Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Februari 2021

Komputer Pinjam Tak Sama Macam Buku Teks, Kerajaan Perlu Beri Penjelasan.

POLITIK | Kerajaan telah mengumumkan inisiatif baharu bagi membantu pelajar di sekolah-sekolah awam. Inisiatif itu diberikan nama CERDIK. Sekolah-sekolah terpilih akan diberikan mandat untuk melaksanakan inisiatif tersebut.

CERDIK ini berupa pengagihan komputer riba kepada pelajar--pelajar yang kurang berkemampuan, tetapi bukannya diberikan terus, sebaliknya dipinjamkan kepada pelajar-pelajar ini. 

Ia menyamai skim pinjaman buku teks. Namun nampak gayanya inisiatif tersebut dikritik ramai kerana kerajaan nampaknya begitu bodoh dalam memahami perbezaan buku teks dan komputer riba.

Buku teks ialah buku yang bila terjatuh, tidak akan pecah. Bila hilang, koyak dan rosak, ia dalam julat mampu milik, yakni pelajar-pelajar B40 ini mampu membayarnya semula.

Tapi bagaimana dengan komputer? Yang terdedah kepada risiko kerosakan software dan hardware? Yang bila terjatuh, akan pecah dan rosak? Yang mana jika rosak, hilang, adakah pelajar-pelajar ini hanya perlu membayar sebanyak RM10 sahaja?

Di dalam website tidak menulis terma perjanjian pinjaman dengan terperinci. Apa risiko yang pelajar-pelajar ini perlu hadap jika diberikan pinjam komputer riba.

Bagaimana jika mengalami kerosakan software? Adakah perlu ditanggung oleh pelajar-pelajar ini? Jika hardware failure, bagaimana? Kerajaan sepatutnya menjelaskan semua syarat dengan terperinci supaya pelajar-pelajar ini mengetahui kesemua risiko sebelum memohon untuk meminjam walaupun inisiatif seperti ini tak sepatutnya ada.

Belum lagi dewasa, kerajaan sudah pandai mengajar budak-budak ini meminjam dan berhutang jika berlaku kerosakan, apakah didikan yang kita ingin sampaikan kepada generasi muda ini?

Lagi pula yang meminjam ini bukannya dari keluarga senang. Jika nak jadikan ia seperti skim pinjaman, caranya patut begini;

- Di setiap kelas, diletakkan komputer atas meja yang diskru atas meja masing-masing.

- Bila masuk kelas, belajar guna komputer, jika rosak, technician datang baiki.

Cara itu lebih baik. Tapi macam biasalah, bukan kerajaan nak kisah dengan prasarana sekolah awam. Sekolah awam kat Malaysia ini antara paling teruk kat dunia. Kita masih ada tingkap pecah, pejabat guru yang uzur, lantai papan di sekolah luar bandar. 

Kita nak bercakap pasal lantai mozek atau bilik berhawa dingin? 30 tahun pun tak maju. Tapi boleh tengok betapa bezanya pejabat menteri yang melalui proses renovasi berkali-kali berbanding sekolah awam yang tandasnya pun dah teruk. 

Tapi yang paling teruk sebenarnya sesetengah mentaliti orang awam. Ada orang awam yang bukan sahaja tidak kisah dengan apa yang dilakukan menteri terhadap sekolah kerajaan malah dia menyerang pula mana-mana pihak yang mempersoalkan kedaifan sekolah awam. 

Aku dulu belajar tengah panas, elok pun jadi orang. Aku dulu belajar meja pecah, elok pun jadi orang. Dia kata.

Mana ada elok. Pasal dia belajar tengah panas, meja pecah la dia ada pemikiran macam tu. Kalau betul elok, dia tahu, sebagaimana sektor-sektor lain bergerak seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi, seperti itu juga sektor pendidikan perlu dilayan. 

Tapi malangnya masyarakat ini masih ada di Malaysia. Percaya atau tidak, korang tengok dalam inisiatif CERDIK. Mesti ada si bodoh yang membela. Benda yang patut diberikan percuma, dia suruh pinjam pula. - 9 Februari 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...