Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Julai 2011

Video bersih versi polis adalah fakta - PDRM.

Polis menolak dakwaan pembangkang kononnya penayangan video perhimpunan haram oleh polis  21 Julai lalu, hanya menonjolkan sebahagian sahaja perhimpunan 9 Julai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata tayangan video itu menonjolkan apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian, berdasarkan fakta.

Katanya dalam konteks ini, beliau sedar apa juga yang polis lakukan untuk menjelaskan kejadian sebenar,  pasti menerima tentangan pihak yang enggan menerima fakta.

Beliau sebelum itu menyempurnakan majlis perbarisan tamat latihan program latihan asas konstabel di Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu.

Sapa tengok berita tadi? Aku tengok. Bukan kat rumah aku. Selalu aku jarang tengok tv3 waktu siang. Boleh juga dikategorikan hampir mustahil. Aku dapat tengok tadi sebab pergi kenduri kahwin. Dan ayat di atas neh ialah keterangan daripada pihak polis yang aku copy paste dari website tv3. Versi video belum keluar lagi. Maybe malam nanti kot.

Sila perhatikan apa yang aku highlightkan di atas. Nampak tak? Baik pihak polis. Mungkin blog aku neh menjadi kawasan persinggahan ko. Meh sini aku nak terangkan sikit kat korang. 

1. Polis : Video yang ditayangkan oleh anda ialah bukan fakta tetapi andaian dalam kepala hotak anda sendiri. Contohnya aksi seorang polis yang "menolak perlahan2 lelaki berbaju kuning yang sakit pinggang" <-- Ini andaian pihak polis. 

Memang betul kejadian tersebut berlaku tapi pada pengamatan aku, polis tersebut bukan bantu pakcik tersebut, sebaliknya dia cuma nak mempercepatkan kerja dia dengan menolak pakcik itu naik ke lori. Bukan nak bantu pakcik tue dengan "menolak dengan perlahan2" <-- haizhh.. apa punya ayat neh pakcik polis? Aduhaii.. lihat video itu disini sendiri dan nilai sendiri.

Menangi suzuki alto dan hadiah bernilai rm80k bagi pengguna contact lens!

Video mengenai isu suhardi yang dikatakan sengaja menimbulkan provokasi juga adalah berasaskan andaian pihak polis. Dengan suara yang kita tak jelas dengar, polis pandai2 reka ayat dan memaksa kita mempercayai apa yang mereka sangkakan. Bukan kah ini ialah andaian dan tidak patut dinamakan as fakta? Lihat sini untuk tonton video terbabit. Dan nilai sendiri. Masing2 ada akal beb.

2. Polis : Video yang ditayangkan oleh anda, ada yang benar dan bukan berasaskan andaian. Tetapi percentagenya hanya suku daripada fakta keseluruhan. Selain daripada pihak polis, kami juga memiliki rakaman tersendiri. Adakah apa yang dirakamkan oleh kami bukan fakta pula? 

rakaman polis = fakta
rakaman orang awam = fakta
rakaman polis + rakaman orang awam = didedahkan kepada rakyat untuk dinilai = fakta. 

Ini baru betul.

Boleh?

Orang benar tetap benar walau di mana dia berdiri wahai incik polis.

Kah kah kah

Ameno : Polis dah geram kena ejek..

Share this

0 Comment to " Video bersih versi polis adalah fakta - PDRM. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...