Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Februari 2012

Ini kisah sebenar Rosmah Mansur dalam isu berbelanja mewah RM322,794.87! Part 2.

Okey, untuk part 1 rujuk sini. Yang neh episode kedua dalam isu neh. Penjelasan kali neh lebih detail sebab ia ditulis oleh blogger asal yang mendedahkan skandal neh. Aku hanya translate point2 yang penting jek. Dia tulis english dan panjang sangat, tapi bukan seme isi penulisan tue penting untuk diketahui, so mana yang penting je aku share. 

Ini ialah kisah sebenar dalam isu rosmah mansur berbelanja mewah di aussie.

1. Pada 16 januari 2012, blogger frockwritter menerima email dari litte hero, macam PR untuk agensi fashion yang berpengkalan di sydney. Agensi neh bagi email kepada penulis blogger frockwritter mengatakan bahawa telah tersebar satu berita mengenai seorang pelanggan yang berprofil tinggi membeli 61 pasang kain dari kapp. Pelanggan neh ialah rosmah mansur.

2. Dia juga dimaklumkan bahawa rosmah mansur membeli 61 helai kain secara peribadi nya dengan memilih sendiri. Ini sesuatu yang luar biasa jika bagi kegunaan peribadi. Sebab tue larh benda neh kecoh bagi mereka2 yang terlibat dalam dunia fashion.

3. Lihat email yang dia terima di bawah neh ;


“Hi Patty,
I hope you are well.
Some news for you:
I thought you may be interested in one of Carl's latest fans, Malaysia's First Lady, Rosmah Mansor. Carl received a phone call from her staff while she was shopping in Pitt St asking if there was parking in Paddington for a limousine. They came straight over where Carl had a private appointment with Mrs. Mansor, going over styles, colour and fabrics. Carl then prepared a presentation for her on New Year's Eve at the hotel Mrs. Mansor was staying out, and she chose every one of the 30 colours Carl presented. In total Mrs. Mansor ordered 61 pieces. Carl also was introduced to PM Najib Razak. All pieces she chose are to be made from Carl's signature stretch silk, and to be made bespoke after taking her measurements. 
A few of the styles she ordered included the Emilia skirt and long sleeve blouse below.
I would also be happy to offer you an AW12 style to run with the story, look book is attached.
Interesting, no?!
Kindest,
Holly”

4. Menerusi email pertama ada 3 point penting korang kena faham ;

- kapp yang laporkan kepada agensi fashion, bukan depa pergi godek sendiri.

- kapp diperkenalkan kepada najib razak dan ini bermaksud piem kita patut dah tahu hal yang sebenarnya. Najib razak pun involved dengan IFF kah?

- Rosmah pilih kain, bukan rezza shah. Di mana? Dalam h0tel. Aik? Bukan di butik kapp ka? Takpe, orang akan cakap, alah rosmah penaung iff bhai, sapa pilih bukan isu the issue is iff gak pakai. Then aku nak jawab balik, sejak bila rosmah kita model iff beb? Kapp amek ukuran sapa dalam email yang dinyatakan di atas neh? Alamak geng.. tolonglarh weh.

5. Selepas terima email pertama neh, patty = blogger asal yang dedahkan skandal neh pun telefon the litte hero. Dia telefon holly beer individu yang bertanggungjawab pass story neh kat dia. Dia call untuk pengesahan dan ya, holly sahkan hal tersebut dan menghantar email kedua yang lebih lengkap butirannya.

6. Ketika itu berita mengenai hal neh telah diketahui oleh dua editor yang menulis mengenai fashion melalui akhbar terbitan australia.

7. Email kedua. Lihat bawah neh ;

“Hi Patty,
I just spoke to Carl for some further information:
He visited Rosmah, and her PM husband on New Year's Eve at The Darling's Penthouse Suite in the Casino (http://www.thedarling.com.au/sydney-hotel-rooms/penthouse/) for the fitting and presentation. The pieces are for her everyday occasions, which are many. She meets some incredibly influential people, including most recently Michelle Obama so Carl is thrilled that she is such a fan. He said she was incredibly lovely, and she is flying him to Kaula Lumpar mid-February for a second round of fittings. The pieces need to be completed in a month from the second fitting. All pieces had to be altered to be with a long sleeve, with no bare ankles or wrists. 
She is already asking for more pieces in addition to the 61 ordered, which is a mix of AW12 and SS11.
In addition to this, Carl has had a great season, his sales are extraordinarily 80% up post his debut Fashion Week show last year. His made-to-measure has definitely made him a favourite go-to and is his greatest point of difference - particularly against the onslaught of online stores.
Attached are the lookbook imagery, the following have already been published on Pages Digital.
Let me know of anything else you need,
Holly”

8. Menerusi email kedua neh diperjelaskan bahawa ;

- memang ya rosmah order 61 pasang kain untuk diri sendiri, bukan untuk kedai rezza shah. Adoiii rezza shah, sejak bila rosmah kita neh jadi kedai ko? Muahaha..

