Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Februari 2021

Penjelasan Panjang Lebar Tun Mahathir Hanya Membuktikan Beliau Nak Jadi PM Semula (Lagi).

POLITIK | Hari ini buat pertama kalinya Tun Mahathir membuka mulut bagi menjawab tohmahan Tommy Thomas yang ditulis menerusi bukunya yang bertajuk : “My Story: Justice in the Wilderness” yang diterbitkan oleh SIRD.


Buku itu menjadi kontroversi kerana mendedahkan beberapa perkara dalaman berkaitan perlantikan beliau sebagai Peguam Negara dan bagaimana Tun Mahathir memainkan peranan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Buku itu juga mengundang ancaman saman dari Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan dakwaan Tommy Thomas berhubung pembunuhan Altantuya ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke enam itu merupakan satu fitnah ke atasnya.

Apa yang Tommy Thomas mendakwa ke atas Tun Mahathir berdasarkan c
atatan oleh pensyarah UKM, Tuan Kamarul Yusoff ialah;

"(1) Yang di-Pertuan Agong merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Dr Mahathir bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan lain selain menerima perletakan jawatan tersebut.

(2) Tun Dr Mahathir tegas bahawa Kabinet mesti dibubar (insisted that the Cabinet must be dismissed) ekoran perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini terpaksa diterima oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan sejumlah 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.

(3) Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tersebut.

Sangat menarik juga pastilah pendedahan Tan Sri Tommy bahawa Tun Dr Mahathir menyebut kepada beliau di dalam pertemuan mereka pada 25 Februari 2020 bahawa:

(1) Tun Dr Mahathir mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

(2) Tun Dr Mahathir akan mempunyai kuasa penuh (“a complete free hand”) di dalam Kerajaan Perpaduan beliau.

(3) Jawatan parti tidak akan diberi pertimbangan oleh Tun Dr Mahathir untuk lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(4) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(5) Tun Dr Mahathir terpaksa memecat Tan Sri Tommy sebagai Peguam Negara kerana ini adalah syarat UMNO dan PAS.

Buku Tan Sri Tommy ini adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa ini dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa. 

Lebih penting lagi, buku Tan Sri Tommy ini juga adalah bukti jelas bagaimana Tun Dr Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakannya di dalam PH, khususnya Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya mereka," katanya dalam kenyataan yang diterbitkan pada Sabtu.

Tun Mahathir kemudian tampil menjawab dakwaan Tommy Thomas itu dengan;

- Menyatakan rasa terkejut.

- Mengakui Tommy Thomas membencinya.

- Mendedahkan Tommy, Zainur dan Ambiga datang bertemunya dan mencadangkan nama Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

- Mengakui kecewa kerana sebilangan Peguam Negara berbangsa melayu taat kepada Najib walaupun disuruh berbuat perkara salah. Maka beranggapan melantik peguam bukan melayu adalah perkara yang baik.

- Secara umumnya, berpuas hati dengan kerja Tommy Thomas walaupun tak dapat menghentikan kecaman ke atas perlantikan Tommy sebagai Peguam Negara.

- Menafikan dakwaan Tommy bahawa Wan Azizah dicadangkan menjadi Perdana Menteri Interim. Tommy sebenarnya tak tahu apa-apa tentang perletakan jawatan beliau sebagai PM7.

- Seperti biasa, memberikan alasan beliau terpaksa meletak jawatan kerana partinya dan Azmin mahu mengkhianati Pakatan Harapan. Ini membuatkan beliau hilang kedudukan sebagai Pengerusi sekaligus membuatkan beliau hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri 7. (sebagai rekod, malamnya Langkah Sheraton Marzuki pro Tun Mahathir sendiri umumkan PPBM keluar PH, bukan keluar dari mulut TSMY pun. Dan Tun Mahathir letak jawatan dulu, suratnya dah sampai ke YDPA pun barulah PPBM dan Azmin buat kenyataan keluar PH / parti).

- Tun Mahathir tak namakan diri beliau sebagai calon PM8 tetapi menjangkakan beliau akan menang (jadi beliau undi siapa sebagai Perdana Menteri ke 8 agaknya yer? 😂).

- Tun juga secara sinisnya menyindir PH yang kononnya menyokong beliau sebagai PM7 dan serahkan kepadanya tarikh peralihan kuasa tetapi undi Anwar manakala Hamzah membawa akuan bersumpah dari semua Ahli Parlimen UMNO dan PAS (nak perli la yang Hamzah jatuhkan PH pun tetap sokong beliau sebagai PM8 dan membuktinya dengan akaun bersumpah berbanding PH yang bercakap mulut tapi tak buat pun macam tu padahal PH tak namakan Tun sebab Tun tak hadir mesyuarat dua kali sebelum penamaan calon).

