Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 2 Februari 2020

Waytha Didakwa Fitnah Malaysia Lagi, 10 Hari Dah Berlalu Tapi Tiada Jawapan Kenapa Agaknya?

VIRAL | Selepas 10 hari berlalu, sehingga ke hari ini pun, Menteri Perpaduan enggan menjawab kritikan yang dilemparkan ke atasnya dari Tuan Nabir Othman.



Pada 24 Januari 2020 yang lalu, P. Waytha Moorthy telah dikritik kerana membayangkan wujudnya paksaan terhadap orang bukan Islam untuk menganuti Islam di Malaysia oleh Tuan Nabir Othman di penulisan Facebooknya.


Nabir Othman mendakwa, dalam potfolio yang diedarkan oleh Menteri Perpaduan ketika menghadiri
dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE), UK, secara jelasnya membayangkan negara ini mengamalkan undang-undang rimba. 

Kritikan Nabir itu telah mendapat reaksi seperti berikut;

1. 908 komen
2. 7.3k reshare

Ia menjadi kecoh di laman sosial. Tetapi anehnya, Menteri Perpaduan tidak menjawab langsung kepada kritikan itu.

Kita taknak hurai apa yang berlaku disebalik tabir, tetapi kita akan tulis apakah implikasinya jika isu-isu seperti ini dibiarkan berlegar tanpa jawapan dan tindakan tegas dari kerajaan hari ini;

📌 Orang melayu akan serapkan dalam pemikiran mereka, kerajaan hari ini kerajaan tak boleh pakai, tergamak mereka biarkan menteri mewujudkan sangkaan negatif ke atas umat Islam.

📌 Bila wujudnya sangkaan negatif, mereka akan mula berfikir kenapa kerajaan biarkan perlakuan Waytha. Mereka akan mengisi persoalan mereka dengan persoalan-persoalan seperti berikut;

kenapa agaknya kerajaan diam? Adakah takut? Siapakah paling berkuasa dalam PH? DAP kah? Adakah DAP yang menekan kerajaan ini agar berlemah lembut terhadap P.Waythamoorthy?

📌 Akhirnya kumpulan melayu telah membentuk satu puak, blocking, persepsi terhadap kerajaan PH yang ada DAP di dalamnya.

📌 Pada masa itu, idea dan gerakan (INSIDEN) ke arah AGENDA KERAJAAN PINTU BELAKANG akan mula direlis satu demi satu, sehingga berjaya meracun dan memujuk minda orang melayu, ianya ok jika kita bekerjasama dengan parti-parti dari PH untuk singkirkan PKR, DAP dan Amanah, manakala disana boleh buang Najib dan Muafakat Nasional.

📌 Ianya ok jika H dan kartel berubah arah.

📌 Ianya ok jika kita tubuh kerajaan baru secara PINTU BELAKANG bersama beberapa pihak dari PH tanpa melalui PINTU pilihanraya.

📌 PERSEPSI sedang membentuk; hasil permainan pihak atasan.

Bukankah begini? Waytha yang HINDRAF tu tak mungkin pula akan bersetuju dengan kerajaan all melayu akan tetapi kerana dia BODOH, maka dia boleh menjadi CATUR MERACUN.

Kerana itu isu-isu sebegini terus dibiarkan tanpa penjelasan dan pembelaan supaya rakyat Malaysia terus berpecah. 

Sementara rakyat terus bergelut dengan masalah ekonomi, dan beberapa dari PH yang komited melaksanakan janji, disana terdapat pihak yang sedang membuat wayang.
 
Oleh : Nabir Othman


YB Moorthy, anda adalah seorang menteri yang membawa nama Malaysia.

1. Semalam saya telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE) bertempat di bangunan parlimen Northern Ireland, UK. Agak menarik ialah YB Moorthy selaku seorang menteri dari Malaysia yang memegang potfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial diberi penghormatan untuk memberi ucapan pembukaan.

2. YB Moorthy menyampaikan ucapan aluan secara ringkas dan beliau sendiri seolah-olah agak terkejut dan tidak tahu dengan penghormatan yang diberikan ini. Tidak banyak yang disentuh dalam ucapan beliau yang hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit. Apatah lagi beliau menegaskan bahawa beliau terpaksa meninggalkan majlis pada pukul 3.30pm dan mempunyai masa kurang dari sejam. Sedangkan majlis sepenuhnya patut berlangsung sehingga pukul 4.30pm.

3. Setiap hadirin dibekalkan dengan dua lampiran kertas. Satu mengenai tentatif majlis dan satu lagi ialah profil YB Moorthy. Oleh kerana ucapannya terlalu pendek maka kebanyakan hadirin hanya menggarab maklumat melalui lampiran yang disertakan.

4. Kebiasaan soal jawab majlis dialog adalah berdasarkan ucapan tetamu yang bercakap. Malangnya kandungan ucapan beliau seolah-olah tiada. Maka rujukan untuk bertanya hanyalah melalui maklumat profil yang dilampirkan.

