Dua bulan lepas.
Member : Beb, ko tahu tak bas makin kurang sekarang? Gila babi lah kalau nak tunggu bas. Kesian dowh tengok makcik2 dan budak2 yang pergi balik sekolah. Tunggu bas aje dekat berjam2.
Aku : tatau lah plak.
Member : ko tulis pasal neh dalam blog arh..
Aku : okey tapi aku kena naik bas dulu beb. Baru lah boleh bagi testimoni yang bagus.
Semalam : Lokasi bagan dato - simpang empat - teluk intan
Tunggu bas : pukul 3.01 petang
Naik bas : pukul 4.15 petang [bahasa maki dah muncul time neh]
Tunggu bas : pukul 4.30 lepas bayar bill astro
Naik bas : pukul 6 petang [bahasa maki dah habis stok]
Kesimpulan? Bas di teluk intan memang macam baybee.
Semalam aku telah melakukan sedikit ujian dengan menaiki bas ke teluk intan. Walaupun ada kenderaan tetapi aku nak naik bas bagi merasai sendiri pengalaman orang naik bas. Dengar citer kat sini dah lama bas berjam2 nak kena tunggu sebelum boleh tiba ke destinasi. So aku pun jadikan diri aku sebagai bahan testimoni.
Mula2 aku pergi ke busstop yang berhampiran naik motor. Then park motor tue sementara aku tunggu bas. Aku tunggu punya tunggu. Ketika tengah tunggu tue ada lah member2 aku lalu dengan motor sambil memerhatikan aku. Maybe dorang heran apsal aku tunggu kat bus stop tue kot. Padahal motor ada je kat belakang aku. Bengkek gak aku pasal dorang tak nak singgah tanya apasal. Padahal aku dah bosan gila dowh. Sasau tunggu bas lama nak mampos. Kalau boleh bakar bustop tue, aku bakar. Bus stop pun dah buruk gila padahal usia dalam 5 tahun pun tak sampai. Dasar kroni haramjadah. <-- kes belum sahih.
Then bas pun sampai. Aku kelam kabut sikit fikir nak bayar tambang berapa dan kat mana. Silap2 kena sound plak dengan drebar bas. Almaklum lah aku bukan kaki bas. Then dah bayar aku usyar tempat duduk. Aku tengok apsal mamat2 bangla je naik bas neh. Mamat2 melayu yang handsome2 rupa gay tak dak ka? Hampa dowh. Nak cari teman gay dalam bas tak dapat.
Then ada lah satu nyonya tue. Dah tua sangat2. Alahai kesian dia kena jalan tengah2 panas sebab bas taknak berhenti di tempat yang nyonya tue nak turun. Punyalah zalim. Ko tak fikir ke satu nanti ko akan tua macam tue juga. Aku bengkek betul tengok sesetengah individu yang suka nak berlagak dengan orang tua. Apa salahnya hormat orang tua. Ko tak rugi apa pun kan.
Then dah sampai destinasi aku turun bayar astro. Lepas bayar astro aku jalan2 kat sana. Tapi bosan. Nak jalan hapa nya aku tak bawa duit. Bangang. Macam mana lah aku boleh terlupa nak bawa dompet. Aku ngam2 bawa duit untuk bayar astro je. Duit yang keluarga aku bagi soh bayar astro. Selain dari tue aku tak bawa apa pun. Siyes kerja kelam kabut semalam.
Then aku lepak kat bus stop. Kat bus stop neh lah aku jumpa macam2 orang. Rupanya best juga naik bas neh. Ko boleh bergaul dengan orang beb. Macam2 orang ko boleh kenal dek menunggu bas lambat nak mampos. Aku tunggu bas dalam pukul 4.30 kot tak silap aku. Then bas sampai dekat pukul 6 petang. Sementara tunggu bas yang punyalah lambat nak sampai aku sempatlah berborak2 dengan orang yang tengah tunggu bas tue.
Menurut maklumat yang aku korek dari kaki bas aku dapati bahawa ;
1. Sejak minyak naik = bas makin kurang operasi sebab tak mampu tanggung kos operasi yang semakin tinggi.
2. Bas disini tiada perjalanan untuk malam. Last bas ialah 7.10minit. [Aku rasa mustahil last pukul 7.10 pasal aku sepatutnya naik bas 5.30 tapi pukul 6 baru dia "show time" apa citer?]
3. Bas setiap 2 jam sekali pada hari minggu. Dan pada hari biasa 1 jam sekali. [Yang neh aku rasa hampir mustahil pasal aku tunggu bas dah berjam2 takde nampak pun macam bas sejam sekali]
4. Ramai orang merunggut tapi dah takde alternatif. Naik bas sekolah, ada yang tak mampu dan tak mahu. Kadangkala balik lambat sebab ada kelas tambahan so bas sekolah dah tak relevan. Teksi punya mahal nak mampos. Teksi dia akan charge tambang pergi dan balik. Contohnya kalau di kl kita kira ikut meter. Tapi disini kira ikut pergi dan balik walaupun ko cuma naik satu trip je iaitu balik ke destinasi ko. Alasan pengteksi bagi, ialah mereka tiada pelanggan ketika pulang dan ini merugikan mereka.
