Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 September 2020

Timbalan Menteri Minta Maaf Selepas Kantoi Menfitnah Veveonah.

SOSMED | Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin kantoi menfitnah pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin semasa menjawab soalan ketika sesi perbahasan di sidang Dewan Negara pagi tadi.

Timbalan Menteri telah menfitnah Veveonah ialah seorang Youtuber yang mahu ambil nama (menjadi terkenal) dan buat video bagi tujuan hiburan ketika menjawab capaian internet di kawasan pendalaman Sabah.

“Veveonah merupakan seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu," katanya dalam perbahasan itu.

Sebagai rekod kisah Veveonah pernah menjadi sensasi di Malaysia kerana terpaksa naik bukit dan memanjat pokok bagi mendapatkan line internet untuk mengambil peperiksaan UMS.

Tidak disangka-sangka Timbalan Menteri mengatakan Veveonah menipu dalam ceritanya dan banyak media melaporkan kenyataan menteri itu. Kesannya rakyat Malaysia beranggapan Veveonah telah melakukan penipuan dan pelajar itu telah dikutuk kaw-kaw oleh warga internet.

Bagaimanapun beberapa warga UMS khususnya bangkit mempertahankan Veveonah dan mengecam Timbalan Menteri kerana menyebarkan berita tidak benar tentang kisah Veveonah.

Twitterer yang menggunakan ID @crhxyan misalnya mempertahankan Veveonah dan membuktikan sememangnya warga UMS ada peperiksaan pada 9 hingga 12 Jun 2020.


Selain itu berita Veveonah mendapat biasiswa dari UMS dan tiada sebarang penafian dari UMS membuktikan Veveonah tidak berbuat cerita bohong. 

Mungkin selepas netizens berjaya membuktikan Timbalan Menteri berbuat cerita bohong maka akhirnya beliau tampil membuat permohonan maaf terbuka.

"Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Zahidi Zainul Abidin
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
3 September 2020,"
katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook rasmi Timbalan Menteri.

Apa yang turut menjadi tanda-tanya juga ialah gaya perbahasan Timbalan Menteri yang dilihat begitu yakin kata "Saya sudah check" tetapi masih menyebarkan maklumat salah.

Tidak hanya itu, Timbalan Menteri juga sempat menasihat agar jangan tertipu dengan cerita Veveonah tetapi rupanya dia yang menipu.

Untuk pengetahuan Datuk Zahidi ialah Timbalan Menteri Komunikasi yang turut menjaga SKMM. SKMM seringkali menasihati orang awam jangan berkongsikan maklumat fitnah dan tidak benar dengan tagline TAK PASTI JANGAN KONGSI, ironinya menteri mereka sendiri berkongsikan cerita tidak benar malah menfitnah seorang pelajar miskin yang tinggal di kawasan pendalaman dalam persidangan DEWAN NEGARA.

Veveonah adalah pelajar B40 yang sedang berusaha mengubah nasib dan masa depannya melalui pendidikan. KKMM tidak sepatutnya menafikan capaian internet yang lemah dan korup di kawasan luar bandar dan pendalaman. Mereka sepatutnya mencari penyelesaian dan bukannya mencipta alasan ataupun mengalihkan kesalahan kepada pihak lain. - 3 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...