Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 Januari 2021

UTUSAN Sindir Exco Perak Dalam Isu Air Terjun Tanjung Batu.

POLITIK | Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin menafikan dakwaan kawasan air terjun di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang di Pantai Remis telah musnah akibat aktiviti kuari.


Menurut EXCO Perak, Mohd. Akmal, kawasan terjejas yang tular di media sosial baru-baru ini adalah alur air bermusim yang hanya muncul apabila hujan terutama ketika hujan lebat. 

"Kawasan itu tidak terjejas dan berada di luar kawasan yang diberi lesen mengusaha hasil pengeluaran batu kuari iaitu berjarak 1 kilometer dari tapak pengkuarian tersebut.

Alur air bermusim muncul apabila berlaku hujan terutama ketika hujan lebat sahaja, hasil dari satu takungan air di kawasan setinggi 200 meter di dalam kawasan yang diberi lesen di dalam Kompartmen 16 ( Blok E) Hutan Simpan Segari Melintang," katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan kawasan air terjun Tanjung Batu telah terjejas teruk akibat aktiviti kuari dan gambar sebahagian dari kawasan air terjun yang rosak itu turut disiarkan di laporan muka depan akhbar harian itu.

Walaupun EXCO Perak menafikan dakwaan Air Terjun Tanjung Batu terjejas teruk tetapi sehingga ke hari ini masih tak ada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap media yang didakwa menyebarkan maklumat tidak tepat.

Aktiviti kuari juga dihentikan merujuk kepada jawapan yang tersiar di Facebook Menteri Alam Sekitar.

"Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan pada 20 Januari 2021 bagi menghalang operator kuari beroperasi dan mengambil tindakan membaikpulih dilaksanakan serta-merta seperti kawalan hakisan, kawalan air larian permukaan, kawalan sedimen, penstabilan cerun dan penyelenggaraan dengan segera," kata Tuan Ibrahim Tuan Man di halaman Facebook rasminya pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Utusan yang turut melaporkan kenyataan EXCO Perak nampaknya seperti mahu menyindir kenyataan Mohd Akmal apabila dalam satu berita yang sama, portal itu menyiarkan gambar kerosakan air terjun dan kapsyen yang menunjukkan sememangnya berlaku kerosakan di Air Terjun Tanjung Batu. - 22 Januari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...