Korang nilai sendiri laporan berita neh daripada dua portal bebas ;
Teori aku mudah.
Lepas kena langgar = ingatan fresh = ingat kereta yang langgar dia = teori menyamai rakaman video = salur maklumat kepada pihak media = MI siar berita tersebut.
Dalam rakaman video ini, aku melihat mat sabu di angkat di hadapan kereta waja milik polis. Ini membuka ruang persepsi kepada aku bahawa wujud pelanggaran antara mat sabu dengan kereta polis.
Tapi setelah aku tonton dua tiga kali aku dapati ada kemungkinan juga penunggang motorsikal hilang kawalan ketika pusingan u-turn sehingga bertembung dengan pemandu kereta waja milik polis. Hilang kawalan disebabkan land rover tue cepat sangat mengejar kot? Video sedang di upload untuk tontonan kita semua. Masing2 buatlah andaian masing2 selepas tonton video penuh nanti.
Apa pun kebenaran-nya pihak polis + mat sabu + orang yang berkenaan + para malaikat + Allah swt lebih tahu.
Selepas makan ubat = rehat = tiba2 teringat bahawa ada land rover yang mengejar mereka ketika kejadian = bagi kenyataan media = malaysiakini siar.
ataupun
Selepas makan ubat = rehat = nyanyuk / mamai / hilang ingatan / terlupa / tersasul / sengaja / main wayang / daripada kereta bertukar menjadi land rover = buat statement depan media = malaysiakini siar.
Pilihan aku ialah pihak media tidak bersalah walau apapun yang dilakukan oleh mat sabu. Wayang tak wayang pihak media cuma laporkan apa yang diceritakan kepada mereka sahaja.
Ada kemungkinan besar land rover tue terlalu laju mengejar mat sabu sehingga dorang terbabas. Aku juga memilih untuk tidak mempercayai polis dan mat sabu berhubung isu mat sabu tidak tahu diri nya dikejar polis. Ada lompang pada persoalan neh. Namun aku cadangkan agar mat sabu dedahkan laporan polis yang dibuatnya berhubung isu neh.
Jika dalam laporan polis dia nyatakan ;
Kerana dikejar oleh landrover sehingga hilang kawalan dan akhirnya merempuh kereta polis [andai hilang kawalan] / kereta polis merempuh mereka [andai jatuh di atas jalan sebelum kenderaan ketiga tiba]
Insya-Allah, dia akan diyakini benar dalam isu neh. Andai dia benar2 bersalah, elok mengaku daripada saman menyaman. Satu penipuan tidak mampu menutup penipuan yang lain. Lebih baik mengaku je terus terang bahawa ia hanyalah kemalangan kerana nak lari dari pihak polis. Kalau hadi awang boleh cakap terus terang bila diberikan layanan baik oleh pihak polis kenapa mat sabu tidak?
Kecenderungan orang islam ialah takpe pemimpin buat salah. Janji mengaku = terus terang = jujur = terima secara terbuka. Kebanyakannya pemaaf. Benda kecik. Orang akan abaikan ia. Tapi kalau meneruskan penipuan untuk menutup penipuan yang lain, susahlah. Buat orang hilang kepercayaan je. Risiko kena tanggung sendiri lah ye.
Tapi andai benar video neh di edit / disunting pada bahagian tertentu untuk menfitnah mat sabu, maka pihak polis kena bersedia lah kalau dimaki bertalu2. Boleh?
Ameno : No komen setelah komen panjang2. Heh
0 Comment to " Malaysiakini atau malaysiainsider cari pasal dengan matsabu? "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.