Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Februari 2021

Jika Kerajaan Boleh Tolak Ansur SOP Sambutan CNY, Demikian Juga SOP Terhadap Orang Miskin.

NURUL ASYIKIN | Kita melihat kerajaan ini boleh dibawa berbincang jika membabitkan hak orang-orang berkuasa dan elit. SOP Sambutan Tahun Baru Cina telah banyak ditegur dan dikritik oleh VVIP politician berbangsa cina. 

Malah Timbalan Menteri Perpaduan juga melakukan kritikan terbuka. Katanya SOP tersebut perlu diteliti semula.

Pimpinan MCA juga menegur SOP Tahun Baru Cina yang menurut anggapan mereka perlu diperbaiki dan diperbetulkan dan minta diberikan sedikit kelonggaran.

Kita faham.

Kerana kita dapati SOP Sambutan Tahun Baru Cina sememangnya bercelaru. Ziarah sesama ahli keluarga tinggal serumah, tak boleh keluar dan ziarah ahli keluarga yang tinggal di rumah lain tetapi pasar malam dibenarkan buka. Maka mereka akan berjumpa di Pasar Malam.

Perkataan ziarah digunakan untuk berjumpa sesama ahli keluarga satu rumah. Teruknya penggunaan Bahasa Malaysia, agensi yang bertindak merangka dan mengeluarkan SOP ialah mewakili wajah kerajaan dan masih ada muka ke nak tegur kegagalan dan kelemahan kita dalam Bahasa Malaysia, agaknya?

Jadi kerajaan sesama VVIP ELIT AHLI POLITIK boleh berbincang-bincang, berbahas-bahas dan bersetuju SOP boleh diubahsuai sesuai dengan keperluan semasa (VVIP ELIT).

Ia bukanlah muktamad. Demikian rakyat melihat.

Jadi kenapa kelonggaran yang serupa tidak diberikan kepada rakyat jelata? Itu aneh.

8 orang miskin di Sabah tetap sahaja disaman walaupun mereka sudah jelaskan bukan mahu melanggar SOP dengan sengaja tetapi perlu keluar mencari ubat dan barang keperluan.

Wang tak ada. Masyarakat prihatin bersetuju membuat collection. Namun wakil rakyat sudah membayar. Wang derma itu kemudiannya dibelikan barang-barang keperluan dan diagihkan kepada mereka yang disaman itu.

Dalam situasi di atas, kita tak boleh berbincang-bincang, berbahas-bahas dan mengubahsuai SOP?

Sepatutnya boleh juga. Bukannya menyerang mereka yang mempertikaikan SOP itu sebagai mahu melawan kerajaan.

Tapi mereka kan orang miskin yang tersepit. Tak akan tak boleh diberikan kelonggaran yang sedikit bukannya kita seru semua orang langgar SOP dan menyusahkan KKM.

Kita minta tengok situasi. Mengadili case by case. Ada case, kita patut bertolak ansur, kerana mereka terdesak dan perlu survive. Ada kes yang dilihat sengaja mahu mengacah-acah SOP seperti berpesta, hisap dadah beramai-ramai, provokasi penguatkuasa, itu jika dikompaun kita pun taklah bodoh-bodoh minta simpati awam.

Tapi orang pergi pekan beli ubat dikompaun. Keluar kereta bukan di kawasan awam, dikompaun. Ini situasi apa? Inikan namanya sengaja mencari salah rakyat.

Benda boleh ditegur dengan amaran pertama, cakap mulut, buatlah macam tu dulu. Jika pesalah melawan, provok, ,mengacam, ganas, kita fahamlah.

Belum lagi kita selesai bab minta kerajaan faham dan berikan kelonggaran ikut kes by kes, dah pula berniat nak menaikkan jumlah kompaun dan mengenakan tindakan lebih keras.

Sasarannya? Rakyat.

Orang dah tak ada duit. Ramai hilang kerja. Ada fikir tak adik beradik tanggung adik beradik lain? Ahli keluarga tanggung ahli keluarga lain? Setengah orang kita tengok eh M40, T20 berdasarkan jenis pekerjaan dia tapi rupa-rupanya dia menyara adik beradik lain yang kehilangan kerja. Kita tahu ke?

Kalau yang B40? Dah tentu lebih tersepit lagi. Ini nak menaikkan pula kadar kompaun.

Logiknya, kita tak buat salah. Kenapa kita nak takut dengan kenaikan kadar kompaun. Kenapa kita nak kisah kerajaan nak penjarakan semua pesalah yang melanggar SOP.

Memang kita patuh. Tapi masalahnya, bila kita berada dalam situasi eh benda neh tak salah pun kita buat, tak wajar pun kena kompaun tapi kita kena kompaun juga. Inilah pertikaian yang membuatkan orang ramai tak terima dengan tindakan menaikkan had kompaun. 

Wey, RM1000 bagi rakyat bukan macam RM1000 bagi menteri lah. Duit tu dapat dari hasil bekerja. Bukannya macam Ahli Politik tak bekerja pun gaji masuk. Parlimen tutup. Tiap-tiap bulan masyuk juga. Kita datang lambat pun kena potong gaji belum ponteng lagi.

Jadi pak-pak menteri, fikir semula cadangan nak menaikkan kadar kompaun. Tak perlu dilakukan sedemikian. Sudahlah ahli-ahli politik bebas melanggar dan tak dikenakan tindakan. Jangan ingat bila orang tak protes, orang diam itu tanda orang setuju.

Dorang malas layan je. Tunggu pilihanraya. Korang tahu la nasib masing-masing nanti. - 8 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...