejap tapi still tak makan masa ko sampai 24 jam pun der.

2. Bukan ada apa2 effect pun daftar ka tak daftar. <-- Alasan pemalas.

Effectnya ada beb. Ko dan aku neh rakyat malaysia. Bukan aku soh ko abadikan hidup ko utk berpolitik 24 jam cuma aku minta ko jalankan tanggungjawab ko dengan memantau kegiatan pemerintah. Ini effectnya. 

Kalau pemimpin jahat, dengan satu undian ko, satu undian aku dan satu undian dari setiap orang yang lain kita boleh lakukan perubahan besar bagi mengubah keadaan itu seme. Kalau ko malas nak amek port pasal politik ka apa ka lama2 pemimpin naik lemak. Sudahnya time barang naik ko bising tapi time suruh mengundi ko malas. Daftar pun haram!

3. Daftar pun bukan nya aku nak mengundi. Buang masa seme neh. 

Yang ko tak pergi mengundi sapa suruh? Sapa yang suruh? Sapa suruh ko malas berdaftar dan malas mengundi? Sapa suruh ko malas menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia? Neh sapa yang suruh lakukan? Aku perlu tahu kenapa neh sebab senang sket nak ulas. Seringkali aku baca depa cakap malas nak mengundi, so napa ko malas? Malas sebab tak reti buat pilihan? Malas sebab tatau nak undi mana satu or memang saja suka2 nak malas? 

Cara nak buat pilihan senang je beb. Pilih calon bukan parti. Ini nasihat aku bagi ikhlas. Lihat dan analisis apa yang setiap calon boleh tawarkan untuk ko di tempat masing2. Lihat manifesto mereka dan bandingkan. Yang paling banyak bagi kebaikan dan kurang keburukan, ko pilih lah itu. Alahai kacang je larh. 

Janganlah bagi alasan taktau itu neh. Sampai bila ko nak hidup dengan alasan tatau je. Dulu tak reti bawa kereta, tapi sekarang pandai pula bawa kereta so sama gak dengan mengundi neh. Kalau taktau, belajar2 lah bagi tau. Nak susah apa nya?

4. Seme parti pun sama je. Penipu. Baik duduk diam2 tak payah daftar dan tak payah mengundi. FAHAM? <-- alasan orang tension.

Kadang2 kita faham gak situasi mereka neh. Mereka neh dah masuk ke tahap tak reti nak beza mana satu betul dan mana satu salah. Malahan mereka dah jadi sangsi dengan kedua2 pihak. Baik pr baik bn mereka rasa kedua2 party neh hopeless dan useless. Senang cakap, haprak. Ini pendapat yang selalu aku jumpa. Nasihat aku satu je. Kehaprakkan bn dan pr itu mereka punya pasal. Jangan kita pula jadi haprak dengan malas berdaftar dan mengundi. 

Daftar dulu, dan sebelum nak mengundi, analisis dulu setiap apa yang berlaku di sekeliling ko. Dan baru buat pilihan. Tak kesahlah ko nak undi sapa pun itu hak ko sepenuhnya namun jangan malas berdaftar dan mengundi. 

Berdaftar dan mengundi bukan bererti ko wajib memilih antara satu dari dua. Jangan salah faham. Berdaftar dan mengundi bererti ko dan aku sama2 menjadi penentu kepada apa yang akan berlaku di malaysia neh. Samada ia akan menjadi lebih baik or lebih buruk, itu seme atas tangan kita. 

Jika ko memilih untuk duduk diam2 di rumah dan tidak mahu ikut campur dengan urusan politik, ko sebenarnya baru sahaja mengabaikan tanggungjawab ko sebagai rakyat malaysia. Ini salah beb. Taknak ikut campur bukan bererti ko lebih baik dari orang yang ikut campur. Taknak ikut campur bererti ko PEMALAS. Tue je sebab utamanya. Dah bila pemalas, cakap banyak pun tak guna gak pada geng2 pemalas neh kan? Sikap malas neh sangat2 subjektif. Aku tak boleh ubah bagi ko. Ko kena ada kekuatan untuk ubah diri sendiri, amacam? Ada bran ka? So.. pergilah berdaftar.. please. Bai

Ameno : 3.7JUTA.. majoriti melayu belum berdaftar beb.. aish

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...