Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 September 2020

KKM Ada Kelalaian, KP Kesihatan Enggan Ulas Kenyataan Mursyidul Am PAS.

SEMASA | Nampaknya Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, DR. Hisham Abdullah bertindak bijak dengan tidak mengulas kenyataan Mursyidul AM PAS, TG Hashim Jasin yang bertindak menyalahkan KKM ketika mahu membela tindakan Menteri Perusahaan, Datuk Khairuddin Tatkiri.

Sebelum ini dalam video ceramah yang tular, Mursyidul Am PAS TG Hashim Jasin dipetik sebagai berkata KKM ada melakukan kelalaian (dalam menguruskan kes langgar SOP Khairuddin).

“Kementerian Kesihatan ada kelalailanlah, bukan ada apa, kelalaian, begitu jugak Kementerian Luar, menyebabkan dia diserang," katanya dalam ceramah itu.

Tidak semena-mena KKM pula dibabitkan ada melakukan kelalaian. Sebenarnya ketika KKM mengedarkan kenyataan media bahawa Khairuddin telah dikompaun pada 7 Ogos walaupun Teresa hanya membuat pendedahan pada 13 Ogos, itu telah mencemarkan reputasi KKM sebagai agensi kerajaan yang apolitical.

Namun KKM dan KP Kesihatan tidak diserang netizens. Mereka sebaliknya mempersoalkan Menteri Kesihatan Adham Baba dan beranggapan kenyataan KKM itu telah dimanipulasikan secara politik.

Sehingga ke hari ini, Adham Baba tidak memberikan apa-apa reaksi balas terhadap kecaman netizens terhadapnya.

Dalam reaksi KP Kesihatan ketika ditanya mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS itu, Dr. Hisham berkata kes itu telah pun menjadi kes polis dan biarlah polis menjalankan siasatannya. KP Kesihatan enggan memberikan sebarang ulasan kerana komen seperti itu mungkin dianggap menganggu siasatan pihak polis. 

Berikut dibawah adalah kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai perbuatan Khairuddin langgar SOP ibarat burung Hud-Hud dan KKM ada kelalaian. - 2 September 2020.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...