Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Februari 2020

Tubuh Kerajaan Baru, Gimik Politik UMNO PAS - Mujahid Rawa.

ULASAN | APA PERLUNYA PAKATAN BARU?

1. Tular bahawa esok 7hb Januari 2020, UMNO akan buat keputusan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya sama ada akan bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi 'membentuk kerajaan baru'?

2. Katanya PAS dah membuat keputusan atas nama Muafakat Nasional dan kini hanya menunggu UMNO sahaja. Semua yang ditularkan ini membentuk beberapa persepsi untuk menggambarkan beberapa mesej iaitu:

a) Tun Mahathir ada rundingan di balik tabir dengan PAS dan UMNO lantas menggambarkan Tun Mahathir seorang yang 'khianat' perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH).

b) Semuanya kerana DAP dan survival Melayu- seolah PH gagal tangani isu Melayu dan Islam sebab itulah satu pakatan alternatif diperlukan.

c) DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR adalah rakan yang tidak layak dan menteri-menterinya gagal mentadbir negara. Maka pakatan baru akan selesaikan masalah tidak kompeten ini.

d) Menerima UMNO dalam pakatan baru bukan menerima Najib sebab UMNO rosak kerana Najib. Tanpa Najib, UMNO dah ok.

e) PAS boleh terima pimpinan Tun Mahathir tetapi tak boleh terima DAP, AMANAH dan PKR. Sebab itu pakatan baru ini akan menyisihkan parti-parti tersebut.

3. Hakikatnya soal bentuk pakatan baru hanya gimik untuk pembangkang mensasarkan komponen PH supaya goyah dan hilang kepercayaan kepada Tun Mahathir. 'Take home message' ialah meremehkan PH dengan menjadikan Tun Mahathir sebagai 'bahan' utama ramuan mereka.

4. Mengambil kira pengalaman Pakatan Rakyat sebelum ini, taktik yang serupa di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pernah dimainkan dengan teori 'pintu belakang'. Semasa itu PAS dan beberapa tokoh dijadikan 'bahan' untuk 'melemahkan' Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu yang sama iaitu isu 'Melayu', 'Islam' dan sentimen anti DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

5. Namun taktik UMNO/BN gagal kecuali PAS sahaja yang telah kecundang dan terbuai dengan sentimen yang dimainkan UMNO malah 'mempercayai' bahawa ini adalah sebenarnya. Sehingga kini PAS masih belum sedar mereka hanyalah umpan untuk mengekalkan hegemoni UMNO dan kebobrokannya.

6. Lahirnya AMANAH adalah untuk mengekalkan momentum rakyat untuk menolak regim bobrok BN sekaligus menjadi 'gam penyatu' antara komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR setelah PAS cabut lari mendapatkan kekasih barunya UMNO.

7. Tun Mahathir muncul dengan Gerakan Selamatkan Malaysia sebagai gerakan madani dan kemudian muncul membentuk parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berjaya memecahkan kubu UMNO. Pakatan Harapan menerima anggota baru dan berjaya menerima mandat rakyat pada PRU ke-14.

8. Tularan tentang rundingan pintu belakang bukan baru bagi kami. Bezanya kali ini mereka melakukannya dalam skala besar melibatkan kerajaan persekutuan. Bezanya juga ialah bahannya kali ini ialah individu yang memimpin PH dan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir dan tidak Abdul Hadi Awang dan PAS-nya.

9. Faktor tularan ini hanya tinggal gimik dengan melihat faktor Tun Mahathir sendiri. Sebagai negarawan Tun Mahathir membawa dirinya 'beyond politic', menjangkau keperluan negara dan masa depannya yang mencabar. Sebagai negarawan Tun Mahathir bertemu dengan sesiapa sahaja untuk mendapatkan sokongan kepada ide besar negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030).

10. Pembangkang terlalu 'penting diri' dan hanya berfikir tentang survival partinya maka sebab itu lontaran Tun Mahathir terhadap isu Melayu, Islam dan lain-lain ditanggap dalam dimensi UMNO dan PAS yang sangat sempit dan terus dikaitkan dengan pakatan baru. Mereka syok sendiri dalam alam masing-masing. Zahid Hamidi and the geng lebih penting selamatkan diri mereka dari melihat politik berwawasan. Hadi and the geng masih dalam alam utopia mereka menyangka mereka diperlukan. Maka dicanang seluruh kampung pakatan baru!

11. Mandat rakyat, walau apapun persepsi mereka terhadap kerajaan PH rakyat Malaysia semuanya bersepakat mereka mahukan Malaysia tanpa korupsi, tanpa perkauman sempit dan tanpa kelompok yang tunggang agama untuk kepentingan kepartian. Tularan pakatan baru adalah aktornya yang sama menyuburkan budaya korup, mereka belum 'bertaubat' daripada 'dosa' penunggang kaum dan agama. Tularan pakatan baru seolah memusing jarum jam ke belakang untuk rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

12. Tidak terbayang Tun Mahathir 'tunduk' kepada kelompok ini setelah berganding tenaga membanting urat membawa Malaysia Baru dalam kempen PRU lalu. Saya harus akui Tun Mahathir adalah seorang yang 'unpredictable' tetapi saya percaya Tun Mahathir adalah seorang yang berperinsip kerana PH terbentuk atas prinsip-prinsip menentang kleptokrasi dan pemikiran yang progresif serta nilai-nilai reformis dalam pemerintahan.

13. Sebagai kritikan untuk bersikap introspektif, PH patut berhenti daripada menimbulkan polemik Perdana Menteri ke-8. Rakyat mahu merasai dasar yang dapat meringankan kos sara hidup. Sebenarnya kita telah berjaya melakukannya dengan penurunan 18% bayaran tol, polisi menentang rasuah yang berjaya dan kawalan harga barang lebih berkesan. Malangnya isu pelan penggantian kepimpinan menggangu fokus utama PH termasuklah diheret dengan tularan pakatan baru.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
6hb Feb. 2020

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...