- Tun jelaskan Anwar tak cukup sokongan. Muhyiddin tiada majoriti dan beliau cuma dapat 62 undi sahaja.

- Tun akui cadangkan anugerah Tan Sri untuk Tommy Thomas. Hubungan beliau dengan Tommy baik.

- Tun juga sahkan PAS tak pernah meminta secara langsung agar Tommy dipecat.

- Namun Tun beranggapan beliau tak perlu lagi menyambung khidmat Tommy Thomas tambahan beliau kerap kali dikecam kerana Tommy.

- Apabila Tun meletak jawatan, Tommy ada berjumpa dengannya dan berkata mahu meletak jawatan kerana Tommy dilantik oleh Tun Mahathir.

- Tun kemudiannya menjelaskan beliau bukannya diktator dan bagaimana perletakan jawatan beliau berbeza dengan tahun 1969, krisis Menteri Besar dan perletakan jawatan Presiden UMNO.

- Tun berkata beliau sangat mementingkan negara dan agenda peribadi perlu diletak ke tepi.

- Tun kemudiannya menyatakan beliau gagal kerana Lim Kit Siang enggan mempercayainya dan menyatakan kekesalan kerana mampu menjadi Perdana Menteri ke 8 jika ada 154 sokongan malangnya itu tidak berlaku. 

Kesimpulan dari keterangan Tun ialah;

- Beliau tidak menjawab langsung isu mengenai campurtangan ke atas urusan perundangan negara.

- Beliau juga berkata Wan Azizah tidak layak menjadi PM kerana tiada majoriti sedangkan Tommy kata Wan Azizah dicadang menjadi PM interim. Tun Mahathir sendiri jadi PM Interim tanpa majoriti. Boleh jer. Kenapa twist kata Tommy kata Wan Azizah dicadang lantik jadi PM dan bercakap soal sokongan?

- Nak jadi PM. Bercerita betapa beliau perlu menjadi PM. Dan sepatutnya menjadi PM semula.

Dah tahun 2021. Wawasan 2020 dah berlalu. Tetapi Malaysia belum merdeka dari Tun Mahathir. 

Berikut dibawah penjelasan lengkap Tun Mahathir;

1. Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness. Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya. Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai Peguam Negara.

2. Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan Peguam Negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik Peguam Negara bukan Melayu.

3. Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan suka. Tetapi Peguam Negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

4. Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong LTTE ini. Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak.

5. Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara.

6. Sebabnya saya letak jawatan ialah kerana parti saya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menolak nasihat saya untuk tidak keluar dari Pakatan Harapan kerana pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kesemua ahli telah bersetuju untuk serah kepada budi bicara saya tarikh sesuai untuk letak jawatan. Jelas mereka tidak hendak saya letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Anwar dan Wan Azizah hadir dalam mesyuarat itu.

7. Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada hari Ahad rayuan saya untuk diberi masa sebelum buat keputusan keluar dari PH ditolak. Saya tahu apabila Bersatu bersama kumpulan PKR Azmin keluar dari PH, Kerajaan PH akan jatuh kerana hilang majoriti.

8. Walaupun saya merayu untuk diberi masa seminggu untuk buat keputusan, malam itu Bersatu, kumpulan Azmin dari PKR, UMNO dan PAS hadir makan malam di Sheraton Petaling Jaya. Saya enggan hadir, kerana saya tidak dimaklum apa-apa sebelum itu. Jelas sekali Bersatu, dipimpin Muhyiddin bersetuju bentuk pakatan bersama UMNO, PAS termasuk kumpulan Azmin. PH tidak lagi jadi Kerajaan. Mereka tidak boleh tunggu seminggu untuk saya buat keputusan.

9. Saya terfikir tentang penolakan nasihat saya oleh MPT Bersatu dan penyertaan Bersatu di Sheraton. Nyata bahawa saya telah hilang keyakinan dari Bersatu dan oleh sebab itu saya harus letak jawatan sebagai Pengerusi parti. Jika saya letak jawatan sebagai Pengerusi, saya juga tidak lagi mewakili Parti dalam PH. Jadi saya perlu juga letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

10. Setelah diberitahu kepada pemimpin PH, saya menjangka akan mengadap Agong di sebelah tengahari. Saya percaya YDPA telah terima surat peletakan jawatan saya semasa pertemuan itu. Pada awalnya YPDA menolak peletakan jawatan saya. Saya kekal dengan pendirian saya dan kemudian YDPA terima keputusan itu. Tetapi YDPA minta saya jadi Perdana Menteri sementara.

