Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 Januari 2012

Skandal gula yang anda mesti tahu.


Alahai ramai nya geng2 umno yang marah bila kita naikkan isu gula neh. Mereka ingat kita saja2 nak buat lawak kot bila membangkitkan isu gula di malaysia neh. Mereka sepatutnya bersyukur andai isu neh berjaya membuatkan kerajaan terpaksa bercakap benar dan sekaligus berjaya menyelamatkan wang rakyat dari terus dibazirkan. 

Bila rakyat malaysia untung, rakyat umno pun turut untung sebenarnya. Jadi jangan pongpang bising bekap menteri2 umno tue lagi. Dorang bekap menteri umno bukan pasal menteri umno itu betul tapi sebab selevel dengan dorang. 

Bagi umno, ahli umno wajib bekap menteri umno. Ini general knowledge. Walhal sepatutnya ahli umno sebelum bekap menteri umno, dia kena fahami isu. Kalau isu tersebut ternyata menteri di pihak benar, then bekap. Kalau isu tersebut ternyata menimbulkan keraguan yang munasabah untuk dipersoalkan, maka silalah selari dengan rakyat. Ini tidak, asal umno, sokong je. Betul salah seme main langgar. Haizhh bosan. 

Okey sekarang kita mulai dengan isu subsidi. Tadi aku dah dapat penjelasan dari member pasal neh. Dia cakap kat aku subsidi gula yang dimaksudkan oleh kerajaan ialah ;

Satu bayaran khusus kepada pengimport2 gula di malaysia. 

Maksudnya apa? Maksudnya ==> pengimport akan import gula bagi memenuhi keperluan rakyat malaysia. Dan gula itu akan dijual semula kepada rakyat mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Contoh ;

Harga gula yang diimport oleh dua syarikat yang diberikan AP untuk mengimport gula = rm2.00

Harga gula diimport yang dijual semula kepada rakyat malaysia = rm1.80

Nilai subsidi = 0.20 per kilogram.

Nilai subsidi per kilo x jumlah gula yang di import selama setahun = nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Ini mekanisme nya.

Maksudnya, memang benar subsidi untuk gula wujud. Subsidi itu digunakan untuk kebaikan rakyat dengan menyalurkan kepada syarikat2 yang mengimport gula. Maksudnya disini kerajaan salurkan duit kepada syarikat2, bukan kepada rakyat. Faham tak?

Bila ko import satu2 barang dan harga jual berkurangan dengan harga yang diimport, maka kerajaan akan bayar sejumlah wang kepada ko agar ko boleh cover kerugian akibat menjual barang dengan harga yang murah.  Kerajaan salur duit kepada syarikat2 yang diberikan AP untuk mengimport gula, bukan kepada rakyat malaysia.
Ada beza kah?

Ada. 

Di mana bezanya? 

Bezanya ialah ;

1. Kontrak ditetapkan oleh syarikat gula dengan pihak yang mengimport. Bukan kerajaan dengan pihak yang mengeluarkan gula.

2. Kita tidak tahu apa2 butiran yang termaktub antara syarikat gula dengan pihak yang mengimport gula di malaysia. Siapa tahu bahawa dia sebenarnya beli gula dengan nilai rm1.40 sekilogram tapi dia bagitau kerajaan bahawa nilai gula yang dia beli ialah rm2.00 dan kerajaan pula terpaksa bayar 0.20sen semula kepada dia untuk setiap sekilogram gula kerana gula dijual dengan harga rm1.80 [contoh sahaja]. 

3. Sila rujuk jawapan ismail sabri disini. Aku ada tanya dia pasal neh tadi. Jawapan dia ialah MITTI telah mencari pembekal yang menawarkan harga yang terbaik dan telah pun menandatangani kontrak.

Aku tak pastilah samada mitti yang import dan jual semula gula neh kepada rakyat malaysia. Sedangkan menurut MP tony pua, gula malaysia di import melalui dua syarikat [rujuk sini] iaitu Malayan Sugar Manufacturing Holdings (MSM Holdings) dan Tradewinds Corporation Bhd.