Aduhaiii kesian betul lah aku dengar kisah2 dorang neh. Tak pernah aku tahu dowh. Almaklumlah aku ada kenderaan so memang lah berlagak nak mampos. Rupanya derita orang yang terpaksa bergantung harap pada kenderaan awam neh ada macam2. Apa lah punya suwei kerajaan perak neh. Dok pongpang2 kutuk negeri orang tapi negeri sendiri macam haramjadah. Dasar baaabeeyyy punya menteri besar.
Ketika ini juga lah aku jumpa dengan seorang pakcik tua bertongkat. Alahaii.. dia tunggu bas dari pukul 4 lebih [awal sikit dari aku]. Dia datang dari penang nak balik ke rumah. Teksi charge rm20 satu kepala. Ada 3 orang. Kalau ikut satu teksi tue dia charge rm60 pergi balik ke destinasi pakcik tue. Tapi pasal ada 3 orang so dia bahagi kanlah kepada 3.
Tapi pakcik2 [dua orang pakcik] dan sorang makcik menolak untuk menaiki teksi tersebut. Makcik tue cakap kat aku, "aku pun ada rm20 je". Sebelum tue aku suspect makcik tue ada rm30. Tapi dia dah bagi rm10 kat laki dia pasal laki dia minta. Benda tue berlaku kat depan mata aku sebab tue aku tahu. Salah seorang pakcik tue suami dia lah.
Aduhaii.. begini rupanya kehidupan pakcik makcik neh. Apa lah punya bangsat kerajaan zambrey neh. Ini baru satu pakcik makcik. Belum lagi pakcik makcik lain. Pakcik yang bertongkat tue bukan nak naik bas sangat sebab faktor kaki dia. Tapi pasal dia takde duit terpaksa lah dia tunggu bas berjam2 lama nya untuk naik bas. Entah2 bas tak berhenti di depan rumah dia? Jangan2 dia kena berjalan jauh? Aduhaiii kesian betul lah.
Lepas tue aku berborak dengan makcik sporting. Dia memang sporting. Dia tegur aku dulu. Kalau sebelum neh aku dok sebok2 tegur orang, kali neh dia yang tegur aku dulu. Memang ceria dan sporting sungguh makcik neh. Sampai rumah dia kat mana pun aku tahu. Dia yang bagitau beb. Usah kata rumah, pakej astro apa yang dia langgan pun aku tahu. Dia ceritakan kat aku beb. Hopefully dia ada lah internet. Mana lah tahu rezeki dia baca belog neh plak. Boleh lah kami jalinkan ukhwah sambil2 aku kutuk bn neh.
kah kah kah
Antara perbualan dengan makcik tue yang aku ingat ialah ;
Makcik : tunggu bas neh siap dah masak nasi dah.
Aku : nasi je ke? Saya rasa lauk pun dah siap neh.
Makcik : Itu lah pasal. Siap makan dan sendawa lagi.
Aku dan makcik tue gelak2. Memang gila dowh. Lambat dan lembab perkhidmatan bas di sini. Macam mana lah kerajaaan perak dan pembangkang perak buat kerja? Satu kumpulan bersidang bawah pokok. Bawah pokok ko dapat apa? Bas takde pun ko tatau. Harga ayam melambung nak mampos kat perak neh pun ko tatau. Ko hanya tahu meroyan ke kumpulan PR? Errhh terdirect plak i.
Dan satu kumpulan pula buat kerja syok sendiri. Selalu jemput orang pergi ke rumah menteri besar. Konon nya nak amek tahu masalah rakyat. Dah tue? Apa alternatif ko lepas dah amek tahu? Errrr ada kakitangan ko yang baca blog neh tak? Neh kira masalah rakyat gak neh. Cuba ko kasi tolong sikit kat penduduk2 yang memerlukan bas neh. Kalau tak boleh tolong takpe, ko pergi lah mampos. Heh.
Punyalah banyak masalah rakyat perak yang boleh diperhatikan oleh wakil2 rakyat tetapi sayang daripada dorang sibuk fikir masalah rakyat, dorang lebih suka luang masa fikir masalah sendiri akibat hilang kuasa sorang, sorang lagi plak sibuk pertahankan kuasa. Next time pru kita kasi bakar pembangkang dan kerajaan. Biar kita lantik diri kita kuasa ketiga tawan neh perak. Amacam? Ada berani ka?
kah kah kah
Ameno : Rakyat je faham kesusahan rakyat. Dah nama wakil rakyat buat cara macam ko tue wakil rakyat. Ada faham?
Tolong aku menang ipad2 kat sini. Jasa anda amatlah dihargai!
0 Comment to " Bas makin kurang kerana kos minyak makin meningkat. "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.