11. YDPA tidak cadangkan nama lain, pastinya bukan Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri (TPM). Saya tidak tawar diri tetapi tidak kena jika saya menolak cadangan Agong.

12. Pada masa itu Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh rentetan pengumuman Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari PH di sebelah tengahari. Wan Azizah sebagai TPM tidak boleh ambil alih jawatan kerana PH bukan lagi Kerajaan. Juga tidak ada satu pun ahli PH boleh ambil alih daripada saya.

13. Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. YDPA mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan Akuan Bersumpah di hadapannya.

14. Ini mengambil masa selama 2 hari dengan YDPA menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut.

15. Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya YB Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh Akuan Bersumpah dari semua ahli Parlimen UMNO dan PAS untuk sokong saya sebagai Perdana Menteri.

16. Saya fikir kedudukan saya telah diperkuat memandangkan kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang menyokong saya. Tetapi rancangan Hamzah ialah menjadikan saya Ketua kepada pakatan baru yang dianggotai UMNO, PAS dan Bersatu. Saya masih lagi akan jadi Perdana Menteri dan ini akan pengaruhi saya untuk tinggalkan PH.

17. Tetapi ahli Parlimen PH tidak namakan saya sebagai calon mereka semasa tandatangan akuan bersumpah di hadapan Agong. Anwar yakinkan mereka yang dia mendapat sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dan bersama ahli parlimen PH, memperoleh majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Dengan itu mereka namakan Anwar sebagai calon PH.

18. Hakikatnya dia hanya disokong DAP, Amanah dan kumpulannya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah.

19. Semasa Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti.

20. Semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara, hubungan kami baik. Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia.

21. PAS tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.

22. Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan.

23. Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi Perdana Menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator.

24. Saya tidak ingin bosankan dengan berjawatan terlalu lama. Pada 2020 saya letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi Kerajaan. Saya juga letak jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan Kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM.

25. Berkenaan Kabinet pula, apabila PH hilang majoriti, Kabinet juga tidak dapat kekal. Perkara 43 (4) Perlembagaan menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

26. Ini berbeza dengan 1969, apabila Perikatan punyai majoriti. Ia tidak ditumbangkan seperti PH. Tunku dijangka akan jadi PM. Tetapi darurat diisytihar, MAGERAN ditubuh dan dipimpin oleh Tun Razak. Kemudian Tunku letak jawatan dan Tun Razak dilantik sebagai PM. Dia masih punyai majoriti kerana Perikatan telah menang dalam pilihanraya.

27. Begitu juga Barisan Nasional (BN) masih punyai majoriti apabila Hussein putuskan untuk tidak mahu bertanding dan saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

28. Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti dan Agong tidak boleh terus lantik Wan Azizah, TPM sebagai Perdana Menteri. Agong juga tidak meminta Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Interim.

29. Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk Perdana Menteri Interim. Saya terima jawatan itu kerana proses pemilihan oleh 222 Ahli Parlimen mengambil masa yang lama. Negara perlukan Ketua Kerajaan sementara. Setelah ahli parlimen pilih Perdana Menteri baru, pelantikan saya terhenti. Tetapi ahli parlimen tidak berikan majoriti jelas, Anwar peroleh 92 manakala saya 62 undi.

30. Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk Kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan.

31. Saya hairan bagaimana seorang peguam tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai Pemangku PM. Sama seperti saya, dia juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kumpulan Azmin dari PKR atau Parti Keadilan. Samalah juga dengan Kabinet.

32. Sebagai Perdana Menteri Interim tugas saya ialah untuk menubuh Kerajaan. Ahli politik sibuk bercakap tentang kepentingan parti mereka, bukan tentang negara.

33. Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua Ketua Parti kita perlu ada Kerajaan Perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam Kerajaan.

34. Saya masih ingat dengan jelas Tun Razak, Pengerusi MAGERAN, cuba untuk bawa kesemua parti pembangkang ke dalam Kerajaan. Dia berjaya bawa bersama Gerakan, PAS dan SUPP. Tetapi DAP tolak. Masih dia rasa berhak untuk namakan perikatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional.

35. Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama. - 3 Februari 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...