Mungkin juga yang sebenarnya ismail sabri maksudkan apa yang aku dah jelaskan di 1 dan 2 tadi. Jadi, kita anggap sahaja ismail bercakap benar. Jika ismail sabri bercakap benar ini bermakna apa2 sahaja harga gula pasaran hadapan ka, pasaran semasa ka, sudah tidak menjadi isu disini sebab harga gula antara malaysia dan syarikat pengeluar keluar telah dimuktamadkan melalui kontrak perjanjian.

Sudah semestinya nilai gula yang ditawarkan oleh syarikat pembekal gula adalah berkurangan ataupun seiring dengan harga yang ditawarkan oleh pasaran kan? Tak logik pula kita selaku pengimport nak mengimport gula dengan harga yang lebih mahal dari pasaran kan? 

Contohnya jika kita rujuk jadual pasaran hadapan [mesti kaedah neh di ambil kira sebelum tandatangan sebarang MOU kan?] gula per kilo rm2 then kita sign perjanjian dengan pembekal gula sekurang2nya samada ia rm2 per kilo ataupun lebih rendah dari itu lagi. Takan harga pasaran hadapan rm2, kita nak sign perjanjian yang bagi harga rm3 per kilo pula?

Jadi, sepatutnya samada subsidi yang disalurkan kepada syarikat yang diberikan lesen ap kekal ataupun berkurangan. Bukan nya naik sebagaimana yang dimaklumkan oleh ismail sabri melalui utusan semalam. Dengan mengambil kira harga gula di pasaran hadapan [rujuk sini] kita melihat harga komoditi gula semakin lama semakin berkurangan. 

Dan habis bab tue, kita masuk bab AP pula. AP gula ialah lesen yang dibekalkan oleh kerajaan kepada syarikat2 tertentu yang diberikan hak untuk mengimport. Tiada lesen neh maka no import2 gula. Lesen AP GULA dan kilang gula di malaysia neh dah masuk ke dalam sistem monopoli. Maknanya hanya kerajaan je berhak menentukan siapa boleh berniaga gula dan siapa pula tidak boleh.

Bagus ka benda neh?

Bagus. Satu je bagusnya. Bagusnya sistem monopoli dan ap neh ialah kerajaan boleh menentukan harga pasaran bagi melindungi hak rakyat. Ini kebaikan lesen ap gula dan monopoli. Tapi adakah ini tujuan yang digunakan oleh kerajaan? 

Keburukkan sistem monopoli dan lesen ap gula neh pula ada banyak. Jika sesebuah syarikat contohnya astro, dibiarkan memonopoli perniagaan satelit tv, di mana dia je boleh buat tv satelit, tiada persaingan, maka dia akan mengambil kesempatan memainkan harga. Dia akan naikkan harga suka2 sebab dia tahu di malaysia neh hanya dia jek berhak menawarkan tv satelit.

Bila tiada persaingan, ini juga akan menyebabkan perkhidmatan yang ditawarkan menjadi "lembab" sebab tiada impak bagi meningkatkan prestasi.  Sama larh juga halnya dengan kes gula neh. Bila sistem monopoli digunakan pakai, maka syarikat2 yang diberikan hak untuk hasilkan gula dan untuk mengimport gula akan boleh suka2 memainkan harga pasaran bagi mendesak kerajaan meletakkan harga yang mereka inginkan. 

Katakanlah subsidi 0.20 tidak mencukupi untuk memperbesarkan perniagaan, mereka mahukan keuntungan yang lebih, maka mereka akan main harga dengan kerajaan. Sorok gula, utamakan negara2 luar [import gula dan jual kepada negara lain melalui anak2 syarikat yang berada di luar negara], dan macam2 lagi masalah yang akan sengaja ditimbulkan bagi menaikkan harga gula di malaysia.

