Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Januari 2012

Isu israel : PAS tidak bersama Anwar ibrahim.


Okey. Aku punya pendirian pun sama macam tue. Namun aku hormat pandangan anwar mengenai hak nya untuk nyatakan pandangan dia. Bagi aku perbezaan pandangan itu normal. Jika dia suka dan setuju dengan isu penyelesaian dua negara itu dia punya pasal. Bagi aku, aku tak setuju sebab neh wayang sahaja. Tak guna nya kita bersetuju dan sokong sesuatu yang wayang seperti neh.


Baca pula pandangan pas di bawah neh beb ;
Dalam reaksi spontan di Facebook, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (kanan)mengingatkan para pimpinan bahawa “Israel adalah sebuah entiti haram.”

“Ia terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu,” tegas beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad (kiri) menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, di mana dalam isu ini ialah Israel.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Ramai rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya,” tegas beliau yang dipetik News Straits Times. -HD-


Ambil ahti?

Raih sokongan?

Minta simpati?

Aku pun ingin begitu. Tapi aku tak mampu hipokrit dalam isu neh. Ahti aku berkata kepada ahti aku, pergi mamposlah sama israel neh. Siapa dia yang aku perlu kesahkan soal keselamatan dia bagai? 

So, aku sokong sangat mat sabu dan pendirian pas dalam isu neh. Israel bukan sapa2 yang perlu kita kesahkan pun. Soal bisnes ka, hubungan dagang ka apa ka itu seme urusan yang bn dan umno jalin dengan mereka. Bukan urusan aku sebagai rakyat malaysia. Belum tentu apa yang bn buat dengan israel mewakili kehendak rakyat malaysia so tak payah pongpang cakap aku hipokrit bagai disini.

Dan lagi satu, belum tentu apa yang ko setuju aku juga akan setuju. So terima sahaja bahawa kita berbeza pandangan disini. Aku sokong pendirian pas dalam isu israel dan menolak pandangan dsai dalam isu neh.

Bagi aku isu neh simple sahaja. Bukan yahudi yang aku benci dan tolak neh. Aku dah bagitau sebabnya disini kenapa. Israel tidak dibenci kerana dia israel, yahudi atau apa sahaja. Ia bukan masalah bangsa, akidah ataupun agama. Ia masalah kezaliman. Seseorang yang jahat, apabila dia jahat, tak kira apa bangsa dan agama yang dia anuti, dia memang layak untuk dibencikan.

Walaupun mungkin ada harapan untuk dia berubah dan insaf, tetapi itu bukan alasan bahawa kesalahan lampau dia terhapus. Dia tetap perlu dihukum. Ini bererti yang kita benci ialah perbuatan, bukan individu.

Sama konsepnya dengan kejahatan israel disini. Dengan israel, walaupun kita cuba untuk bersangka baik, tetapi sejarah dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tidak akan membenarkan itu berlaku. 

Ia bukan kita tidak mahu bersangka baik kepada israel tetapi ia adalah ibarat seperti kita mempercayai suatu hari nanti, syaitan akan bersolat. FIkirlah, ia sesuatu yang mustahil. Bukan tak hingin nak buat tetapi sangat tidak mampu nak buat. Bai. 

Ameno : Jika israel datang rumah ko dan rampas hak ko kemudian nya orang ketiga datang dan soh ko share berdua dengan apa yang dalam rumah tue.. boleh meh?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...