Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Januari 2012

Buku Jingga bukan Alquran tapi persefahaman antara parti pakatan rakyat.


MB kedah bukan di asak untuk berhenti. Jangan salah faham. Kita cuma menyatakan pendirian kita mengenai AUKU. Yang neh orang2 yang sokong MB kena faham. Meskipun aku juga tak suka kekasaran dilemparkan ke atas ustaz itu bukan pula bererti aku sokong AUKU neh. 

Pendirian ustaz mengenai AUKU neh menyimpang dari apa yang dijanjikan bersama menerusi buku jingga. Tolong larh faham.

Ustaz menyatakan bahawa ;
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan(gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.
Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.
“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya. -TMI-

Isu nya simple ;

1. Tiada sesiapa pun paksa ustaz campurtangan tindakan kuin terhadap mahasiswa. Jika ustaz mahu biarkan pihak kuin uruskan mahasiswa mereka, okey fine. Kita tak persoalkan ustaz dalam ketegasan dia nak mengasingkan pentadbiran negeri dengan pentadbiran universiti malahan aku nampak hujah dia memang rasional bab beb. Memang kita suka sebab dia nampak ada border disini.

2. Kita juga faham bahawa apa2 sahaja tindakan kuin terhadap mahasiswa adalah apa yang pentadbiran kuin inginkan bukan apa yang ustazkan inginkan or arahkan. Ini pun kita faham.

3. Yang kita tak faham, persoalkan dan pertikaikan disini ialah kenapa ustaz mesti berdiri bersama pentadbiran kuin? Kenapa bukan bersama mahasiswa? Kenapa ustaz mesti jadi dipihak yang menyokong kuin dan bukan nya menentang pentadbiran kuin? Ini yang kita confused.

Ustaz boleh nyatakan perbezaan disini. Jika ustaz bersama auku dan sokong dengan auku, kenapa tidak sahaja nyatakan ia secara terbuka dan terang-terangan. At least kita boleh nampak pendirian ustaz dalam isu auku neh di mana. Guna ayat kiasan neh kita susah sket nak baca. 

Mungkin ustaz tak suka auku tapi terpaksa redha dengan auku sebab pentadbiran kuin dah gunapakai akta auku? Mungkin juga memang ustaz selama neh rasa auku okey dan perjuangan pr dalam isu auku neh tak relevant? Beri sket penjelasan di manakah pendirian ustaz dalam perkara neh. Ini yang paling penting.

Jika che rosli terangan2 menyokong lynas dan tidak sehaluan dengan pkr dalam isu neh, ada baiknya jika ustaz juga nyatakan pendirian ustaz terangan2. Samada ustaz sokong dengan pengekalan auku atau sokong mahsuh auku?

Apa pun pendapat ustaz adalah hak ustaz sepenuhnya. Memang buku jingga bukan Alquran tetapi ia adalah perjanjian persefahaman antara ketiga2 parti untuk mencapai beberapa misi tertentu. Jika misi auku bukanlah misi yang ustaz sokong, nyatakan sahaja terangan2 supaya lain kita boleh bercakap dengan jelas, pas tolak auku cuma ustaz sahaja yang sokong auku dan itupun kita tak marah sebab itu hak dan pendirian ustaz. Siapa lah kita nak sekat2 pandangan orang kan? Bai.

Ameno :  Bukan hentam tapi bagitau je.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...