- kapp kena siapkan tempahan dalam masa sebulan selepas ukuran di ambil. Baik yang pertama or baik yang bakal dibeli. Rosmah ada niat nak tempah lagi beb.

- kapp akan diterbangkan ke kl untuk proses sukat ukuran kali kedua. Mungkin selepas sebulan rosmah dah berubah sikit kot. Muahahaa..

- kapp juga sahkan hotel di mana rosmah dan najib diami. Aku pernah tulis dulu bahawa penthouse yang depa duduk tue BELUM DI BUKA KEPADA ORANG AWAM LAGI. Peh. Ia akan dibuka pada bulan april sepenuhnya tak silap aku. So najib dan rosmah neh special sebab boleh duduk di penthouse yang belum dibuka. Ini bermaksud apa? Tah. Lue orang fikirlah sendiri beb.

- kapp rasa teruja sangat sebab rosmah neh orang yang memang popular dan seringkali dikelilingi oleh orang2 yang hebat jadi dia rasa macam urmmm bangganya kalau satu dunia tahu rosmah pelanggan aku. Mungkin sebab tue dia pergi kecoh2 last2 padan muka ko, rosmah dan geng2 pembaziran. Memang kena tiaw larh jawabnya.

9. Penulis blogger terbabit siap tunjukkan satu bukti printscreen bahawa pemandangan neh memang di ambil dari penthouse. Gambar neh di upload oleh rezza shah beb. Kata blogger terbabit, kalau berada di dalam penthouse yang mahal tue memang boleh dapat sudut gambar neh. Lihat bawah ;


Bukti rezza shah pun ikut rosmah ke australia. Aduhaii.. duit sapa larh bayar tambang kapal terbang ko rezza. Guna kapal terbang yang digunakan untuk angkut pemimpin yang buat lawatan kerja ka? Adoii lahh.. adoii lah.. duit seme rakyat malaysia tue beb. Aduhaiii.. tension .. 

10. Penulis blogger = patty kemudian nya jalan sedikit siasatan. Dia beranggapan info yang dia dapat perlu dipastikan juga meskipun dia tak ragu2 dengan orang yang bagi info tersebut sebab dah sekian lama berurusan. Belum pernah ada konflik.

11. So apa yang si patty neh buat ialah dia call kedutaan malaysia di australia. Yang jawab telefon tue aisyah. Patty bagitau aishah sahkan bahawa najib memang berada di australia dan sedang bercuti. Patty tanya juga pasal kain tapi aishah taktau hal tersebut dan dia akan call patty balik untuk sahkan hal tersebut tapi sampai ke sudah haram nak call balik. 

12. Patty juga mendedahkan bagaimana dia mendapat info mengenai anggaran pembelian rosmah terhadap koleksi kapp dan anggaran penginapan rosmah di penthouse ketika berada di aussie. Dengan merujuk kepada senarai harga setiap koleksi kapp dia boleh membuat anggaran bahawa 61 helai kain sepatutnya menghasilkan jumlah2 tersebut. Walaupun mungkin angka2 neh tidak tepat tetapi samada terdekat or terkurang, ia tetap adalah angka yang paling dekat dengan pembelanjaan yang dikeluarkan oleh rosmah mansur ketika membeli kain dari kapp.

13. Sama juga dengan isu penginapan di penthouse. Patty telah sahkan hal neh melalui salah seorang staff yang berkhidmat pada malam tahun baru. Walaupun patty tak menjelaskan samada staff tersebut mengakui rosmah mansur yang menginap di hotel tersebut ataupun tidak tetapi patty mengatakan bahawa memang pada malam tersebut penthouse yang belum dibuka kepada orang ramai ada penginap nya. Apatah lagi ia tertera secara jelas dalam email kedua patty yang mana kapp dan pembantu nya ialah saksi utama kepada hal neh.
14. Patty kemudian nya menjelaskan kisah yang berlaku selepas artikelnya tersiar. Sebagaimana yang dijangka ia mendapat respon orang ramai. Sebelum menyiarkan artikel tersebut, patty pun ada lakukan sedikit research ttg siapa rosmah mansur bagi rakyat malaysia neh. Berita2 yang dia baca di online menjurus kepada perbelanjaan mewah rosmah mansur. Peh. So story dia neh hanya menambahkan lagi apa yang rosmah memang buat. Muahaha..

