Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Februari 2021

Logik Tun, 92 Kena Sokong 62 Supaya Dia Jadi PM Semula, Apa Beza Kerajaan Minoriti TSMY?

NURUL ASYIKIN | Pada catatan ke 35, Tun Mahathir menulis;


"Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama" - Chedet.cc

1. Tun Mahathir mengesahkan beliau beroleh 62 undi berbanding Anwar, 92 undi.

2. Tetapi walaupun Anwar dapat undi yang lebih dari beliau, yang kena bawa sokongan dan kena jadi PM ialah Tun Mahathir.

3. Bukannya Tun Mahathir bawa 62 undi tersebut dan bekerjasama dengan Anwar, sebaliknya Anwar lah yang kena bekerjasama dengan Tun Mahathir, bawa 92 undi itu kepada Tun Mahathir dan menjadikan Tun Mahathir Perdana Menteri semula walaupun Tun Mahathir baru sahaja mengkhianati Pakatan Harapan ketika itu.

Inilah logik Tun Mahathir.

4. Namun, yang gila-gila nak jadi PM ialah Anwar Ibrahim. Yang tak ada sokongan nak jadi PM ialah Anwar Ibrahim. Yang melayu paling benci pun Anwar Ibrahim.

5. Tun Mahathir dia tak gila berkuasa. Dia bukan diktator. Dia bukan nak jadi PM sangat pun tetapi sebab orang jumpa dia dan minta tolong. Jadi dia perlu selamatkan negara. Dia nak jadi PM semula kali keempat, tetapi itu pun bukan kerana dia yang nak. Dia dah jadi PM selama 22 tahun tambah 2 tahun tambah interim tambah mencalonkan diri sendiri sebagai PM 9 pun bukan kerana dia yang nak.

Inilah logik Tun Mahathir.

6. Pada ayat ke 13 hingga 15, Tun Mahathir menulis begini;

"Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. YDPA mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan Akuan Bersumpah di hadapannya. Ini mengambil masa selama 2 hari dengan YDPA menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut. Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya YB Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh Akuan Bersumpah dari semua ahli Parlimen UMNO dan PAS untuk sokong saya sebagai Perdana Menteri," - Chedet.cc.

7. Tun Mahathir mengakui beliau tak menamakan diri beliau sendiri sebagai calon PerdanaMenteri ke 8.

8. TETAPI;

Anwar salah kerana tak menyokong Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 8.

Muhyiddin salah kerana sailang rancangannya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Najib bersalah kerana menyebabkan dia jatuh dari kedudukan Perdana Menteri. 

Inilah logik Tun Mahathir.

Dia tak namakan (calonkan) diri dia sendiri sebagai calon Perdana Menteri tetapi orang lain bersalah kerana dia tak dapat jadi Perdana Menteri.

Ini bukan karut. Tun Mahathir ialah Negarawan. Lagenda. Hebat. Dia tak pernah salah. Pastinya orang lain yang salah kerana gagal menjadikan dia Perdana Menteri.

62 ialah minoriti. 92 ialah majoriti. Majoriti perlu sokong minoriti. Kerana 62 itu ada Tun Mahathir di dalamnya. Kerajaan Muhyiddin tiada majoriti. Majoriti telah hilang. Kini menjadi kerajaan minoriti. Tetapi Tun Mahathir tak sokong kerajaan minoriti ini. Walaupun logik Tan Sri Muhyiddin Yassin sama seperti logik Tun Mahathir. Simple kan? - 4 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...