5. Amat mengejutkan dengan maklumat yang tertera dalam profil seorang menteri dari kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini. Pada perenggan pertama lagi Malaysia digambarkan sebagai negara dengan undang-undang rimba yang tidak bertamadun. Selebihnya silalah baca sendiri. Saya merasakan ia tetap tidak relevan dengan kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang memegang portfolio berkaitan.

6. Malaysia telah merdeka hampir 63 tahun dan satu pertiga darinya telah dipimpin oleh individu yang sama menjadi PM hari ini. YB Moorthy seorang menteri dari JPM dengan latarbelakang seorang peguam sepatutnya tahu implikasi profil beliau mengenai pandangan luar terhadap Malaysia. Pada pandangan saya beliau tidak membawa risalah Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya. Apatah lagi Malaysia.

7. Saya merasakan kerosakan imej telah berlaku terhadap negara Malaysia melalui profil ini. Pertanyaan lanjut berdasarkan maklumat tersebut hanya akan membawa kepada kerosakan yang lebih parah. Saya hadir mewakili komuniti Muslim di sini. Dalam masa yang sama saya juga adalah seorang anak Malaysia. Serba salah samada untuk bertanya penjelasan lanjut atau mengawal kerosakan imej negara Malaysia di mata luar dengan tidak bertanya. Saya memilih yang kedua.

8. Telah menjadi adat dalam sesi dialog bahawa kenyataan rujukan selalunya kembali kepada tetamu yang bercakap. Apatah lagi beliau adalah seorang menteri dari kerajaan yang memerintah hari ini. Sedangkan saya sudah berada di sini hampir 20 tahun dan lebih 30 tahun berada di luar Malaysia.

9. Sahabat saya yang turut hadir sebagai penyampai ucapan bagi mewakili komuniti Muslim di sini bertanya kepada saya secara peribadi untuk kepastian. Betulkah non Muslim di Malaysia dipaksa untuk memeluk agama Islam? Ajaran Islam apakah yang Malaysia amalkan dengan memaksa orang untuk memeluk agama Islam?

10. Kenyataan dalam profil tersebut bukan hanya sekadar membabitkan Malaysia bahkan ia melibatkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang merentasi sempadan. Ia membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang mempunyai pengikut sekitar 1.8 billion seluruh dunia. Juga dalam konteks kami sebagai minoriti di sini. Tiada dalam ajaran Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam. Laksana Islamophobia dari seorang yang memegang jawatan menteri yang sepatutnya menangani kes seumpama ini.

11. YB Moorthy… Anda sepatutnya membawa mesej perdamaian, perpaduan dan kesejahteraan sosial untuk dikongsi oleh dunia luar. Ia lebih patut dengan amanah dan jawatan yang anda pegang. Sesuai dengan Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup harmoni sejak sekian lama.

12. Bangsa-bangsa selain Melayu telah sedia diberikan hak malah dibiayai kerajaan untuk meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing. Bandingkan jumlah kuil yang ada mengikut ratio penganut Hindu di Malaysia dengan negara-negara sebelah sini. Kebebasan mengamalkan agama masing-masing. Pelepasan cuti umum bersempena hari kebesaran berbanding sini. Bagaimana sambutan CNY di Malaysia berbanding UK sebagai contoh lain? Dan senarai yang seterusnya….

13. Majlis dialog ini adalah berkaitan ‘hate crime’. Kes Adib adalah natijah dari ‘hate crime’. Melalui bekalan perkongsian maklumat dari sini harapnya YB Moorthy boleh membela kematian Adib untuk membawa penjenayah yang terlibat kemuka pengadilan. Demi keluarga beliau yang memerlukan pembelaan, demi penjawat awam yang terkorban semasa menjalankan tugas, demi kedaulatan undang-undang dan demi kesusilaan hubungan antara kaum di Malaysia.



Sahul HM : Dikhabarkan bahawa Menteri Waythamoorthy menghadiri satu persidangan berkaitan "Racial Equality" di Ireland Utara dua hari yang lepas.

Dalam pamplet profil beliau terkandung maklumat asas tentang dirinya dan juga perjuangannya berkaitan hak asasi masyarakat India Malaysia. Itu biarlah, memang bidangnya.

Tetapi turut tertera adalah ayat yang mengejutkan. "Forced conversion of ethnic Indians to Islam" serta "unlawful demolition of Hindu temples and places of worship". Apa maksudnya? Maksudnya etnik India di Malaysia dipaksa untuk menganut Islam dan kuil Hindu diruntuhkan di luar kuatkuasa undang-undang.

Ini tuduhan gila dan jahat! Siapa yang dipaksa itu? Datangkan bukti. Atau di mana yang kuil atau rumah ibadat diruntuhkan sewenang-wenangnya? Tunjukkan!

Mana suara para pemimpin kerajaan menyanggah tuduhan secelaka ini?! Tuduhan yang mendatangkan kegelisahan dan menimbulkan prejudis antara kaum dan agama.

Waythamoorthy tidak layak sama sekali untuk menjawat peranan Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional. Lebih layak untuknya adalah gelaran Menteri Pemecahbelah dan Syak Wasangka.

Mana suara para pendesak Maszlee Malik yang kononnya terlalu Islamik? Dan mana si Liberal jahanam dan mana para kiasu??? - 2 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...