15. Patty juga memberitahu bahawa setelah berita tersebut tersiar, kapp siap puji dan promote link blog terbabit di fbnya. Tapi sekarang dah didelete. Kapp sebenarnya berpeluang menjelaskan kepada patty kalau ada apa2 yang tersilap di dalam artikelnya. Holly beer pun sama. Namun kapp dan the little hero tidak berbuat apa2 sehingga isunya menjadi panas dan tiba2 mereka masing2 tukar statement asal masing2.
16. Melalui kenyataan rasmi yang keluar dari pihak kapp, patty memetik statement setiap statement dan memperjelaskan secara terperinci apa yang berlaku. Ada 4 point jek yang korang perlu faham ;

- Statement pertama kapp pasal rombongan besar rosmah mansur dan iff. 

Menurut patty, baik the little hero dan baik kapp, masing2 tidak menyebut rombongan rosmah mansur dan iff. Apa yang mereka sebut ialah staff kepada rosmah mansur [atau pembantu]. Dan dia sedia maklum hal tersebut.

Kapp dan the little hero juga tidak menyebut apa2 hal mengenai iff ketika itu. Malahan tiada juga apa2 perkara mengenai pembelian secara berasingan. Yang paling penting size ukuran badan. Kenapa hanya melibatkan size rosmah mansur je? Muahahaa. Jika artikel patty itu tersilap kenapa kapp tidak menjelaskan ia secara terperinci selepas ia tersiar?

- Statement kedua kapp mengenai penerbangan.

Menurut patty, sekali lagi jika ia adalah palsu kenapa kapp langsung tak call menafikan hal tersebut selepas artikel tersebut tersiar? Jika salah, kenapa dia tak minta patty tarikbalik? Dan apa yang paling pelik ialah kapp sendiri yang sahkan hal tersebut dengan dia via hp sambil menambah bahawa kapp tidak pernah menjejakkan kakinya ke malaysia dan dia rasa sangat excited. Seronoklah, ada kapal terbang khas untuknya pergi dan pulang. Kalau aku, aku happy beb. Muahaha.

- Statement ketiga kapp mengenai kerahsiaan pelanggan berhubung setiap pembelian mereka.
Menurut patty, jika ini rahsia maka kenapa ada pihak yang email dan dedahkan hal tersebut kepada dia dan yang paling penting kenapa kapp sendiri bercakap dengan dia mengenai hal neh menerusi hp selama 15minit panjangnya? Kenapa? Sebab tue dia dedahkan butiran email sepertimana yang aku dah paste kat atas tue. Sekarang sapa yang bocor rahsia? Muahahaha..

- Statement keempat kapp mengenai jumlah pembelian.

Menurut patty, tidak pernah pun patty menulis di blognya bahawa kapp dan the little hero dedahkan jumlah2 tertentu. TIDAK. Yang ada cuma 61 pasang kain. Dan itulah yang patty amek dan lakukan pengiraan sedikit bagi mendapatkan jumlah anggaran pembelian. Apa yang patty tulis di blog pun hanyalah anggaran semata2. Dia tak nyatakan jumlah itu tetap tetapi dia ada mengatakan bahawa jumlah itu menghampiri. So sekarang sapa yang terjerat? 

Sebagai penulis fashion, patty ada pengalaman yang luas mengenai hal neh. Andaikata kapp mahu menganggap ini ialah "rahsia pelanggan" kenapa mendedahkan jumlah kain yang dibeli rosmah mansur? Diam2 sudah larh. Bagitau je rosmah datang butik, dia beli kain then balik, babai. Yang pergi kecoh bagai, call pr fashion, email sana, jawab hp, sahkan dengan media itu apa? Itu menjaga kerahsiaan pelanggan ka? Dah terkantoi last2 blogger macam dia je yang kena. 

Lebih kurang begitulah ulasan patty. Perenggan2 terakhir dia ada larh yang dia ulas sikit2 pasal niat dia yang ingin mendedahkan dua butiran email di atas neh. Meskipun respon balas yang diterima sangat tidak menyenangkan tetapi patty mahu mempertahankan hak menyatakan hal yang benar.

Dia juga memahami mungkin beberapa orang neh telah ditekan oleh kuasa politik seseorang tetapi dia akan kekal menyatakan kebenaran nya. Pada saat dia menyiarkan artikel itu, jika ada apa2 kesilapan sepatutnya mana2 pihak yang terlibat salurkan info kepada dia tampil dan jelaskan bahawa dia salah itu, salah ini, tetapi tiada mana2 pihak pun yang tampil menafikan apa2 yang salah dalam penulisan dia. Jadi dsini, jelas kita boleh faham siapa sebenarnya yang tersepit.

Bagi aku isu neh mudah jek, kalau rosmah guna wang sendiri, aku sikit pun tak kisah der. Siyes. Tapi kalau rosmah guna duit rakyat.. owhh rosmah.. ko patut tahu kenapa kami akan marah. So pepaham larh yerk. Bai

Versi english disini.
Ameno : Penat siot translate.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...