Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 Julai 2011

Isu kematian baharuddin dan kecederaan mat sabu - teori aku.

Aku tengok penyokong umno banyak yang kurang cerdik bila berhujah dan defend video polis. Aduhai. Korang neh buka lah akal besar2 bhai. Ko ingat kehidupan baharuddin bermula selepas dia masuk avenue k je ke? Sebelum itu lagi beb. Sebelum itu lagi. Korang tengok video kat bawah neh. Neh video polis tahu. Aku punya akal cerdik. Aku kena puji diri sendiri. Aku belajar dari ibrahim ali.. okey?

kah kah kah


Arwah berlari masuk ke avenue k. Dan ramai2 lagi berlari masuk. Kenapa? Kenapa dorang berlari? Punca nya apa? Apa donkk... <-- terspeaking indonesia plak. Kata polis sebab pintu avenue k nak ditutup. Yeke? Ataupun dorang cari tempat perlindungan sebab tear gas?

kah kah kah

Katakan dia dah tersedut. Sebab tue dia lari. Bukan lah bila tersebut gas tue automatik mati ditempat kejadian. Perlukan proses. Gas perlu masuk ke dalam sistem pernafasan. Masuk ke dalam aliran darah dan sebagainya yang mana pakar2 perubatan je layak ulas isu neh. Aku cuma argue dari segi pandangan penyiasat je.

Andai tubuh badan arwah alergelic dengan bahan2 kimia dalam teargas tue ke ataupun jantung dia gagal beroperasi disebabkan sedutan asap itu ke, still teargas =  punca kan? Bab kelewatan ambulance pun ada argument bagi pihak aku. Polis letak masa ketika arwah baharuddin masuk ke avenue k. Tetapi ketika snapshot gambar ambulance park di depan avenue k kenapa polis tak letak masa? Hujah aku ialah memang benar ambulance sampai lambat. Tapi ini cuma teori andaian. Bukan sahih.

Mengenai video mat sabu pula. Bukanlah aku nak defend mat sabu sangat. Sebab hanya dia lebih tahu situasi sebenarnya pada ketika itu. Aku pun tunggu ulasan terbaru dia gak. Andai aku spot apa2 yang mencurigakan, memanglah mat sabu kena terjah. Cuma melalui rakaman cctv yang ditunjukkan oleh pihak polis tak nampak muka dan plat motor. Itu satu hal. Dan rakaman menunjukkan memang pajero tidak melanggar motor tetapi bagaimana pula dengan kereta polis?

Polis cakap motor dah terbabas selepas kereta ketiga tiba. Tapi ikut rakaman, motor tetap berada di belakang pajero dan kereta sedang menuju ke arah motor. Dan macam mana polis tahu mat sabu ikut jalan apa? Aku syak polis ekori pengerakkan matsabu kot. Lagisatu aku sendiri tak pasti samada matsabu cakap dia kena langgar dengan pajero ataupun kereta. Ataupun dia dihimpit sehingga membuatkan kenderaan terbabas. Aduhaii bersungguh2 tangkap musuh politik. Kalau disalurkan usaha neh untuk tangkap penjenayah kan bagus. Heh

Polis diminta jangan main isu bahawa kematian arwah baharuddin dimanipulasikan dengan gambar suhardi. Ini kerana isu neh telah diperjelaskan. Lihat sini. Satu benda yang aku rasa betul kat video polis tue ialah bilamana polis bercerita mengenai hadi awang yang mengakui polis melayan dia dengan baik. Ini je aku percaya. Siyes. 

Aku nak cadangkan kat polis, lainkali biar je rakyat hidup berasaskan perlembagaan. Perlembagaan cakap apa? Ya betul, hak untuk berhimpun ada. Apa lagi perlembagaan cakap? Ya betul rakyat bebas berhimpun di mana2, tiada kekangan pun. Nak cakap ini kawasan bn, ini kawasan pr maka ada had2 tertentu? Helloo.. sebagai rakyat malaysia elok jgn kita buat boundary yang mengarut tue. Andai korang bn nak juga buat, boleh. so apa lagi? Ramai2 bn beramboslah dari kl pasal bila masa pula bn pegang kl? Kl itu ada stadium merdeka kan? So kami punya pasal lah. Heh. 


Yang belasah rakyat sila tunjuk sekali.. aduhaii kami tunjuk video polis balun bersih, polis tunjuk video layan bersih baik.. so apa kesudahannya? Isu tak selesai juga? Rakyat akan muak. 

Senang2 polis minta maaf je lah sebab menzalimi rakyat bersih dan dalam waktu yang sama, sapa2 yang mengada2kan cerita negatif pasal polis, berhentilah dan minta maaf juga. Apa salahnya citer hal benar. Aku slumber je mengaku aku tipu polis dalam perhimpunan bersih ari tue. Kena ejek pun kena lah, janji aku tak buat2 citer. Okeyh?

Ameno : Aku tak perlu minta maaf ye incik polis pasal aku citer benda betul. Ingat lagi polis2 boh layan aku bila minta id polis pompuan yang padanmukakan aku.. ceh. Geram siot! Layanan adil kah? Nak report pun susah.

Share this

0 Comment to " Isu kematian baharuddin dan kecederaan mat sabu - teori aku. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...