Sistem monopoli neh juga akan memperbodohkan rakyat sebenarnya. Bila hanya syarikat2 tertentu je boleh berniaga gula, dan syarikat2 lain dilarang menerokai pasaran gula, kita dapati sudah tentu perniagaan gula neh menguntungkan. Kalau ia benar2 merugikan siapa pula sanggup nak berniaga dan dibiarkan rugi dan terus rugi?

Ini bermaksud, sistem monopoli digunakan bagi mengekalkan kekayaan seseorang dan orang lain tidak boleh menjadi kaya sepertinya. Ataupun sekurang2nya dia tidak mahu perniagaan nya digangu bila terlalu banyak persaingan. Bayangkan dulu A je jual gula, bila pasaran jadi bebas maka A, B, C dan D pun jual gula. 

Dan bila masing2 jual gula, maka pasaran akan berpecah. Masing2 akan tawarkan harga yang mampu menarik perhatian pelanggan akan membeli product mereka. So disinilah kita rasa hairan kenapa kerajaan hanya membenarkan syarikat2 tertentu je jual gula? Dah larh hanya syarikat2 tertentu je boleh produce dan import gula, syarikat2 itu juga mendapat pelbagai subsidi2 dari kerajaan atas alasan untuk kebaikan rakyat.

Sebab itu adalah amat baik jika kerajaan hentikan terus subsidi gula neh. Biar sahaja syarikat2 yang mahu mengimport gula, import dan jual di malaysia. Manakala gula yang dihasilkan dalam negara, harus dijual dengan harga yang sekurang2nya pulang modal dan untung. Jangan jual dengan harga yang sama macam gula yang diimport pula.

Lepas tue hanya pastikan rakyat malaysia je yang beli gula yang diproduce dalam negara. Gula yang di import sesiapa yang nak beli lantak larh. Yang penting gula yang dihasilkan dalam negara harus diutamakan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu. 

Kerajaan nak guna sistem catu ka, sistem apa ka, lantak, janji melalui sistem neh kita boleh atasi dua perkara ;

1. Mahsuhkan subsidi gula 100%. Subsidi yang ada disalurkan kepada tempat2 yang lebih memerlukan.

2.  Kekang orang luar daripada menikmati subsidi untuk rakyat. 

Jika dirujuk pada harga gula pasaran semasa disini,

harga gula mengikut pasaran us = rm2.60 sekilo

harga gula mengikut pasaran EU = rm1.65 sekilo.

harga gula mengikut standard pasaran antarabangsa = rm1.70 sekilo.

Kita import gula dari Aussie. Lihat sini. Gula kita pula pergi kepada india. Lihat sini. Aku tak pasti macam mana perniagaan gula di malaysia neh berjalan. Tapi kalau kita ada kilang gula sendiri kenapa tidak kita utamakan rakyat sendiri? 

Kenapa perlu wujud import dan eskport? Itu seme tugas menteri untuk explain. Aku cuma merungkai persoalan sebab tak faham kenapa mesti kerajaan mengekport gula kepada negara luar sedangkan dalam negara sendiri pun terpaksa import gula bagi memenuhi keperluan? 

Jika pengeluaran gula yang dikeluarkan oleh tiga kilang gula yang wujud di malaysia [under felda = yakni kerajaan malaysia punya] mencukupi, maka apa perlu susah2 import gula lagi? Utamakanlah keperluan rakyat tempatan. Ka, harga yang ditawarkan oleh india lebih mahal dari apa yang ditawarkan oleh rakyat malaysia? 

Jadi adakah ini bermakna, modus operandi kilang gula yang konon nya diberikan hak untuk monopoli bagi melindungi rakyat malaysia sudah bertukar kepada mencari keuntungan semata2? Tanya jek. Jawablah. Bai.

Ameno : Dedahkan dokumen subsidi gula dan dedahkan dokumen perjanjian antara syarikat di malaysia dengan pembekal gula di luar negara.. dua buah syarikat yang diberikan lesen AP, dengar citer kerajaan ada share nya.. so mestilah boleh didedahkan.. kan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...